Thursday, July 26, 2012

Bali May 2012


 Sebelum ni, aku da dua kali pergi ke Bali tapi tak pernah bawak kamera. Bila last year Airasia ada buat promotion tambang murah, aku rembat la tiket pergi balik tak sampai rm200. Masa aku book tiket tu, aku belasah je date sebab kalau tak jadi pun aku masih mampu letgo duit tu.

Bagi aku kalau dapat tiket murah, beli je sebab bila da set date, insyaAllah kita make sure dan usahakan supaya kita merayau pada masa tu. Tu yang berlaku pada aku, aku dapat merayau ke Bali dari May 16-30, 2012. 

Blog kali ni aku malas nak bagi detail setiap hari pengalaman aku kat Bali tapi aku akan share apa yang aku rasa bole membantu bagi kekawan yang ingin merayau ke sana dengan harga yang berpatutan dan yang penting akan enjoy trip dan menyusahkan.


Kebanyakkan tourist dari Malaysia suka berkampung di Kuta sebab disini la pusat hiburan bagi mereka yang masih muda dan masih terasa muda dan tak sedar diri. Aku pulak lebih suka melepak di Ubud kerana sebab utama aku datang ke sini adalah untuk menghargai keindahan alam semulajadi Bali yang sudah memang terkenal.

Ubud ni terletak ditengah pulau Bali dan terletak di tanah tinggi, cuaca sentiasa nyaman di siang hari dan dingin di waktu malam. Ini berbeda dengan Kuta yang sentiasa panas, traffic jam yang teruk, berabuk, sesak dengan tourist, segala2nya mahal dan yang ada cuma pantai yang sesak dan kedai2 menjual barang2 dengan harga mahal.



Ni view pemandangan bilik aku di Pura Asri2 di Ubud, satu bilik banglow yang luas dengan hanya 150,000 rupiah siap dengan sarapan pagi. Aku hari-hari makan Omelete, roti bakar, buah dan kopi-O Bali. Aku bole kenyang sampai petang, jadi aku hanya bayar untuk makan malam sahaja. save duit beb.

ruang dalam bilik aku yang berharga 150,000 rupiah semalam


 ni permandangan dari bilik aku yang berharga 100,000 rupiah semalam, sangat berbaloi



kawan baru aku yang datang kebas kacang yang aku letak atas meja. 


Ni Tegallalang tempat famous untuk melihat padi bukit yang terkenal seluruh dunia. Kalau tak silap aku tempat ni da diwartakan sebagai tempat World Heritage. Sawah ni terletak tepi jalan je kalau nak ke Kintamani, kena bayar 5000rupiah kalau nak bergambar ka sini.

 

Masa aku sampai bulan May ari tu,aku tengok banyak padi yang sudah dituai. Aku lewat 1 minggu, kalau tidak sure best sebab bole nampak seluruh bendang ada warna kuning dan hijau dan memang terbaek untuk gambar.

Lama jugak aku melepak mencari angle yang sesuai sebab sawah da kantoi, background da takde padi dan.... akhirnya aku nampak pesawah ni nak balik rumah dengan membawa guni yang mengandungi makanan untuk sapi dirumah. Aku gunakan element manusia supaya gambar mencari lebih menarik


ni gambar petani yang aku shoot lepas aku tegur dia. Tolong kalau sesiapa yang teringin nak shoot portrait, ko orang mesti ada interaksi dengan orang yang ko nak shoot. Jangan shoot curi-curi dan harap dapat yang terbaek.

Bila kita ada interaksi dengan model, expression wajah model pun menjadi lebih menarik dan ada soul









 kolam mandian di Pura Tawi

aku overnight kat Kintamani sebab ingin dapatkan gambar sunrise. Kat sini jam 5.30 matahari da naik. Disebabkan aku takut terlepas sunrise, aku bangun awal dan sementara menunggu tu aku lihat banyaknya bintang di langit atas Gunung Batur.
Aku mencuba capture semua bintang2 dengan kamera aku walaupun tak pernah seumur hidup aku shoot macam ni. Alhamdulillah selepas perah kepala otak aku dan pengalaman yang ada, inilah hasil aku.

sunrise di Kintamani. langit tak secantik seperti yang aku harapkan

Selepas da puas shoot sunrise, masa nak turun ke bilik sewa aku yang terletak ditebing jalan mengadap Gunung Batur, aku ternampak ayam jantan sedang bertenggek atas batu membelakangkang Gunung Batur. Sedang aku mencari angle yang terbaek dengan berhati-hati supaya ayam ni tak cabut, dia berkokok kaw2, aku pun shoot la kaw2. nasib baik aku da set kamera awal-awal lagi

Gambar ni adalah penhujung Tasek Batur dari Kintamani. Aku bole sampai kat sini sebab selama aku di Bali, aku sewa moto kapcai dengan harga 35,000 rupiah sehari, baru dalam rm11 sehari. Dengan sewa moto aku bole merayau puas-puas.

