Wednesday, April 27, 2011

Photoshop-Photo Filter

Jikalau kita biasa shoot menggunakan file RAW. kita bole adjust white balance di dalam photoshop apabila warna photo tidak sama seperti warna yang kita rasa semasa kita shoot. Contohnya seperti gambar dibawah dimana aku menggunakan white balance Auto. Gambar ni terlalu kuning dan setahu aku la Papa Rock kita ni kulit dia tak la kuning macam dalam photo ni.
Jangan risau kalau hadapi masalah macam ni, jalan penyelesaiannya mudah saja. Pergi ke Image, Adjustment dan Photo Filter.
Function Photo Filter ni macam setting white balance dalam kamera dimana kita bole bagi "warm" atau "cool" kan photo ni.
Photo ni terlalu banyak kuning dan kita nak "cool" kan dengan menambahkan warna biru. Ada 3 cooling filter dan aku galakkan kamu mencuba ketiga-tiga filter untuk mendapat effect yang kamu inginkan.
Untuk gambar ni, aku pilih Cooling Filter (82) dan aku naikkan kekanan slider density ke 47% untuk mendapatkan effect seperti dibawah.
                                    Before Edit                                            After Edit
Aku jugak apply Cooling Filter(82) pada gambar anak buah aku Ziyad, anak bongsu adik aku yang berdiri sebelah Papa Rock di atas.
Photo ni aku tolakkan slider density kekiri sehingga 13%. Berapa banyak yang hendak ditambah atau dikurang bergantung pada diri sendiri. Tiada yang betul atau salah.
Before Edit
After Edit

No comments:

Post a Comment

Popular Posts