Showing posts with label misc. Show all posts
Showing posts with label misc. Show all posts

Thursday, June 2, 2011

Makan Khas Buat Maz Melissa

Semalam selepas lunch di kedai makan favourite aku, aku singgah shoot sekejap ke Zulfika Studio untuk pinjam softbox. Pagi ni aku ada photoshoot job kat Volkswagen showroom kat Sungai Besi dengan Bruno yang kena guna studio light.
Seperti biasa da sampai kena la melepak dulu melayan anak-anak Zul dan member-member aku kat Zulfika ni. 
Time aku da nak chow balik, Ati isteri Zul ajak semua yang ada ke Jusco sebab nak belanja kita orang makan. Langkah kanan betul aku hari ni. Aku part makan ni memang kalah..., hancuss aku punya diet plan 
Kita orang masuk ke Johnny's Restaurant dan pekena steamboat set C(seksi je bunyi dia kan) dan aku tambah lagi dessert waterchessnut.
Rupa-rupanya hari ni Maz da abis buat practical training. Dia da dapat kerja part-time kat Klang dengan gaji yang agak lumayan. Tapi jangan lupa yang awak tu belum abis study lagi. Karang da banyak duit, sibuk asyik nak kahwin plak.
Semua photo ni aku shoot pkai hp je sebab kamera tak bawak pulak
 Maz yang da tak sabar nak makan
 diberi penghormatan untuk serve kita orang
dapat jugak souvenir dari Zulfika Studio

Thursday, April 21, 2011

Station Minyak Paling Banggang

Selama aku hidup, ni la station minyak yang diuruskan oleh dealer yabg paling banggang didunia. Aku da menceburi dunia pekerjaan mengenai Oil & Gas ni da lebih dari 15 tahun dan hari ni baru aku terjumpa dan nak share dengan semua kawan-kawan aku. Bukannya senang nak dapat peluang macam ni.
Lepas lunch tadi, aku naik motor aku ke Puncak Jalil untuk urusan business sikit. Disebabkan lampu minyak da berkelip-kelip dari malam tadi, aku singgah la kat station Shell kat Taming Jayani (dari Jusco Balakong ke Mines).
Dengan confidentnya aku stop moto aku kat pump yang ada jual RON95(bila duit kurang, aku pakai RON95). Pump attendant Bangla dengan senyum manisnya tanya aku mau bayar cash @ card. Aku jawab la cash sebab aku mana ada credit card. Disebabkan cash, disuruhnya aku pergi ke pump lain.
Aku pandang pump yang ditunjuk, aku nampak hijau je RON97, aku nak RON95. Di bagitau aku, bukan pump RON97 tu tapi pump yang kat tepi pagar. Aku pun start moto dan pergi la tengok.
Rupa-rupanya pump khas motosikal.... Aku pikir kalau aku isi kat situ, da tentu aku tak bole terus kedepan sebab sempit dan motor aku bukannya senang nak pusing. Da tentu motor belakang aku kena reverse kalau aku reverse motor aku.
Aku pun terus pergi ke pump lain yang ada RON95 dan terus masuk kedalam nak membuat payment. Kali ni cashier kat dalam pulak sound aku yang pump-pump kat forecourt tu semuanya untuk credit card user. Benggang.......
Aku cakap aku bukannya nak isi minyak 2 ringgit yang di nak perlekehkan aku. Aku nak isi 25 ringgit ni. Kalau pelanggan kereta-kereta mewah tengah bersusun nak isi minyak aku paham la nak halau aku tapi aku nampak satu kereta je kat forecourt. Aku nak isi minyak lebih banyak dari sebahagian customer kereta station mangkuk ni.
Dulu aku biasa isi minyak kereta aku kat station ni tapi mulai hari ni, aku haramkan duit aku dari sampai kat dealer paling banggang di dunia ni.
Nama station ni Shell Chop Lian Seong & Company

Wednesday, April 20, 2011

Ribut Petir

Aku baru saja bercadang nak naik moto keluar rumah cari apa yang bole dimakan dan jgak beli sayur kangkong untuk Iguana aku. Nasib baik aku tak sempat keluar sebab hari hujan sangat la lebat ditambah pulak dengan petir dan angin kuat. Pokok depan rumah jiran aku patah separuh tapi nasib tak baik, tak pulak himpap kereta dia. Hehehe jahatnya aku.
Aku tak suka sangat dengan jiran aku ni sebab aku rasa dia kurang diajar.
Sebab tak bole keluar, aku goreng telur je la alas perut aku yang lapar ni

Tuesday, April 19, 2011

Putrajaya Wetland Again

Semalam petang aku singgah lagi ke Wetland ni dengan harapan dapat shoot gambar semasa burung Pelican @ burung botak makan ikan. Last month masa aku singgah tempat tempat ni hari Ahad, aku nampak burung botak makan ikan dari kawasan yang disediakan. Ikan ni diberi oleh pihak pengurusan Wetland. Masuk hari semalam, da masuk 3 kali aku datang untuk shoot tapi takde pun ikan yang disediakan.
Semalam petang lagi teruk, burung botak pun takde. Aku nampak sekor je sama-sama dengan Pelican tapi bila aku cuba shoot, dia terbang terus blah. Group burung botak yang aku selalu nampak pun takde.
Aku pergi cari pekerja yang beri makan burung-burung ni, dia bagitau aku yang waktu dia bagi makan ikan berubah-rubah, tidak tetap. Rupa-rupanya dia cuma memberi makan pada Pelican ni je bukan pada si Botak. (Pelican kat sini tak bole terbang macam si Botak. Mereka ni bergantung pada makanann yang diberi).
Walaupun dia cuba memberi makan pada waktu yang berbeza, siBotak ni pasti akan tau jugak. Mungkin salah siPelican ni jugak membuat bising bila makanan disediakan. Burung botak ni lebih agresif dari Pelican, jadi dia orang ni yang makan lebih.
Aku cuba jugak cari burung-burung lain selain burung Merbah, Tiong, Ayam-Ayam, Merpati dan Layang-Layang tapi aku jumpa burung kuning je. Dulu aku selalu jumpa kat kawasan rumah aku tapi sekarang da susah nak jumpa.
Yang aku perasan kat kawasan Wetland ni, takde banyak sangat pokok buah-buahan yang ditanam. Aku ada nampak pokok Jambu Air yang da berbuah tapi takde pun burung yang datang makan, Durian bunga pun aku tak nampak. Apa la salahnya kalau dia orang tanam banyak sikit pokok buah-buahan atau pokok Ceri supaya lebih banyak burung bole datang singgah dan berkampung di kawasan ni. Ni aku tengok banyak pokok-pokok tak berbuah langsung.

