Time ni la aku belajar main letup-letup buluh, tangkap ikan dan ketam di pantai (kalau tak dapat tangkap ikan, pukul 3 petang tunggu nelayan balik dari laut. Dengan tolong tolak sampan ke darat je, dia orang akan bagi upah ikan. Ikan yang paling aku suka adalah ikan Butoh Keling. Ikan ni paling best kalau dibakar)
Memancing di sawah dan menangguk ikan di taliair, tengok wayang free di padang sekolah, jual tikam-tikam, kueh dan buah-buahan pun aku pernah jual, mandi hujan sambil kutip buah mangga yang gugur memang best yang budak-budak bandar sekarang tak dapat merasa.
Bila aku form 2, aku da start kayuh basikal lumba. Aku merayau lagi sampai mak aku pun pening. Pagi hilang, petang pun hilang.
Kalau aku nak pergi mana-mana, aku hanya bagitau mak aku bukannya mintak kebenaran. Walaupun mak aku tak kasi pergi, besok pagi-pagi aku da lesap naik basikal.
Ada sekali geng-geng sekolah aku plan camping kat Port Dickson, aku suruh member bawak beg aku sebab aku nak kayuh pergi sana sorang-sorang.
Hari-hari kayuh walaupun bulan puasa, sampai orang ingat aku ni tak puasa.
Yang sebenar-benarnya aku ni suka merayau. Merayau tengok tempat orang dari yang biasa aku tengok. Bila da bekerja dan berduit sikit, aku travel keluar negara. Bukannya jauh mana pun... paling jauh ke India. Aku pergi ke New Delhi, Jaipur dan Agra. Masa ni aku ikut tour package dan aku tak berapa suka sebab aku tak bole merayau sorang-sorang.
Tiap-tiap pagi pukul 6, aku akan jog keluar dari hotel untuk tengok keliling tempat. Orang India ni pelik tengok melayu sorang ni dengan seluar pendek jogging sebab dia orang pagi-pagi da pakai cantik-cantik melepak dan jalan-jalan ditaman.
Bila dia orang stare aku, aku wish 'good morning' dan terus dia orang senyum. Apa aku kisah kalau kau orang nak stare aku.(aku pun ada manis sikit)
Lately aku menceburi bidang photography dan scuba diving pulak. Da cuba aku terus addicted dengan dua bidang ni.
Teruknya penangan photography ni sampai aku berhenti kerja dengan BP dengan gaji yang lumayan untuk menjadi photographer sepenuh masa. Betul-betul gilo si Madee Rahman ni
Photography, travel dan scuba diving memang the best. Semuanya mengajar aku lebih prihatin dengan apa yang berlaku sekeliling aku. Benda yang selalu aku tengok selama ini, baru sekarang aku perasan betapa cantiknya ciptaan Allah s.w.t. ini.
Aku sebelum ini selalu melihat sekadar hanya tahu yang ianya wujud dan tidak mahu meghargainya. Sekarang aku menunggu untuk dapat melihat ianya menjadi lebih cantik. Photography membuat aku lebih peka dengan apa yang berlaku sekeliling aku.
Sebab inilah aku ingin mendalami lagi skills scuba diving aku supaya aku bole menghayati dunia under water tanpa risau aku punya buoyancy yang hancus....
Ultimate dream aku, aku nak travel melihat dunia. Aku dilahirkan di dunia ini tapi aku masih lagi tidak dapat melihat dunia seluruhnya. Alangkah ruginya kalau aku meninggalkan dunia tanpa melihatnya.
Pikir punya pikir, aku ada harta yang bole aku jual. Harta bukannya bole aku bawak masuk kubur, yang bole aku bawak hanya la amalan aku semasa hidup. Jadi jual semuanya supaya aku dapat travel...
Aku pun advertise rumah aku melalui FB dan pakai agent. Semalam dengan happynya agent aku bagitau yang potential buyer yang datang tengok last monday da bayar deposit.
Mungkin lagi 2-3 bulan aku da merempat sebab takde rumah.
Bestnya hidup ni tanpa ada hutang. Nampak gayanya Duke Senna masih lama lagi la dengan aku.
Dari sekarang aku kena plan mana aku nak pergi sebab duit yang dapat tu bukannya banyak sangat. Sebahagian besar pulak aku nak guna bukak studio aku nanti.
Studio ni kalau bukak nanti bukannya seperti studio kebanyakkan. Ianya akan lain daripada yang lain. Itu nanti aku citer hari lain pulak.
Mana aku nak merayau, besok aku akan cerita lagi.
Tunggu........