Mamat ni pun teringin bergambar berlatarbelakangkan Gunung Batur jugak. Setiap kali aku merayau, aku mesti bawak travel tripod aku yang ringan tapi kali ni aku pinjam tripod sahabat aku Dean Johari. Tripod penting kalau ingin mengambil photo landscape dan slow shutter, dan kalau nak bergambar sendiri pun bole tanpa menusahkan orang lain

 Moto aku pancing semasa nak pergi ke Kampung Truyan di tepi Tasek Batur ni. Masa tengah ride da dengan dengan kampong, local dia sibuk ride sebelah aku suruh ambik guide. Aky cakap tarakpe sebab aku ada moto, aku bole pergi sendiri sebab aku nak ride sampai tepi tasek je, nak ke kampung Truyan tu kena naik boat dengan harga yang sangat mahal walaupun boat ridenya hanya 15 minit.

Tengah sibuk2 tai chi dengan local tu, pancit pulak tanyar moto aku. Kena aku patah balik nak tampal tayar. Masa dalam proses tampal tayar, ada 4 tour guides da menunggu aku, siap sound aku kalau nak pergi Kg Truyan, kena upah guide. Aku belash plak dia orang ni.

Lepas kena pow 50,000 rupiah untuk satu tiub, aku cakap dengan dia orang aku ni takut tengok mayat, aku mau pulang. Cabut....

 Masa merempit turun dari Kintamani ke Ubud sebab hari da gelap, cuaca makin sejuk(aku pakai t-shirt je naik moto tanpa helmet), aku nampak ada upacara perkahwinan kat tepi jalan. Aku pun apa lagi, kasi emergency brake la.

Lepas mintak permission ambik gambar, aku panjat tangga depan rumah terus gambar dan video dari atas.

Yang paling best, tuan rumah offer aku datang semula untuk majlis yang lebih besar. Hari ni hanya majlis manyambut menantu, kecik je majlis dia. Lagi seminggu lagi grand majlis dia. Aku pun seronok diberi peluang shoot first Bali wedding aku tapi malam sebelum majlis, aku sakit gigi yang teramat sangat untuk kali pertama jugak untuk seumur hidup aku jugak. Bangun pagi da dekat tengahrai, hancus plan nak shoot wedding hari tu.

Penjual cenderamata di Pasar Ubud

 Ana Agong Gede Kala Pujo

 Ni kawan aku Zaza yang da berusia lebih dari 50 tahun bawak basikal dari Malaysia ke Bali. Orang ramai pelik ada mamat Malaysia yang datang Bali semata-mata nak kayuh basikal. Korang bole tengok Gunung Batur pun lebih rendah dari Zaza masa dia kayuh dari Ubud ke Singaraja

 
 Semasa aku di Ubud, langsung takde masjid sebab raja dia orang base kat Ubud, jadi dia tak benarkan masjid didirikan, dia ingin menjaga agama Hindu dia.

Di Singaraja ni kebanyakkan penduduknya berasal dari Jawa dan beragama Islam, masjid ada merata-rata.

 Nak katakan aku tak singgah Kuta, tipu la. Aku singgah jugak nak shoot sunset macam ni. Sebenarnya ramai orang dalam gambar ni tapi aku kasi buang semuanya kecuali mamat body surf ni

Ni pulak nelayan ramai-ramai tolak bot ke laut masa aku ke Jimbaran untuk makan seafood. kalau korang google makanan halal di Bali, korang akan jumpa Restaurant Bawang Merah kat Jimbaran. Masa aku sampai, aku tengok punya la besar patong kat sebelah restaurant. Kalau lapar jugak, makan seafood je la.

Aku tak tengok pun Kecak, Barong dance atau pun Joghet kat Bali kali ni, yag ni aku dapat free show kat restaurant

Kalau ada sesiapa yang nak sewa Toyota Avanza, sewa sehari harga lebih kurang 150,000-200,000 bergantung macamana ko orang bargain.

Kalau ada soalan, bole tanya aku.

Kalau nak tengok photo-photo aku yang lain, bole tengok kat SINI




2 comments:

  1. hi...Bali is the best ever.. always stay kat Ubud.. dah 8 kali dah kat sana.. now rindu balik. ingat nak kena pegi lahh..

    ReplyDelete
  2. bro, Pura Asri2 ni kne book dlu ke... dari airport ke Pura Asri2 ni mcm ne...

    ReplyDelete

Popular Posts