Sunday, February 27, 2011

Ex-BP

Ramai sudah yang meninggalkan BP(sekarang BHP) walaupun satu ketika dahulu sangat susah nak dengar orang nak berhenti dari satu syarikat yang sangat bagus ni. Syarikat ni dulu adalah satu syarikat dimana semasa bekerja dan sampai pencen, kebajikan, working environment dan semangat bekerja adalah sangat terpuji. Semuanya hanya tinggal kenangan je buat syarikat yang akan terlungkup pada satu hari nanti.
Baah sebagai seorang yang aktif telah menghantar pada semua ex-BP dan propose supaya kami dapat berjumpa dan lepak-lepak sebab dulu kami memang selalu melepas selepas kerja atau pun melepak di luar. Aku pun selalu jugak buat open house untuk member-member aku ni.
Pagi ahad lepas kita orang decided buat pot luck picnic kat Tasek Perdana dan yang datang adalah Fatimah sekeluarga dan Bai sekeluarga. Baah, Hairman dan aku yang single mingle ni datang sendiri2 la


ni tengah discuss nak pilih pakwe yang mana satu







Bai call aku kul 8 pagi masa aku tengah mandi, aku jadi kalut sebab ingatkan semua orang da sampai kecuali aku. Aku ni macam biasa bukannya morning person. Sampai je kat sana, aku tengak Bai and family je, yang lain semuanya tak sampai lagi. Hampeh....
Ni Fatimah sampai dengan Farah dan anak angkat dia Baah

Baizura


Fatimah


Zaidi yang asyik bekerja sampai bertambah kurus. Jangan kerja kuat sangat...

Saiful tengah berpikir apa ke jadahnya si Man citer ni

Lyne

Baah

Fatimah dengan Pink BB

Thursday, January 27, 2011

Tidak Sebijak Kancil

Masa aku dalam perjalanan ke Penang dengan Awe@Shahrom Abdulah, Anuar Manan, Awie, Janggut@Saiful dan Mus@Mustaqim untuk Malakoff Interstate Fellowship Ride 2010, kami terjumpa kereta Kancil ni dipandu melawan arus.
Terkejuk jugak kita orang sebab tak pernah lagi aku terjumpa orang macam ni. Kalau moto tu biasa la aku tengok tapi ni kereta. Lama jgak dia pandu lawan arus dengan kelajuan lebih dari 70km/jam.

Mamat ni betul-betul buat kisah pandu ikut emergency lane. Aku takut kalau ada moto atau kereta tiba-tiba guna lane tu, sure accident punya(kalau accident aku dapat gambar)

Setiap kenderaan yang berselisih pasti akan membunyi hon sebab betul-betul tak puashati dengan mamat ni.

Tapah 32km
Bidor 44km
Kuala Lumpur 164km

Ni nombor kereta dia. WGU4050.

Thursday, December 9, 2010

Jantung Pisang Ajaib

Kebiasaannya jantung pisang akan tumbuh dari batang atau hujung pokok pisang tapi yang ni tumbuh dari bukan tempat yang sepatutnya.


Sedara ini la yang tunjukkan kat aku jantung pisang ajaib ni. Aku tengah berdiri depan tandas kawasan R&R Maran semasa dia menegur dan suruh ambik gambar jantung pisang pelik ni. Mula-mula aku pikir nak ambik gambar pakai handphone je tapi aku teringat yang aku ada bawak kamera aku, apa la punya benggong

Ini la tempat jantung pisang yang biasa, tumbuh ditempat yang sepatutnya.

Jantung pisang ni tumbuh dari tanah. Mula-mula aku ingatkan bunga tapi bila aku perhatikan betul-betul, ni jantung pisang. Memang la pelik.
Kalau la ada mamat/minah yang suka percaya dengan karut marut, da tentu ada yang mintak nombor bertuah supaya cepat kaya.
Mungkin aku nak datang balik nak tengok ada tak buah pisang nanti. Kalau ada yang berminat nak tengok, jantung pisang ni di kawasan R&R Maran dari KL ke pantai timur.

Saturday, November 6, 2010

Lollipop Feast

Today tagged with Tan Sri Yusz for his cousin wedding at Setiawangsa. One of the goodies that day was lollipop and i noticed everybody have lollipop in their mouths.





as a team
the non-stop entertainer

even the want-to-be photographer

Wednesday, October 27, 2010

Nothing Much To Do Today

white flower between the lalang in my house's garden. wish i have my tripod to shoot this flower


this lizard was trapped in the water bucket. i saw it yestarday and ignored it since i thought that it was just taking a dip. Apparently it cannot climb out.
Release the lizard after get my shot.

some mucus coming out from the mouth. luckily the water is not too deep for the lizard

Popular Posts