
Sedara ini la yang tunjukkan kat aku jantung pisang ajaib ni. Aku tengah berdiri depan tandas kawasan R&R Maran semasa dia menegur dan suruh ambik gambar jantung pisang pelik ni. Mula-mula aku pikir nak ambik gambar pakai handphone je tapi aku teringat yang aku ada bawak kamera aku, apa la punya benggong


Kalau la ada mamat/minah yang suka percaya dengan karut marut, da tentu ada yang mintak nombor bertuah supaya cepat kaya.
Mungkin aku nak datang balik nak tengok ada tak buah pisang nanti. Kalau ada yang berminat nak tengok, jantung pisang ni di kawasan R&R Maran dari KL ke pantai timur.
No comments:
Post a Comment