Dulu aku pernah pergi ke Kuala Linggi tapi aku akan pakai jalan dari Port Dickson, tak pernah aku guna jalan masuk dari highway ke Melaka dari simpang Linggi Rembau.
Aku saja cuba-cuba ikut jalan ni nak tengok apa yang ada sepanjang perjalanan, mana la tau kalau ada tempat yang menarik bole aku singgah. Aku teringin nak melihat kampung melayu yang masih mengekalkan tradisi rumah Minangkabau.
Sepanjang perjalanan dari simpang highway, aku lihat sekeliling jalan tidak ada bangunan/rumah lama, banyak rumah batu dan kawasan lapang saje, pokok tak banyak dan terasa panas. Terkejut jugak aku sebab aku expect aku akan lalu kawasan kampung.
Membangun jugak rupanya kawasan ini. tak best....
Sebelum sampai ke Tanjung Agas, aku ternampak signboard belas kanan tertera Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas. Aku sebenarnya da terlajak tapi aku buat U-turn sebab nak tengok jugak apanya yang menarik tentang kompleks sejarah ni.
Bila masuk je dari jalan besar, bole nampak tanah perkuburan Cina sebelah kanan kompleks ni. Selepas masuk kawasan kompleks, 1st skali akan nampak keris besar ni dengan info pasal kompleks ni.
Apa yang tertulis di bawah keris adalah seperti berikut:
KERAMAT SUNGAI UDANG, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Majnun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan disini.
Makam Syeik Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan kepada inskripsi batu bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebai seorang Wali. Batu megalit atau lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai 'batu hidup'. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke 2 dan ke 3.
Ini dia makam Syeikh Ahmad Majnun
Ini dia batu bersurat yang terdapat di makam. Mungkin ada yang bole tolong terjemahkan sebab aku memang buta jawi.
Ni adalah sebahagian batu Megalit. Ada papan kenyataan yang melarang dari melakukan perkara khurafat atau pun yang bole menyebabkan syirik di makam ni. Aku perasan ada bekas terbakar di atas batu seperti gambar kanan di atas, mungkin ada yang pandai2 membayar hajat di sini.
aku tak tau apa maksud diagram ni. Mungkin ada maksudnya yang tertentu tapi aku tak paham
Batu Magalit ni pulak berada di luar tempat utama
Lebih kurang 100m selepas Kompleks Sejarah Pengkalan Kempas, da bole nampak pekan dia yang ada lebih kurang 20 buah kedai sepanjang jalan. Nampak macam lebih kurang macam pekan koboi je.
Lepas pekan ni akan nampak belah kiri signboard Jeti Pengkalan Kempas, belah kanan ada balai polis. Aku rekomen kalau sesiapa yang lalu, singgah la sebab kalau nasib baik bole jumpa buaya,
Sungai di sini adalah kawasan habitat semulajadi buaya. First time dalam seumur hidup aku ternampak signboard macam ni. Aku ada dengar pasal sungai ada buaya macam sungai kat Puchong tapi ini la first time nampak signboard yang confirmkan buaya ada dalam sungai.
Sungai ni sebenarnya adalah Sungai Linggi yang mengalir dari Seremban, sebab itu la air sungai ni macam teh susu.
Yang buat aku pelik sikit, walaupun air sungai berwarna macam teh susu, terdapat banyak Udang Galah di sungai ini. Sepanjang sungai, aku nampak ramai orang yang memancing Udang Galah. Setiap seorang pasti membawak lebih dari 3 joran. Aku seronok tengok walaupun aku tak reti memancing, pancing udang lagi aku tak reti dan tak pernah.
Mula-mula aku ingatkan larangan memancing dari dalam perahu macam dalam gambar bawah tapi rupa-rupanya larangan dibuat memancing dari dalam perahu yang ditambat.
Menurut nelayan yang aku tanya, kalau dibenarkan memancing dalam perahu yang ditambat, sampah dan umpan yang telah mati akan ditinggalkan didalam perahu. Bila nelayan atau tuan punya nak pakai perahu , bau yang teramat wangi melekat dan susah nak dihilangkan.
Brother 2 orang ni tengah bersiap memunggah peralatan memancing dan jua bot moto yang berkuasa 15 kuasa kuda. Dia kata bsok baru dia orang balik dari memancing.
Kakak kat tangga ni plak baru first time memancing udang. Suami dia yang gila memancing . Hari ni dia datang dengan suami, anak lelaki dan anak perempuan dia.
Ini dia hasil tangkapan keluarga kakak ni. 2 ekor udang galah yang agak besar. Kakak ni lepak kat tepi tangga je tapi banyak kali pancing dia kena mainkan dengan udang. Kalau da lama nanti dan da terer, nasib tak baik la udang yang main-main dengan kakak ni.
Ikan Belacak pun ada kalau ada sesiapa yang tak suka memancing udang. Masak Lemak pun sodap...
Gadis manis yang bole berbahasa Tamil bersama dengan bapanya.
Setiap tali air yang aku lalu, airnya nampak bersih dan menarik. Kalau aku ni kaki pancing, da tentu aku datang lagi bawak joran.
Ni plak aku singgah di jembatan yang memisahkan Melaka dan Negeri Sembilan, ada medan selera kat tepi Sungai Linggi ni dan jgak jeti untuk memancing.
Brother dalam perahu ni baru balik dari memancing, banyak jugak hasil yang dia dapat macam Siakap, Mayung dan entah apa lagi yang aku tak tau.
Awek 2 orang ni seronok dapat tengok Belangkas (1 jantan dan 1 betina). Aku tanya nak buat apa Belangkas ni sebab yang jantan bukannya bole makan sebab selalunya orang akan makan telur Belangkas betina. Kalau makan daging Belangkas, silap makan bole mabuk. Dia bagitau yang dia nak buat Belangkas ni sebagai perhiasan.
Kat bawah jambatan ni pun bole memancing dan kalau nasib baik, bole dapat Siakap seberat 18kg.
Pakcik Razali ni berasal dari Linggi tapi sekarang tinggal di Kg Medan. Katanya di Linngi, kebanyakkannya ada besangkut paut, lebih kurang masing2 bersedara.
Dia cerita kat aku yang kat sungai ni ada buaya keramat berwarna puteh. Dolu2 katanya ada seorang India da tembak buaya ni, bukan buaya yang mati tapi si India ni yang mati keesokan harinya.
Dia ada cerita lagi, kalau nak menangkap ikan mesti ada baca ayat2 untuk menangkap ikan, baru la bole dapat ikan. Ini kata dia macam doa supaya dimurahkan rezeki.
Lepas jambatan dan belok ke kanan, torus dalam 1km akan sampai ke Kuala Linggi. Cantik jugak tempat ni bagi sesiapa yang suka dengan keindahan alam.
Ni jambatan ke Restauran Terapung Fort Supai. Best jugak makan kat sini. Ada ikan bakar biasa dan sambal, kupang dan pahat pun ada untuk dimasak goreng cili. Tomyam dia memang best, kena dengan taste aku walau tak sesedap tomyam Nong & Jimmy kat Ampang.
Ni saje2 aku main slow shutter dan simple RO3 composition.
Gambar sunset yang tak berapa menjadi.
Mamat yang tak berapa hensem ni menyibuk suruh aku ambik gambar dia