Sejak nenek aku meninggal dunia pada tahun 1998, aku jarang sekali balik Melaka sebab da tak ada sebab nak datang lagi. Tanah pun da dijual.
Tanjung Kling ni la terletaknya yang dipercayai Makam Hang Tuah setelah mereka mengkaji usia batu nesan yang diambil dari kubur tersebut. Walaupun kerajaan negeri Melaka telah mewartakan itu adalah kubur Hang Tuah, orang kampung Tanjung Kling masih mengatakan kubur tu adalah kubur saudagar India Muslim. Aku rasa orang kampung yang betul sebab itu adalah kampung mereka, mereka tahu la kubur siapa.
Sekarang bila aku balik kampung Melaka, banyak betul perubahan yang berlaku. Mungkin perubahan ini ada yang baik dan ada yang buruk

Di Melaka hanya ada 2 tanjung sahaja- Tanjung Kling dan Tanjung Bidara. Bila ditanya tinggal dimana, orang dari Tanjung Bidara akan kata dari Tanjung Bidara sementara orang dari Tanjung Kling akan kata duduk kat Tanjung dan orang Melaka akan paham tanpa banyak soal. Unik...
Gambar diatas dari kiri adalah Mat Zin Jubor(ada cerita macamana dia dapat title ni), makcik Timah dan pakcik Omar. Ini adalah keluarga aku kalau di kampung. Sampai je kat kampung, aku akan terus kerumah Mat Zin bukannya rumah atok aku. Mat Zin ni la kawan baik aku dan Along






Tun Teja bukan sahaja seorang wanita yang jelita dan berhemah tinggi bahkan seorang isteri yang setia serta disayangi oleh sultan dan telah menumpukan sepenuh ketaatsetiaan kepada negeri ini. Beliau telah membangkitkan semangat kepahlawanan dikalangan wanita melayu untuk turut sama mempertahankan negeri ini dar serangan Portugis. Segala jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang buat selamanya.



Aku rasa ini adalah masjid tertua di Malaysia
No comments:
Post a Comment