Tuesday, July 31, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-MAE HONG SON DAY1


Hari ni aku nak cabut ke Mae Hong Son sebab kawan aku Abu Zahrin kata kena singgah kat sini, kawan-kawan bikers aku pun kata benda yang sama, mesti best ni sebab ramai yang rekomen. Aku ada terpikir nak sewa moto kapcai je dan ride ke sana, mungkin ambik masa dua hari sebab kena tido kat Pai dulu. 

Selepas memikirkan secara waras, baik aku naik bas je sebab sekarang bila petang asyik hujan. Tak larat la aku kalau kena hujan, silap haribulan bole demam. Dengan keadaan aku sekarang yang langsung tak fit, kebarangkalian untuk demam sangat tinggi

Pagi-pagi lagi aku da ambik Tuk-Tuk ke hentian bas dan aku kena bayar 80baht (aku rasa mahal tapi aku malas nak tunggu cari yang lain, bayar je la). Kat perhentian bas pulak, aku bayar 250baht untuk naik mini bas(van) pukul 9.30am untuk ke Mae Hong Son. Mini bas ni siap ada nombor tempat duduk dan lebih selesa dari mini bas yang aku naik dari Hatyai ke Kok Lanta.

Monday, July 30, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-CHIANGMAI DAY 2


Pagi ni aku bangun terlewat sebab sibuk melayan nak siapkan blog hari pertama aku di Chiangmai. Aku ni tak berapa disiplin dalam kes update mengupdate blog aku ni. Tahun ni je da bermacam-macam aktiviti yang aku da buat yang bole aku upload tapi da dasar kaki lepak.... jawabnya x update la. Nanti bila da senang dan rajin sikit, aku updated blog aku.

Hari ni aku tak bersahur sebab aku terlupa nak on alarm hp aku tapi takpe la pose tetap pose. Kalau aku masih kecik lagi, bole la gunakan alasan tak bersahur atau lupa niat sahur untuk skip berpuasa, ni da tua bangka, kena la puasa.(berpuasa sambil merayau ni, harap-harap bole kuruskan badan)

Aku decide kali ni aku nak sewa basikal je dari sewa motosikal untuk merayau seluruh pekan Chiangmai ni, cuaca kat sini pun sejuk, tak la teruk sangat bai aku yang berpuasa ni. 50,000baht sewa basikal kat guesthouse ni, dapat basikal palang dengan bakul kat depan.

First sekali dalam itinerary aku, aku nak tengok apa yang dia yang dia orang asyik sebut Wat Pha Singh yang ada relic dan imej Buddha.

Sunday, July 29, 2012

Merayau ke Indochina-Chiangmai Day One



Kebiasaannya pada bulan puasa ni aku banyak buang masa sebab kurang job yang masuk. Last year aku merayau ke Pantai Timor dan lama jugak aku melepak kat rumah member aku Wahab di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Banyak jugak koleksi photos aku dapat.

Tahun ni aku pikir pasti situasi yang sama jugak dan aku takmo buang masa. Berpuasa kat Malaysia bagi pendapat aku la yang tak berkerja buruh buat bangunan, tak mencabar langsung. Melepak sedar-sedar da masuk waktu berbuka, langsung tak challenging.

Jadi aku pikir punya pikir kat mana aku nak merayau selama 3 minggu dalam bulan puasa tahun ni, dan ada beberapa destinasi luar negara yang aku berminat seperti selatan India, Sri Lanka, Indochina, Makassar,  Myanmar dan Sarawak(aku tak pernah sampai sini). Akhir sekali aku buat keputusan baik aku terjah Indochina je la.

Popular Posts