Tuesday, May 24, 2011

Kedai Makan Bujang Lapok

Kuantan ni bagi aku da macam kampung aku sebab dari tahun 2002 sampai 2005 aku tinggal di Kuantan ni. Aku dulu pernah tinggal di Beserah, Balok dan Indera Mahkota.
Kat sini bagi aku semuanya ada. Bandar ada, hutan ada, pantai ada dan jalan pun tak lah jem. (Jem cuma hari Jumaat je sebab Terengganu cuti, dia orang datang nak libur) Nak kemana-mana semuanya senang.
Kalau teringin nak makan Satar kat Kemaman- setengah jam je da sampai. Nak makan murtabak kat Pekan, pun lebih kurang setengah jam jgak sampai (jaga-jaga sikit selalunya ada speed trap masa kat jalan lurus lepas penjara).
Kalau pagi-pagi teringin nak breakfast kat Sungai Lembing, kayuh je basikal pergi sana. Bukannya jauh sangat, Kuantan-Sg Lembing dalam 45km rasanya. Nak kayuh offroad? Banyak trail kat Kuantan ni, pilih je dari untuk beginner sampai yang untuk hardcore, semua ada...
Pantai Beserah dan Balok kalu nak compare dengan PD dan Batu Feringghi, malu nak citer bagai macam Sungai Kelang dan Sungai Hulu Langat.
Satu lagi yang aku suka sangat dengan Kuantan ni bab ikan bakar dan sotong goreng celup tepung. Masa aku baru kena transfer kat sini, berat aku melambung-lambung naik 5kg. 
Mana tak naiknya..... hari-hari aku makan seafood, ikan bakar dan sotong ni memang da wajib. Kedai favourite aku kalau aku makan ikan bakar, sayur, nasi dan Nescafe panas tak mau tarik, aku cuma bayar RM8 je. (murah sebab towkey kedai minat aku rasanya)
Last visit aku ke Kuantan, semua kedai yang biasa aku pergi ada yang tutup, sotong dan ikan out of stock(Ikan Aji-Aji ikan favourite aku, hanya terdapat di pantai timur je. Sekali kau orang cuba, ikan lain da x sedap kalau buat ikan bakar).
Last sekali aku terjumpa satu kedai makan yang ada stock sotong tapi ikan Aji-Aji takde. Takpe la... at least dapat jugak makan sotong.
Aku order sotong celup tepung kesukaan aku dan Tuka bakar (Tuka ni ikan Pari kecik. Pari tak sedap sebab da besar, takde rasa dan keras)
Aku rasa seronok tengok kedai ni sebab pekerjanya semua pakcik-pakcik kecuali sorang budak muda. Pakcik yang ambik order aku, aku rasa pendengaran dia ada kureng sikit sebab aku bercakap dia buat don't know je. 
Bila dia datang lagi sekali dan aku tanya pasal order aku, dia jawap dia tak dengar pun aku order tadi. Apara... 
Ni Tuka bakar yang da sampai. Aku bole bagi 6/10 je sebab sambal dia tak berapa sedap. Kelainan ikan bakar kat Kuantan ni, ikan bakar akan dihidangkan dengan sambal cili dan sambal cili ni kena sedap dan texture sambal kena halus, jangan la kasar-kasar sampai nampak cili.
Sotong goreng celup tepung ni aku bole bagi 7/10 je. Masih lagi sedap dimakan. Kedai favourite aku lagi sedap, tukang masak dia makcik cina Kelate masuk Islam.
 Satu Bujang Lapok
 Lagi satu Bujang Lapok dan ada lagi 2 aku tak sempat ambik gambar
Nama kedai sebenar adalah Patani Family Restaurant. Kalau ada sesiapa yang berminat nak makan kat sini, kalau kau orang datang dari Bandar Kuantan ke Pelabuhan Kuantan ikut jalan lama, kau orang akan jumpa Hotel Swiss Garden dulu belah kanan dan dalam 200m kedepan lagi restaurant ni berada belah kiri. Ni lebih kurang 9km dari Bandar Kuantan.
Tempat ni berada di dalam jajahan kawasan Balok

