Selama aku hidup, ni la station minyak yang diuruskan oleh dealer yabg paling banggang didunia. Aku da menceburi dunia pekerjaan mengenai Oil & Gas ni da lebih dari 15 tahun dan hari ni baru aku terjumpa dan nak share dengan semua kawan-kawan aku. Bukannya senang nak dapat peluang macam ni.
Lepas lunch tadi, aku naik motor aku ke Puncak Jalil untuk urusan business sikit. Disebabkan lampu minyak da berkelip-kelip dari malam tadi, aku singgah la kat station Shell kat Taming Jayani (dari Jusco Balakong ke Mines).
Dengan confidentnya aku stop moto aku kat pump yang ada jual RON95(bila duit kurang, aku pakai RON95). Pump attendant Bangla dengan senyum manisnya tanya aku mau bayar cash @ card. Aku jawab la cash sebab aku mana ada credit card. Disebabkan cash, disuruhnya aku pergi ke pump lain.
Aku pandang pump yang ditunjuk, aku nampak hijau je RON97, aku nak RON95. Di bagitau aku, bukan pump RON97 tu tapi pump yang kat tepi pagar. Aku pun start moto dan pergi la tengok.
Rupa-rupanya pump khas motosikal.... Aku pikir kalau aku isi kat situ, da tentu aku tak bole terus kedepan sebab sempit dan motor aku bukannya senang nak pusing. Da tentu motor belakang aku kena reverse kalau aku reverse motor aku.
Aku pun terus pergi ke pump lain yang ada RON95 dan terus masuk kedalam nak membuat payment. Kali ni cashier kat dalam pulak sound aku yang pump-pump kat forecourt tu semuanya untuk credit card user. Benggang.......
Aku cakap aku bukannya nak isi minyak 2 ringgit yang di nak perlekehkan aku. Aku nak isi 25 ringgit ni. Kalau pelanggan kereta-kereta mewah tengah bersusun nak isi minyak aku paham la nak halau aku tapi aku nampak satu kereta je kat forecourt. Aku nak isi minyak lebih banyak dari sebahagian customer kereta station mangkuk ni.
Dulu aku biasa isi minyak kereta aku kat station ni tapi mulai hari ni, aku haramkan duit aku dari sampai kat dealer paling banggang di dunia ni.
Nama station ni Shell Chop Lian Seong & Company
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Minggu lepas selepas abis job shoot nikah kat Bandar Tasek Permaisuri(aku shoot video buat pertama kali dengan guidance Ah Meng) terus balik...
-
Eagle on the tree's branch Akob Patin House Tapai Pulut Akob Patin House. Kedai makan ni terkenal di Kuantan untuk sesiapa yang su...
-
Semalam aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan member-member ITM Melaka di Legend Hotel Kuala Lumpur. Selepas sebulan reunion di Tiar...
-
The day I found out that I'm going to be a father, that was one of the happiest day in my life. I am a very lucky father to be given wit...
No comments:
Post a Comment