Tuesday, July 31, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-MAE HONG SON DAY1


Hari ni aku nak cabut ke Mae Hong Son sebab kawan aku Abu Zahrin kata kena singgah kat sini, kawan-kawan bikers aku pun kata benda yang sama, mesti best ni sebab ramai yang rekomen. Aku ada terpikir nak sewa moto kapcai je dan ride ke sana, mungkin ambik masa dua hari sebab kena tido kat Pai dulu. 

Selepas memikirkan secara waras, baik aku naik bas je sebab sekarang bila petang asyik hujan. Tak larat la aku kalau kena hujan, silap haribulan bole demam. Dengan keadaan aku sekarang yang langsung tak fit, kebarangkalian untuk demam sangat tinggi

Pagi-pagi lagi aku da ambik Tuk-Tuk ke hentian bas dan aku kena bayar 80baht (aku rasa mahal tapi aku malas nak tunggu cari yang lain, bayar je la). Kat perhentian bas pulak, aku bayar 250baht untuk naik mini bas(van) pukul 9.30am untuk ke Mae Hong Son. Mini bas ni siap ada nombor tempat duduk dan lebih selesa dari mini bas yang aku naik dari Hatyai ke Kok Lanta.


Selepas 1 1/2jam bergerak, mini bas berhenti untuk sesiapa nak ke tandas dan minum kopi panas. Aku yang puasa ni melanggok je tengok keliling. Siam ni kreatif jugak atau pun dia ikut petua orang Melayu, kalau pokok taknak berbuah bole la gantung seliper, kat sini dia orang gantung baldi berbagai warna. Kalau berbuah, comfirm banyak warna buah dia.

Total perjalanan dari Chiang Mai ke Mae Hong Son mengambil masa selama 6jam, kalau tido tu bole puas sampai tak mau tido lagi. Ditengah perjalanan ada lalu Pai, memang cantik tempat dia. Keluar dari Mae Hong Son nanti, aku nak tido satu malam disini, nak cari gambar untuk koleksi aku.

Bila sampai di Mae Hong Son, aku turun di hentian bas dan naik moto ke Romtai, satu tempat dari bilik yang murah sampai yang mahal. (aku bayar 40baht untuk moto tu kalau ada yang nak tau)

kalau yang bayar mahal tu, bole la dapat view kolam ni tapi aku bayar 300baht untuk satu malam, bole la nampak rumah towkey hotel. Aku tak kompalin sebab dengan harga lebih kurang rm30 semalam, bilik aku bersih, ada tv, meja tulis yang besar, 2 towel mandi, bilik air bersih, satu boyol air minuman free dan cadar katil pun bersih(tiada bau-bauan yang tidak sepatutnya ada)



lepas aku da check-in, merayau time nak tengok apa yang ada kat Mae Hong Son ni dan aku nak sewa moto untuk aku merayau keluar bandar.

Macam aku cakap dulu, agama memang modal yang menarik untuk mencari duit kat sini, jalan sikit je da jumpa Wat, dan aku pulak tentu akan singgah nak tengok ada apa-apa yang menarik.

Wat kat sini dah dicampur-aduk dengan budaya Siam, China dan Myanmar, material bangunan dia pun di perbuat daripada kayu bukannya batu macam dekat Chiang Mai.

Yang paling aku suka bila aku nampak ada 5 goddess diletakkan dibawah satu bumbung. Lepas ni bagi sesiapa yang kahwin campur, tak payah gaduh-gaduh nak pergi sembahyang kat kuil mana dulu, siap bole sembahyang sebelah-sebelah lagi.

sami ni tengah melepak sambil membaca suratkhabar ditemani anjing dekat Wat Jong Kham


Lepas aku dapat menyewa moto kapcai auto dengan harga 150baht sehari, aku terus mencari masjid dan kawasan ada menjual makanan halal kat sini. Perut kena jaga jugak beb.
 
Pekan Mae Hong Son tak la besar mana, macam pekan kajang je tapi kereta tak banyak. Bawak moto dengan tenang je, 7 Eleven dekat main road je ada 2, jadi tak risau kalau malam-malam teringin nak cari makanan. Seperti biasa pekan ni bersih seperti dimana-mana bandar di Thailand ni, orang-orang dia pembersih dan tidak membuang sampah merata-rata. Kalau korang pergi ke kampung pun sama saja, bersih...

Di Mae Hong Son, ni la satu-satunya kawasan yang ada menjual makanan halal, yang lain tu tak halal(ini yang diceritakan oleh Doktor Daud yang memandu Merc CLK). Hanya ada 15 keluarga yang beragama Islam yang tinggal disini.

Betul-betul depan masjid ni ada kedai menjual Dim Sum dan sausage, fish cake dan Tauhu celup dan goreng. Aku ada try Dim Sum dia, memang sedap. Sebelah kiri kalau memandang masjid ada kedai menjual roti canai yang dia orang panggil Rotee, aku tak cuba sebab tak mengidam langsung nak makan roti masa trip ni.

Didalam perkarangan masjid aku lihat ada ramai geng-geng Bangla dan Myanmar yang datang masa bulan Ramdahan semata-mata ingin meminta sedekah. Kebanyakkannya cacat kaki, ada yang takde kedua-dua kaki.

Imam Abdullah yang sedang mengait jala yang rosak, beliau datang melawat dari daerah yang 200km dari Mae Hong Son yang nama tempatnya aku da lupa.

Budak ni diantara 8 orang adik-beradik yang datang dengan ibu bapa dari Myanmar kesini untuk meminta sedekah, yang paling tua aku rasa macam bawah sepuluh tahun je.

Disini aku dapat berkenalan dengan Imam Abu Bakar, Imam Abdullah, Doc Daud dan Ishak. Selepas sembahyang Asar, aku diajak untuk berbuka bersama dengan keluarga Haji Abu Bakar.

Alhamdulillah..... murah rezeki

Segala photo di Mae Hong Son aku letak di SINI


2 comments:

  1. Imam Abdullah tu dari Mae Sa Riang...arah selatan dari Mae Hong Son.

    ReplyDelete
  2. thanks ironbuttrider memang susah aku nak sebut, yang pasti bercakap dengan dia asyik nak gelak je

    ReplyDelete

Popular Posts