Sunday, May 22, 2011

Gunung Angsi

Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shahrul, Hazran dan aku plan nak pergi scuba dive kat kolam di Shah Alam. Lepas heavy breakfast kat PJ, kita orang terus ke Shah Alam dengan semangat berkobar-kobar (aku ada bawak buku diving untuk refresh balik pasal diving ni tapi terbawak pulak buku Advance Open Water- mana ada citer psal benda-benda basic)
Sampai je kat kolam tu, kita orang tengok banyak jugak table dan bunting yang buat offer pasal swimming dan scuba diving courses. Aku yang tak reti berenang ni capai jugak pamplet pasal swimming course, saja nak survey harga dan module yang dia orang offer.
Dive centre yang kita orang nak dive ni nama dia Dive Buddy dan owner dia En. Bahaman. Selepas bertanya orang kat situ, kami terus ke kedai yang terletak dengan food court swimming complex ni. Punya la frust sebab kedainya tutup. Puas kita orang call tapi takde yang berjawap. 
Makcik kedai makan sebelah kedai bagitau mana bole dive sebab swimming pool tempat dive tu kosong, takde air. Celakak..... aku rasa mesti dia orang pergi pulau sebab hari Selasa depan cuti Wesak.
Sebab da tak bole dive, kita orang melepak minum je la.
Pada masa ni la Shahrul bukak citer yang dia nak pergi panjat Gunung Angsi pada hari Wesak. Aku yang da lama tak memanjat gunung ni teringin jugak memcuba walaupun fitness level aku teruk sekarang ni.
Borak punya borak, aku decided nak panjat jugak. Tambah pulak Hazran pun nak ikut, aku teringin sangat nak tengok macamana kawan aku ni yang tiba-tiba bole bercakap 'tidak kecil'.
Dipendekkan cerita, kami bercadang memanjat dari Hulu Bendul dan turun di Bukit Putus. Bagi sesiapa yang tak tahu, ada dua jalan untuk memanjat Gunung Angsi ni. Satu dari Hulu Bendul dan satu dari Bukit Putus.
Kalau panjat dari Bukit Putus, perjalanananya lebih cepat dalam 1 jam dari Hulu Bendul tapi jalan landai sangat la kurang. Dari sini kena banyak mendaki. Kalau sesiapa yang nak buat pendakian cepat dan sampai rumah untuk makan tengahari, bole panjat dari sini.

Masa kita orang sampai ke Bukit Putus dalam jam 8.30 dan suasana macam over the sea, berkabus.... Da lama aku tak tengok kabus sebanyak ini. Dekat Kajang rumah aku, jangan harap la bole tengok benda-benda macam ni lagi
Di kawasan pehilirtan ni disediakan kawasan parking kereta yang luas. Kau orang bole parking kereta kat sini tanpa perlu khuatir sebab ada ramai orang.
Kalau di kawasan Bukit Putus, hanya mereka yang memanjat gunung sahaja yang akan parking disitu. Keselamatan kereta tidak ada gerenti.
Setiap pendaki diwajibkan mendaftar dan membayar RM5 setiap sorang
Sebelum pendakian, Joe dan Shahrul memberi taklimat apa yang perlu dibuat, adap dan etika ketika didalam hutan, bagaimana pendakian hari ini dan aspek keselamatan untuk semua pendaki
Pendakian bermula. Kita orang start mendaki pukul 8.52am. Trail pada mulanya banyak yang landai, bole dikatakan kita mengikut tepi sungai. Sungai akan berada disebelah kanan kita
Bagi aku, gunung hanya la satu alasan aku untuk hidup secara aktif dan peluang untuk ambik gambar. Aku terpaksa bawak kamera berat aku ni sebab belum mampu lagi membeli kamera ringan.
Kita orang akan berhenti dalam masa sekejap sahaja untuk berkumpul dan memastikan semua ada dan dalam berkeadaan yang baik jua. Ni aktiviti riadah, bukannya nak berlumba.
Papan kenyataan ada dipacak untuk mengingatkan pendaki tentang pentingnya hutan dan menjaga kebersihan hutan ini.
 
