Monday, July 30, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-CHIANGMAI DAY 2


Pagi ni aku bangun terlewat sebab sibuk melayan nak siapkan blog hari pertama aku di Chiangmai. Aku ni tak berapa disiplin dalam kes update mengupdate blog aku ni. Tahun ni je da bermacam-macam aktiviti yang aku da buat yang bole aku upload tapi da dasar kaki lepak.... jawabnya x update la. Nanti bila da senang dan rajin sikit, aku updated blog aku.

Hari ni aku tak bersahur sebab aku terlupa nak on alarm hp aku tapi takpe la pose tetap pose. Kalau aku masih kecik lagi, bole la gunakan alasan tak bersahur atau lupa niat sahur untuk skip berpuasa, ni da tua bangka, kena la puasa.(berpuasa sambil merayau ni, harap-harap bole kuruskan badan)

Aku decide kali ni aku nak sewa basikal je dari sewa motosikal untuk merayau seluruh pekan Chiangmai ni, cuaca kat sini pun sejuk, tak la teruk sangat bai aku yang berpuasa ni. 50,000baht sewa basikal kat guesthouse ni, dapat basikal palang dengan bakul kat depan.

First sekali dalam itinerary aku, aku nak tengok apa yang dia yang dia orang asyik sebut Wat Pha Singh yang ada relic dan imej Buddha.
Wat ni tak jauh pun dari guesthouse sebab ianya berada dalam satu kawasan Old City (Old City adalah bandar asal Chiangmai yang dikelilingi dengan terusan membentuk kawasan empat segi). Entrance masuk kena bayar 20,000baht, banyak jugak benda-benda yang aku tak pernah tengok aku bole tengok disini. Ni kali kedua aku masuk Wat, kali pertama masa aku kat Hatyai. Kat sana aku lihat mayat sami yang telah dimumifiedkan dan diletak didalam aquarium kaca. Aku rasa pelik tapi seronok sebab dapat tengok mummy kali pertama dalam hidup.

Ditengah-tengah dewan ni ada beberapa kota kaca yang ada benda puteh didalamnya. Aku pusing-pusing cari mana dianya relic Buddha, lepas puas cri tak jumpa, aku tanya pekerja kat situ. Dia terangkan yang ditengah-tengah tu adalah relic Buddha dan dikeliling relic Buddha adalah cebisan tulang-tulang sami-sami yang lain. Tulang-tulang sami pun dia orang simpan.

ni dia relic Buddha

 sami muda bersama seorang wanita tua sedang membuat rantai dari bunga-bunga

 sami dan seorang wanita sedang berehat di Wat Pha Singh

minah salleh pun tumpang sembahyang

Mula-mula aku ingatkan sami ni tengah bertafakur, lepas ambik gambar dia, aku tunduk sikit dan senyum tanda hormat. Aku perhatikan dada dia tak bergerak pun, terfikir betapa hebatnya dia sampai pernafasan pun dia bole control sebab aku pernah dengar ada sami yang bole memperlahankan degupan jantung dia. Aku perhatikan lagi, aku nampak mata dia kaler biru macam orang puteh, wow... mat salleh pun jadi sami ke da sampai tahap wali-wali pulak tu. Aku yang sentiasa suka menyibuk terus datang dekat-dekat kat sami ni. Rupa-rupanya sami ni adalah patung lilin, bukannya sami yang hidup. Aku kena bagi tabik spring kat dia orang ni sebab patung ni memang betul-betul nampak macam manusia betul.

Aku puas belek peta mana lagi tempat menarik yang bole awak lawati di bandar Chiangmai ni tapi yang bole aku nampak semuanya Wat, pusing sini Wat, pusing sana Wat, agama memang bole dijadikan satu perniagaan yang lumayan. Aku lihat banyak Wat yang sedang dinaiktaraf supaya nampak lebih menarik. Yang menggaku mempunya relic Buddha pun ada supaya lebih ramai tourist akan datang.

Last-last aku pusing Old City ni dengan basikal sewa aku mencari tempat yang bole menarik minat aku. Masalahnya dengan basikal aku ni, rantai dia diikat dengan ketat membuatkan susah nak kayuh. Aku ni plak da la bertahun tak kayuh basikal, tekak aku haus dan bontot aku pulak punya la sakit kayuh benda ni. Ada bukit sikit pun da rasa macam panjat Genting Sempah.

Selepas puas pusing-pusing dan takde yang menarik, aku decide balik ke bilik je la sebab aku da letih dan tekak aku rasa sangat kering. Aku kena rehat dulu supaya kering tekak ni tak terasa sangat.

Petangnya aku merayau pulak ke Sunday Walking Street yang dikatakan ada banyak barang2 kraftangan dari penduduk asli disini. Sunday Walking Street ni diadakan berdekatan dimana Three Kings Monument ditegakkan.


'Three Kings' -- King Mengrai, the founder of Chiang Mai; his contemporary and reportedly good friend King Ramkamhaeng of Sukothai; and King Ngam Muang of Payao.
According to legend, the three worked together to lay out the city of Chiang Mai. The sculpture has become something of an iconic image representing Chiang Mai. You will see it reproduced in various forms all around the city.'

Yang but aku pelik lagi, kenapa dia orang suka menyembah dan memuja manusia yang sudah mati. Takkan dia orang tak tau yang dia orang sembah ni dulu pun manusia jugak. Ramai betul dia orang kena sembah.

Sunday Walking Street ni sama je dengan Saturday Walking Street, orang yang berniaga pun sama je. Anjing yang dibawah ni aku tak jumpa di Saturday Walking Street, mungkin hari sabtu dia orang pergi sekolah rasanya.



telur Burung Puyuh

Untuk berbuka hari ni lepas aku merayau ke Sunday Walking Street, aku pekena Kaosoi(35baht) dan Briyani Ayam(35baht). Briyani memang sedap tapi Kaosoi ni tak kena dengan tekak aku. 

Lepas berbuka dan aku merayau lagi dengan basikal, aku decide balik awak ke bilik la sebab besok pagi nak bertolak naik bas ke Mae Hong Son pulak.

Nanti aku bercerita pasal aku ke Mae Hong Son plak


No comments:

Post a Comment

Popular Posts