Saturday, April 16, 2011

Hitea with MAIKA Malaysia

Semalam aku diberi peluang untuk cover hightea, gathering dan juga mini workshop untuk MAIKA Malaysia di PJ Hilton. Mula-mulanya bila kawan baik aku suruh cover event ni, aku ingatkan MAIKA ni ada ada kena mengena dengan Maika Holding tapi rupanya langsung takde kena mengena. MAIKA ni lagi best sebab barangan yang dipasarkan, strategi pemasaran dan ahli-ahlinya adalah sangat menarik dan colourfull bagi pendapat aku la.
Kalau kau orang nak tahu lagi lebih mendalam tentang barangan keluaran mereka, jangan malu-malu singgah di link ni
Ni sebahagian images yang aku ambik semalam. Jam sekarang da pukul 2.06am dan aku perlu tido sebab pagi-pagi nanti aku kena pergi Temerloh nak tengok Temerloh Mountain Bike Challenge 2011. Kawan aku Wak yang sama-sama kayuh basikal dulu organise event ni, kasi support la sikit kat kawan aku.
Ni backdrop event semalam. Menarik jugak buat event kat sini sebab dengan mengambil buffet untuk para dealers, pihak hotel menyediakan kawasan khas, backdrop dan sound system dengan percuma. Kalau la kita menyewa bilik khas, semua additional ni kena bayar, yang ni dapat FOC. Yang paling best lagi, buffet dia start dari pukul 12 tengahari sampai pukul 5 petang. Bole kenyang sampai besok petang kalau kau orang asyik menterdarah

Emma Idris sedang memberi penerangan tentang membership card, new products, marketing tips dan strategy yang terbaik untuk para dealers MAIKA
 Group photo dengan dealers yang hadir. Dia orang ni semuanya bersemangat dan berwawasan tinggi dan cantik-cantik kecuali yang berdiri dibarisan belakang.
 Aishah dengan geng Karangkraft
Mamat ni jadi model aku semasa aku nak test setting sebelum ambik group photo. Sesiapa yang berminat nak cari model, bole contact dengan manager dia Aishah.

2 comments:

Popular Posts