Selalunya bila aku merayau jauh-jauh, aku mesti nak cari gambar sunrise atau sunset tapi kali ni satu pun aku belum ambik. Bukannya aku tak nak ambik, aku masih lagi belum jumpa subject yang aku rasa berbaloi untuk bangun pagi, nak ambik gambar sunset pulak, aku time tu da sibuk nak berbuka. Jadi buat masa sekarang, lupakan je la, shoot apa yang ada dan mampu.
Hari ni plan aku nak shoot longneck(Kayan) tribe, jaraknya lebih kurang 6km je dari pekan Mae Hong Son, jenuh jugak aku asyik patah balik sebab signboard dekat sini memang hancur, peta yang dia bagi pun tak accurate. Pusing punya pusing, tanya punya tanya akhirnya jumpa jugak ke jalan yang benar.
Selepas main road, jalan da jalan macam jalan kampung je, keliling pokok dan tak banyak kereta, da lebih kurang lagi 4km, lagi takde kereta sebab jalan da jadi lebih mengecil hingga tinggal satu lane je. Seronok layan lap dengan moto, aku ternampak taik besar macam taik gajah, kedepan lagi pun ada lagi, aku pikir takkan ada gajah liar kat sini kot. Sampai satu kawasan ada signboard tulis dalam bahasa english 'jangan gunakan horn sebab ada kawasan berdekatan', wow.... lagi la imaginasi aku jadi hura-hara. Best ni kalau ada gajah liar melintas, aku pun ride makin slow sebab nak tengok gajah.
Jalan depan sikit je, aku nampak ada 2 ekor gajah da kena ikut, rupa-rupanya gajah peliharaan untuk tourist naik, pusing2 macam kat Zoo Negara dulu. potong stim betul....
Ni lagi satu signboard yang aku kira lebih dari sepuluh sepanjang perjalanan ke kampung Kayan. Di kawasan ni sebab terlalu anyak kena merentas sungai kecil, mereka terpaksa meredah sungai sebab sungainya pun tak la dalam sangat dan naik moto pun tak sampai ke kaki.
Ni anak sungai yang paling lebar, siap ada korner lagi. Kalau korang berani dan nak basah, bole la bawak laju-laju macam 4x4 ni.
Bila da nampak rumah ditepi jalan, ni da kira da dekat sapai da start nampak kawasan untuk park kereta, kira da sampai la kat kampung Kayan. Aku masa sampai main redah je nak masuk tapi ada satu makcik da panggil aku, aku ingatkan hantu tepung yang panggil aku sebab muka dia penuh dengan bedak sejuk.
Dia sound aku kalau nak ke kampung Kayan, kena bayar 250baht, punya la mahal.... Aku da serba salah, nak masuk ke tidak. Taknak masuk, aku da merayau punya la jauh, alang-alang masuk je la. Kalau tak suka, sekali seumur hidup.
Untuk ke kampung kena cross sungai menggunakan jambatan ni, ok la first impression aku rumah masih lagi old skool. Cross je sungai, aku la satu-satunya tourist yang sampai walaupun da dekat jam 11 time tu, dia orang tengah sibuk bergossip sesama dia orang.
Perkampungan ni da macam dibina untuk tourist, memanjang je da kaum-kaum ibu(hanya wanita sahaja yang memakai gelang leher) duduk di tepi atau belakang kaunter/meja yang penuh dengan souvenirs. Aku masuk, senyum dan slow-slow jalan sampai hujung "rumah". Aku survey dulu apa yang ada, berbaloi ke aku bayar ni, subject apa yang bole aku shoot. Da bayar mahal-mahal kena ada gambar jugak.
Aku decide shoot portrait shot je la sebab kampung dia bukannya background yang menarik pun. Ni la sebahagian hasil yang aku dapat, kalau ada yang berkenan dan ingin berkenalan dengan dia orang, bole tanya aku nanti nama FB dia orang
Tengah aku melayan satu awek dan makcik, aku terdengar ada orang main gitar dan suara pun not bad, awek ni pandai main gitar rupanya. Bila aku puji suara dia bagus, dia suruh aku beli CD dia yang berharga 100baht. Jangan harap la aku nak beli
Makcik ni pulak namanya Mawee, dia pandai cakap orang puteh. Dari dia aku tau rupanya kat kampung ni ada 2 tribes, satu Longneck dan satu lagi Big Ear. Longneck ada 25 keluarga disini dan Big Ear ada 5 keluarga. Big Ear ni tak pakai gelang telinga tapi telinga dia panjang melayut, aku tak nampak pulak dia orang hari tu. MC kot.
Ni aku nak cerita sedikit, sungai yang korang nak cross nanti, kebanyakkannya telah disimen. Signboard hanya sebut "wet crossing ahead" tapi dia tak sebut licin bagai nak gila. Tengah-tengah sedap aku main air, tiba-tiba moto aku terus senget dan aku dan terbaring dalam sungai. Kamera compact dalam kocek dan dslr aku plak aku sling kat tengkuk. Kelam kabut aku make sure dslr aku tak terhempas.
Mood aku nak meneruskan merayau pagi tu terus potoi... balik bilik dan berehat sekejap dan jemur kasut baru aku yang pertama kali aku pakai untuk trip ni. Selalu aku suka pakai selipar je.
Petang tu aku ke kedai sewa moto buat komplain handle moto senget dan suruh nyonya tu repair, dia suruh aku tukar moto je la sebab takde orang nak repair. Aku berjaya tukar moto selepas aku penuhkan balik minyak moto tu sebanyak 60baht(kat sini minyak RON91 44baht perliter) (dia orang akan bagi moto dengan minyak penuh dan expect kita buat yang sama masa pulangkan)
Doc Daub rekomen aku naik bukit ke Wat untuk melihat pekan Mae Hong Son dari atas. Dipertengahan jalan masa naik nanti, ada simpang kiri dan kanan. Jangan ambik yang kiri pulak sebab yang ni naik ke stesen pemancar dan yang paling penting, ada anjing garang kat situ. Teruk aku kena defend diri aku dengan tripod.
view dari atas bukit
sami muda bernama Klong kalau tak silap aku
masa nak turun dari bukit, hujan turun renyai-renyai, aku redah je sebab masih renyai-renyai. Kalau aku tunggu dalam Wat tu, tak tau pukul berapa aku bole turun. Memang nasib aku turun sebab hujan sampai malam. Masa aku tengah melepak dalam bilik, aku nampak anak mat salleh ni seronok main hujun dengan daun pisang. Aku ambik kamera dan shoot dengan setting yang ada.
Hari ni aku berbuka dengan biskut sebab hujan kat luar, kedai makanan halal kira jauh jugak dari bilik aku. Bila hujan da reda, aku terus nak cari makanan tapi da tutup pulak kedai tu, kebulur la aku macam ni. Last option aku beli 1kg Manggis, 2 kg Longan dan setangkai Dokong. Aku belasah buah je la malam ni. Besok baru la effect dia sampai makan Longan terlampau banyak
Koleksi gambar Mae Hong Son aku di SINI
No comments:
Post a Comment