Salah satu scenery sungai yang aku ambik. Kita akan sentiasa bole lihat sungai sebelah kanan kita
 Ni kawasan rehat Kem Tangga Batu. Pada masa ni kau orang bole la check sesama sendiri samada ada geng baru(pacat) yang melekat kat kaki dan jua celah ketiak macam Shahrul
Lepas Kem Tangga Batu, kena cross sungai. Kena berhati-hati sebab kalau tak mau basah kasut, kena pijak batu sebagai jambatan. Kalau tak confident, bole terus redah je sungai
Ni tandas yang disediakan di Kem Tangga Batu. Sorry la beb takde orang yang maintain. Duit RM5 buat tabung minum kopi agaknya
Melihat cahaya matahari sebelum masuk ke hutan kembali. Bole nampak puncak gunung dari gambar ini.
Banyak jugak signage macam ni masa kau orang panjat nanti
Pendakian curam sudah bermula. Start dari sini, kena berdaki kaw-kaw punya. Hanya satu je nasihat aku, langkat tu cuba langkah yang pendek seperti langkah memanjat tangga. Kalau langkah terlampau tinggi, nanti cepat penat.
Lagi satu, ikut pace sendiri dan jangan lupa take deep breath. Oksigen sangat penting supaya jangan cepat penat.
Kawan aku Hazran bernafas da macam lembu, peluh pun da turun macam hujan
Signboard ni kata lagi 37minit nak sampai atas tapi jangan la percaya sangat. 1 jam tu ada jugak logiknya
Ni salah satu part menarik, kena panjat menggunakan tali. 
Jangan risau part ni sebab pendaki wanita yang mula-mula takut tapi bila da panjat, seronok pulak. 


Da sampai atas, view marbeles. Part ni je yang kena pakai tali, yang lain tak payah pun
 Bole nampak nun sayup ke bawah
Cahaya puncak sudah kelihatan. Bagi sesiapa yang tak fit dan banyak berhenti rehat, 3jam 30minit adalah target yang reasonable
Aku pulak sebab banyak berhenti ambik gambar, pastu kena kejar balik group.
 View dari atas puncak

 tanah flat atas puncak ni
 Bagi sesiapa yang banyak songeh dan alasan tak mau panjat gunung, malu la dengan adek kecil ni
Selepas penat memanjat, apa saja makanan yang ada menjadi sangat sedap. Ni dia orang tengah melantak nasi impit dengan serunding. Terbaek.....
Kopi panas tanpa gula pun menjadi sangat best
 Ambik group photo dulu sebelum turun. semuanya ada 20 orang
 View masa turun ke Bukit Putus
 Bagi sesiapa yang kehabisan air, bole saja minum air dari sini. Ni air gunung yang fresh dan sejuk

Ni adalah R@R Panjang. Sini ada disediakan air panas dan kalau nasib baik, dapat makan bubur free. Pada sesiapa yang ada perasaan malu tu, hulur la sedikit wang sebab bukannya senang nak mengangkut semua ni dari bawah.
Pada masa ni kalau ada sesiapa charge aku kopi RM10 pun aku bayar.
Ni dia Panjang yang da lama berkecimpung dengan dunia memanjat gunung ni. Dia tinggal di Templer dan naik motor datang ke sini.
Kawasan R&R ni pernah dibakar lebih setahun lepas oleh pihak ranjer sebab tidak puashati dengan aktiviti beliau. Biasa la dia orang semuanya memerlukan lesen dan permit, sampai moto dia parking atas jalan pun dia orang nak clamp. Mangkuk hayun mana la ranjer ni yang ingat dia ada kuasa sampai atas jalan.
Macamana pun aku respect dengan Panjang.
Untuk pengetahuan semua, trail dari Hulu Belum yang dibayar dengan harga RM5 banyak sampah seperti botol air dan plastik  tapi taril dari Bukit Putus ni sangat bersih.
Seorang climber yang aku jumpa kata, trail Bukit Putus ni sebab NGO yang jaga, trail Hulu Bendul gomen yang jaga. Conclusionnya pikir la sendiri....
Ni permulaan mendaki dari Bukit Putus kalau sesiapa yang berminat nak bermula dari sini.
 Jalan masuk ni, dekat je dengan signboard ini
 selepas penat memanjat, best dapat rendam kaki dengan air gunung sambil spa ikan

