Kebiasaannya pada bulan puasa ni aku banyak buang masa sebab kurang job yang masuk. Last year aku merayau ke Pantai Timor dan lama jugak aku melepak kat rumah member aku Wahab di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Banyak jugak koleksi photos aku dapat.
Tahun ni aku pikir pasti situasi yang sama jugak dan aku takmo buang masa. Berpuasa kat Malaysia bagi pendapat aku la yang tak berkerja buruh buat bangunan, tak mencabar langsung. Melepak sedar-sedar da masuk waktu berbuka, langsung tak challenging.
Jadi aku pikir punya pikir kat mana aku nak merayau selama 3 minggu dalam bulan puasa tahun ni, dan ada beberapa destinasi luar negara yang aku berminat seperti selatan India, Sri Lanka, Indochina, Makassar, Myanmar dan Sarawak(aku tak pernah sampai sini). Akhir sekali aku buat keputusan baik aku terjah Indochina je la.
Plan asal malam hari nak naik keretapi/bas ke Hatyai, sampai pagi dan kemudian naik keretapi pukul 2.30pm ke Bangkok dan sampai keesokannya jam 11.00am. Dalam bulam puasa ni sure aku pewai dan wajib kena bermalam di Bangkok satu malam. Aku Bangkok ni bukannya minat sangat nak merayau, dan besoknya kena pulak naik keretapi ke sempadan Cambodia. Nak sampai ke Cambodia je da kena kena buang 3 hari, tu baru pergi belum balik lagi dari Laos. Masa yang aku ada cuma lebih kurang 21 hari sahaja, tolak perjalanan pergi balik dan tinggal 15 hari je. Last-last aku decide ambik flight ke Chiangmai dan merayau dulu sampai Mae Hong Son sebelum masuk Laos, Vietnam dan last sekali Cambodia, dari Seam Reap aku akan ambik flight balik KL. Aku rugi sikit kat flight tapi bila aku kira-kira balik dengan masa yang aku save, berbaloi jgak la.
Disingkat cerita, aku naik flight Airsia dari KL ke Chiangmai yang mengambil masa selama masa lebih kurang 2 1/2jam sahaja pada 28 July 2012.
Aku dapat seat tepi tingkap tapi bila aku sampai tempat duduk, aku tengok ada mamat salleh sudah duduk tempat aku, aku pun pikir takpe la sebab mungkin dia baru first time dapat duduk tepi tingkap kot. Kejap lagi satu minah Thai sudah duduk tengah antara aku dan Mat Salleh tu, masa aku nak duduk balik, aku tegur dia sebab dia pegang teddy bear, dia jawab macam nak taknak je tapi bila Mat Salleh tu tegur dia, terus berborak sakan siap tukar contact number. Moral storynya selain Mamat Salleh tu hensem dan macho, pompuan Asia memang ramai tergilakan orang yang berkulit puteh
Sebelum aku terlupa, masa aku tengah beratur nak buat baggage drop, amoi seluar puteh selamba je potong Q berdiri depan couple depan aku, apek kawan dia terus pergi counter sebelah buat-buat macam ada kes urgent sangat. Mamat depan aku terus sound amoi tu, apek terus panggil amoi supaya berdiri dekat dia.
Kat mana-mana pun di Malaysia ni dah ramai betul manusia kurang ajar yang tak respect masa orang lain, baik atas jalan, pasaraya dan sekarang kat airport pun sama je.
Berbalik citer merayau aku, kat airport di Chiangmai ni, kalau korang nak naik taxi, tak la mahal sangat. Aku bayar cuma 120 baht untuk ke hotel aku(baru rm12 je). senang dan cepat.
Jaga berdua tu tolong jaga bag aku semasa aku sibuk mengambil gambar kat luar airport, kat sini takde macam kat negara-negara lain dimana pemandu teksi tidak akan menganggu tourists yang baru sampai
Di Chiangmai ni aku bermalam dua malam di Lamchang House, harga biliknya 250 baht semalam.
Bilik ok la, bersih dan selesa, bilik share-share, ada free WIFI. Kena bawak towel dan sabun sendiri seperti kebanyakkan blilik murah, dua barang ni tak disediakan atau aku malas nak pergi bertanya, aku da pack awal-awal lagi kat rumah
Time berbuka aku belasah buah Kurma yang money changer bagi masa aku tukar duit kat Central Market. Kenyang jugak, no complain
Lepas berbuka dengan Kurma, aku keluar berjalan kaki ke Saturday Walking Street market, walking distant je dari tempat tinggal aku. Aku nak cari makanan halal kat sana, perut tak berapa lapar tapi hati kata mahu makan
Aku perhatikan yang menjual Roti Canai(Rotee) kat sini semuanya beragama Islam, aku teringin nak cuba tapi malas pulak. Jalan merayau jauh-jauh, makan roti canai pulak.
At last aku ternampak stall burger dan Nasi Briyani Halal kat Jalan Bamruang Buri dekat dengan & Eleven. Dia ada jual Briyani Ayam/Daging , Nasi Ayam dan Kaosoi. Aku belasah Briyani Ayam la hari ni yang cuma berharga 35baht(rm3.50 je)
Apa yang bole aku komen, memang sedap dan berbaloi-baloi.....
Lepas perut da kenyang, baru la bole merayau ke pasar malam Saturday Walking Street yang terletak seberang terusan je.
Saturday Walking Street ni memang luas kawasan dia, puas aku berjalan sampai kaki aku naik letih, tak sampai-sampai hujung dia, aku decide patah balik la.
kalau sesiapa nak melihat koleksi gambar aku di Chiangmai, bole lihat di SINI
No comments:
Post a Comment