Monday, April 11, 2011

Kajang-Muar-UTM Skudai-Muar-Kajang

Minggu lepas selepas abis job shoot nikah kat Bandar Tasek Permaisuri(aku shoot video buat pertama kali dengan guidance Ah Meng) terus balik rumah sebab nak pergi ke Giant UTM MTB Quest 2011 denam Zamani, Dr Pauzi dan Razak.
Seperti biasa aku jadi supir sebab star-star nak berehat sebelum race besoknya. Jadi supir pun supir la janji aku datang merayau. 
Kita orang singgah ke Muar untuk pekena Mee Bandung depan MRSM Muar. Memang best Mee Bandung dia. Kita orang jgak makan Kupang Bakar Berlada, Otak2 dan satay. Masa nak balik Zamani suruh ingatkan dia sepaya jangan makan satay sellain satay Kajang sebab satay kat sini kurang memberansangkan. Kita orang jugak tapau ayam golek perchik. Sedap jugak ayam ni sebab bole nampak dia marinate dulu ayam ni sebelum bakar. Ayam licin kami makan kat bilik.
Sorry la gambar mee bandung takde sebab aku terpaksa delete masa race MTB.
 Ni dia bilik kat Pulai Spring Resort. Ada 2 bilik tidor dan 1 bilik air
 Bilik air
Dr Pauzi dan Zamani sedang menikmati air panas
 Ajak tengah menghantar report pada makwe. Kat kerusi panjang tu la aku tido

Breakfast disediakan pada pukul 6.30am tapi pukul 6.20am kita orang da sampai. Zamani dan Dr nak makan puas-puas sebab event dia orang start pukul 8.45am. Aku pulak belasah sebab memang da hobi aku makan.
Memang banyak pilihan makanan kat resort ni



 Swimming pool yang menarik
 Permulaan acara Elite yang tertunda sampai lewat 1jam
 Nor Affandi Rosli dengan keluarga. Schoolmate aku dulu ni. Tiap kali  kalau jumpa dia dengan kawan-kawan dia, dia akan bagitau aku la yang mula-mula bawak dia training/kayuh basikal. Dia da jadi superstar, aku berhenti kayuh bila masuk ITM
 Amalan tak sihat yang mesti diberhentikan
 Budak kecik pun ada yang masuk. Takde alasan bagi yang da tua tu kalau taknak kayuh
 Bujoe dan Anuar Manan pun ada
 Lepas kayuh, acara makan pun bermula
 Jus Apokat yang wajib
Ayam goreng baseball kalau tak silap aku
 Cumi goreng
Garumi goreng
 Pecal
 Terkejut dia orang hantar 3 keping tempe goreng. Ingatkan dia orang serve lebih dari 3 keping
 Licin.....
 Ni dia Restauran Santap Sunda Sawargi di Taman Universiti dibelakang Maybank
 Dalam perjalanan balik ke Kajang, kita orang singgah balik ke kedai Mee Bandung semalam. Kita orang nak makan mee bandung, Kupang Berlada dan ikan Tuka Bakar. Satay xmau order
 Mee Bandung yang enak
 Disebabkan lada special out of stock, kita orang dapat makan Kupang rebus je dengan sos kicap cili. Tuka Bakar Berlada pun terpaksa dilupakan.
 Ramai jugak orang tau kedai ni
 Senarai harga roti canai. Sekeping cuma 70sen
 Mode of transport kami
Basikal kotor selepas main lumpur

2 comments:

  1. menarik maklumat bergambar. lain kali kalau ke Muar kena rujuk blog ni.

    ReplyDelete
  2. kalau bole membantu, dipersilakan jadi bahan rujukkan

    ReplyDelete

Popular Posts