Ini adalah event mountain bike aku yang pertama kali sejak berjinak-jinak dengan dunia photography. Aku tak layan sangat sebab da lebih dari 6 tahun aku gantung basikal Gary Fisher Supercaliber aku sampai fork pun da bocor.
Bila Zamani ajak aku ikut dia menyertai event ini, aku tak mau la melepaskan peluang. Bole jugak aku ambik gambar dan mencuba idea-idea aku tentang creative techniques tentang mtb photography. Aku tengok jugak majalah-majalah nak cari idea supaya tak la mengelabah main hantam tembak je nanti.
Bila kita orang sampai pada malam Sabtu, aku frust sikit bila penganjur memberitahu yang track ni riders buat satu loop sahaja. Kantoi la aku sebab mana aku tau tempat dan angle mana yang cantik untuk ambik gambar. Kalau buat banyak loops, bole la aku berjalan dan mencuba techniques yang aku tau.
Disebabkan takde orang yang bole membantu, aku cuba se-creative aku dan redah saja la memcari mana lokasi yang aku rasa sesuai.
Ni pelepasan group Men Elite yang lambat aku rasa 1jam
yang ni Abe Bujoe hensem dari Terengganu. Dia dapat tempat pertama ni untuk event Men Master
seperti biasa, Bujoe akan memastikan dia sentiasa berada dihadapan. Bila da masuk single track offroad, kedudukan bole menentukan tempat pertama atau ke sepuluh
Sesi bergambar buat gadis-gadis manis
Lynda Scott dari Singapore ni juara kategori Women Open
Budak ni aku tak tau menang ke tidak
Fandi menang acara Men Senior Master
Fandi tengah perambat Assry
mereka-mereka ni back-up kalau ada kecemasan dalam track
Dalam kebun getah ni la yang paling aku tak suka. Tak pernah seumur hidup aku ni jumpa nyamuk punya la banyak serbu aku sampai da nampak macam asap. Mula-mula aku tepuk jugak tapi sebab aku nakkan gambar, aku sedekah je la darah aku.Sebenarnya aku ni phobia sikit dengan nyamuk sebab da 2 kali aku kena Denggi, da tak mau la kena lagi
Cool je budak ni
Lynda Scott in action
Laura Avila
sempat memberi aksi terbaik
Ni sebahagian gambar down hill yang aku ambik. Bermacam-macam gaya dia orang ni
Zamani in action
Hairi Jasadi
Mohammad Iqram Amzirin
Laura Avila
Beby Miyako
Taslim J Ahmad
Cik Da
Dr. Pauzi
Bukan hanya peserta dewasa, kanak-kanak pun ada yang menyertai. Kebanyakkannya memberi thumbs up pada event ini, bererti mereka berpuashati
berbangga dengan jersey GUMQ 2011
Nama pun mountain bike, kepayahannya sudah tentu lebih dari roadbike. Mungkin ada yang mengatakan roadbike lagi susah tapi cuba dulu baru bole komen
Bukan hanya lelaki sahaja yang menolak basikal, wanita juga tak mau ketinggalan
Finishing line
Bujoe dan Anuar Manan pun ada
Si jelita
Si Jelita
Dr.Pauzi puashati dapat menghabiskan track kurang dari 3jam
wah2...nice storyline... aku peserta..memang teringin nak shoot2 dah sebenarnya tp keinginan nak kayuh tu lagi tinggi, so pas kat member2 yang baru belajar camera, bagi dia experience sket..nice shot, clear and readable :)
ReplyDeleteseronok bila tengok member2 kayuh. Fork aku da lebih sebulan kat kedai tak siap2. Lebih siap nanti, jadi peserta la plak
ReplyDeletenice picture bro!
ReplyDeletethanks
ReplyDeletecantik gambar
ReplyDeletethanks doc. Model gambar terakhir yg paling comey
ReplyDeletenice job madee...thanks for the support of our event...if there is a next one, you are welcome to joint...we will send you to nyamok one more time.
ReplyDeleteDr Adibah
abg madee de best la...ada time dtg la ganu kite lyn sotong celup tepung...kalu mau kayuh bujoe leh sediakan mtb full carbon utk abg madee..
ReplyDeleteDr Adibah: thought that my atok's orchard at Muar was the best breeding place for nyamuk but UTM leads by miles.
ReplyDeleteThanks and looking foward to joint in UTM future events
Bujoe: ingat awal bulan depan nak g kuantan dan ganu. Rindu nak pekena sotong celup tepung
ReplyDelete