Tuesday, April 19, 2011

Putrajaya Wetland Again

Semalam petang aku singgah lagi ke Wetland ni dengan harapan dapat shoot gambar semasa burung Pelican @ burung botak makan ikan. Last month masa aku singgah tempat tempat ni hari Ahad, aku nampak burung botak makan ikan dari kawasan yang disediakan. Ikan ni diberi oleh pihak pengurusan Wetland. Masuk hari semalam, da masuk 3 kali aku datang untuk shoot tapi takde pun ikan yang disediakan.
Semalam petang lagi teruk, burung botak pun takde. Aku nampak sekor je sama-sama dengan Pelican tapi bila aku cuba shoot, dia terbang terus blah. Group burung botak yang aku selalu nampak pun takde.
Aku pergi cari pekerja yang beri makan burung-burung ni, dia bagitau aku yang waktu dia bagi makan ikan berubah-rubah, tidak tetap. Rupa-rupanya dia cuma memberi makan pada Pelican ni je bukan pada si Botak. (Pelican kat sini tak bole terbang macam si Botak. Mereka ni bergantung pada makanann yang diberi).
Walaupun dia cuba memberi makan pada waktu yang berbeza, siBotak ni pasti akan tau jugak. Mungkin salah siPelican ni jugak membuat bising bila makanan disediakan. Burung botak ni lebih agresif dari Pelican, jadi dia orang ni yang makan lebih.
Aku cuba jugak cari burung-burung lain selain burung Merbah, Tiong, Ayam-Ayam, Merpati dan Layang-Layang tapi aku jumpa burung kuning je. Dulu aku selalu jumpa kat kawasan rumah aku tapi sekarang da susah nak jumpa.
Yang aku perasan kat kawasan Wetland ni, takde banyak sangat pokok buah-buahan yang ditanam. Aku ada nampak pokok Jambu Air yang da berbuah tapi takde pun burung yang datang makan, Durian bunga pun aku tak nampak. Apa la salahnya kalau dia orang tanam banyak sikit pokok buah-buahan atau pokok Ceri supaya lebih banyak burung bole datang singgah dan berkampung di kawasan ni. Ni aku tengok banyak pokok-pokok tak berbuah langsung.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts