PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.
Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.
Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.
Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.
Ni adalah simpang ke pusat konserasi gajah ni. Kalau ke kiri, bole pergi ke Felda Bukit Damar(dulu station minyak BP ni dibawah kawasan jajahan aku), Felda Sertek. Bentong- Raub pun bole.Selama 4 tahun aku ulang-alik lalu kawasan ni, tak terpernah terpikir nak singgah pusat ni. Aku tau yang Jackie Chan pernah shoot/buat filem dikawasan ni tapi seperti orang lain, aku tak pernah terpikir pun nak singgah atau melawat kawasan ni.
Selepas berhenti kerja, baru la minda aku ni terbuka luas sikit untuk menghargai apa yang ada disekeliling aku. Rupa-rupanya pusat ni sangat menarik bagi sesiapa pun yang ingin melawat/belajar dan memahami gajah dengan lebih mendalam lagi. Aku perhatikan ramai pelancung luar negeri ramai yang melawat pusat ni
Ada juga sekolah yang membuat lawatan ke pusat ini. Yang ni sekolah rendah swasta dari Kuala Lumpur
Kemudahan tandas yang luas ada disediakan bagi yang ingin melabur atau pada yang menukar pakaian yang lebih sesuai. Setiap hari, sebanyak 70 pas/tag tangan yang berwarna merah akan diberikan percuma kepada sesiapa yang ingin menaiki gajah dan bole mandi dengan gajah disungai.
Ini adalah tempat/kawasan dimana pengunjung dapat melihat dan bermesra dengan gajah.
Jambatan ke kaunter pendaftaran
Ni dia bangunan pendaftaran. Kalau datang awal, pelawat berpeluang untuk mendapat tag tangan berwarna merah
sample tengkorak gajah
Kemudahan tandas yang luas ada disediakan bagi yang ingin melabur atau pada yang menukar pakaian yang lebih sesuai. Setiap hari, sebanyak 70 pas/tag tangan yang berwarna merah akan diberikan percuma kepada sesiapa yang ingin menaiki gajah dan bole mandi dengan gajah disungai.
Ini adalah tempat/kawasan dimana pengunjung dapat melihat dan bermesra dengan gajah.
Luas jugak kawasan ini
Orang ramai berpusu-pusu ingin melihat anak gajah dengan lebih dekat lagi
Acara memberi makan kepada gajah pun ada disediakan. Semua makanan ini disediakan percuma oleh jabatan perhilitan. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas kepada pusat ini jua amat dialu-alukan.
Salah satu acara utama dimana pelawat bole melihat gajah-gajah mandi dengan penjaganya. Dua ekor ini adalah anak gajah.
Salah satu acara utama dimana pelawat bole melihat gajah-gajah mandi dengan penjaganya. Dua ekor ini adalah anak gajah.
Gajah-gajah dewasa
Sebahagian dari papan-papan informasi
Papan kenyataan mengenai apa yang bole dan tidak juga ada diletakkan. 2 piece bikini tak dibenarkan sebab takut nanti gajah 'teruja'
Masa aku tengah melihat gajah-gajah, aku asyik terdengar suara gajah menjerit-jerit macam nak mengawan. Aku pun seperti biasa, menyibukkan diri bertanya dengan pegawai bertugas.
Dia bagitau yang bunyi tu adalah bunyi gajah tengah diurut. Pelik jugak kena urut sampai menjerit kuat sebab selalunya aku bila kena urut, sure tertido.
Aku confident ini mesti urut pakai machine sebab gajah ni kan besar, lagi satu mungkin ada gajah yang dilatih untuk mengurut gajah.
Rupa-rupanya ada sorang pakcik dari Bukit Damar yang mengurut gajah tersebut. Bab ni yang membuat aku bertambah nak tengok macamana dia urut gajah, tak pernah aku dengar orang urut gajah.
Borak punya borak dengan pegawai tersebut(masa nak masuk, aku minum dulu kat warung diluar pusat ni. Aku meramahkan diri aku berborak dengan pegawai yang tengah minum jgak. Ni la pegawai tersebut). Dia akhirnya membawa aku melihat macamana gajah kena urut.
Masa aku sampai, gajah ni baru je selesai diurut. Bole nampak najis dan air kecing berterabur atas lantai.
Gajah ni diurut sebab kakinya terseliuh dan tak berupaya untuk berdiri. Jawabnya pusat memanggil pakcik ni untuk mengurut gajah ni seperti biasa yang dilakukan.
Aku kena warning sebab mengambil gambar adalah dilarang sama sekali. Ni semuanya gambar curi.
Pakcik ni da berusia lebih dari 70 tahun tapi melihat dari susuk tubuh, cara pakaian dan rambut yang lebat- aku macam tak percaya. Respect betul
Pegawai tu ada jgak bagitau aku yang aruah mak dia sebelum meninggal dunia, tidak boleh berjalan selama 2 tahun. Dia bawak jumpa pakcik ni dan diurut selama 2 hari- terus boleh berjalan.
Aku da lupa nama dia tapi bagi sesiapa nak perlukan khidmat beliau, bole cari kat Felda Bukit Damar.
Gambar bawah ni pulak, minyak untuk mengurut gajah sedang dimasak
bro.. best story anda.. teruskan berkarya..
ReplyDeletethanks ah meng. ambik gambar da pandai, nak bercerita masih banyak kena belajar. dolu2 masa sekolah asyik memonteng tangkap ikan kat longkang
ReplyDelete