Selalunya kalau aku nak pergi ke Frase Hill, aku akan gunakan jalan dari Batu Cave-Kuala Kubu Baru-Fraser Hill. Ini bukan satu-satunya jalan ke Fraser Hill, ada lagi jalan dari Raub dan juga dari Bentong.
Aku pernah mencuba jalan dari Bentong. Sebelum tu, aku nak cerita pasal satu restauran kat Bentong yang terkenal dengan ais krim buatan sendiri.

Kita orang singgah restauran ni pekena ABC ais krim. Pada masa tu aku rasa inilah ais krim yang paling sedap sekali didunia. Sekarang ni bila aku pikirkan balik, aku rasa sedap mungkin sebab aku da penat sangat, cuaca pun da la tersangat panas pada masa tu, kena pulak nak kena kayuh ke Mempaga-Sertek-Bukit Damar-Lanchang-Mentakab-Temerluh. Jauh lagi tu....
Brother sorang ni walaupun kepala dan tangan dia berbalut, masih tak mahu melepaskan peluang makan kat sini dengan keluarga dia. Aku rasa restauran ni adalah salah satu tempat wajib singgah kalau diBentong.
Ni dia Cendol bersama ais krim homemade special restaurant ni. Personally aku rasa taklah best sangat sebab aku tak letih dan naik kereta masa datang balik restauran ni. Cuaca panas kat luar pun tak effect aku.
Mungkin aku kata tak best sangat tapi budak-budak sekolah ni makan nampak punya la sedap sampai aku pun terbeli satu masa nak balik(aku beli perasa kopi)
Kalau sesiapa yang mengunakan jalan dari Raub, pasti akan bertembung di simpang ini.




Ada lagi 29km untuk sampai ke Fraser Hill dari simpang tiga di atas. Jalan punya la berbengkang bengkok dan jumlah kereta yang menggunakan jalan ni pun adalah sangat sedikit. Aku rasa aku berselisih dengan kereta lain kurang dari 10 buah.
Notis supaya berhati-hati dengan tanah runtuh bole dilihat dijalan ni. Jalan ni pun memang terkenal dengan banyak kes tanah runtuh.







No comments:
Post a Comment