Texture

Aku selalu tengok ramai photographers yang main textures dan tones pada photos mereka tapi aku yang kurang rajin ni tak reti-reti pulak nak buat.
Awal minggu ni aku terjumpa satu video clip yang ajar main textures dan tones ni, dan aku dapati senang rupa-rupanya.
Ni aku tengah download "718 Textures for Graphic Designer" dan harap-harap aku tak tersalah download. Kadang-kadang aku terdownload file "rar" yang computer aku tak bole bukak, buat rugi quota internet aku je.
Kalau la apa yang aku download ni file textures yang betul, next week bole la aku upload gambar muslimah ni dengan mainan texture dari aku.
Malas la nak main preset @ action sebab sampai bila pun nanti tak reti nak buat. Aku kena jugak ramai photographers yang main benda ni dan sorry to say, gambar ko orang ada yang nampak merapu tapi aku segan nak komen sebab ramai yang da tahap dewata raya, mana bole aku komen. Kalau aku komen nanti, gambar aku pun banyak yang masih merapu lagi.
Bagi aku, yang penting aku masih lagi belajar untuk meningkatkan lagi mutu gambar aku walaupun terpaksa belajar sendiri.
Kenapa aku kata belajar sendiri? Sebab ramai photographer otai yang tak sudi mengajar aku sebab mungkin takut aku lagi bagus dari dia orang atau pun sebab dia orang susah nak dapat, mana bole dia nak ajar orang lain, mau simpan itu ilmu sampai mati, atau pun selama ni dia orang pakai preset@action hahahahahahaha
Lantak la ko Dol.... janji setiap hari aku berusaha untuk memajukan diri aku.
Kalau ada sesiapa yang teringin bertanya @ belajar dari aku, contact je aku. Kalau aku tahu, sure aku ajar punye. Aku percaya 'the more I give, the more I will get". Bila kita mengajar orang, ilmu yang kita ajar lebih melekat dan bertambah berkat. Ilmu ni bukannya kita yang punya .
Apa-apa pun bila aku da reti nanti, aku postkan gambar textures aku.
Tunggu.............

Muslimah Photoshoot

Semalam hari Sabtu aku plan nak pergi ke Galeri Shah Alam sebab ada pameran KukuBesi vs Akar. Nak pergi sorang-sorang rasa bosan plak, jadi aku sms Yus tanya dia kalau dia ada plan nak pergi.
Tunggu punya tunggu, akhirnya dia sms balik yang dia tak mau pergi. Bertambah bosan.... Last-last aku pergi ke Precint Diplomatik melepak dengan kawan aku Ravi.
Masa nak keluar rumah aku terpikir nak bawak kamera dan shoot sunset kat Masjid Putrajaya yang kat tasek tu, lagi pun da lama aku tak shoot kat masjid tu. Pikir punya pikir, tak jadi bawak la sebab aku nak pergi sana naik moto je. Terasa leceh plak nanti.
Tengah aku syok melepak kat Putrajaya, aku terpandang kaler langit punya la cantik, ada orange bercampur dengan merah, terus aku rasa menyesal tak bawak kamera. Padan muka aku sendiri
Geram punya pasal, aku shoot jugak pakai kamera hp cap ayam aku dekat dengan parking Precint Diplomatik. Kalau dapat shoot gambar masjid dengan langit macam ni, memang terbaek....
Tengah melepak malam, Yus call aku nak pinjam reflector sebab dia ada pertandingan photoshoot muslimah kat Tasek Permaisuri besoknya(ari ni) tapi aku punya reflector Zulfika Studio sudah pinjam la, 
Bila aku dengar je ada photoshoot, aku pun cakap dengan Yus yang aku nak menyibuk sebab aku xde plan ahad ni. At least bole jugak aku tengok skill Yus shoot.
Hari ni pagi-pagi aku da bangun sebab da janji dengan Yus nak breakfast kat area Veladrome(selalunya matahari da tegak baru aku bangun). Malang sikit pagi ni, masuk je area Bandar Tun Razak aku kena hujan, lembab baju aku dibuatnya.
Tak kisah la Dol, janji aku selamat sampai....
Pertandingan photoshoot ni untuk pasangan model lelaki dan perempuan dan penganjur nak 5 keping gambar di e-mail.
2 keping gambar untuk portrait shot untuk model lelaki dan perempuan, 1 untuk pasangan, 1 close-up perempuan dan last sekali gambar pasangan untuk dimanipulatekan oleh photographer.
Group Yus ni power2 semuanya. MUA dia Kak Su, model perempuan Aslinda dan model lelaki Apis(sorry la bro sebab aku tak tau nama sebenar) dan aku plak sebagai tukang menyibuk.
Ramai peserta yang masuk dan aku tengok kebanyakkanya muda-muda belaka. Model-model perempuan comel-comel tapi sayang banyak yang x berapa tinggi. Nasib la....
Bila tengok model perempuan Yus, dia la yang paling sweet dalam semua model kat situ dan bertambah sweet lagi bila Kak Su da make-upkan, aku teringin nak shoot sekali tapi malangnya aku jadi tukang pegang flash je. Hahahahaha pegang flash pun pegang flash la
Dalam xde peluang shoot tu, aku sempat jugak shoot beberapa keping. Mana bole aku nak lepas peluang  shoot awek cun....
 cun tak? Ni baru je make-up sikit
 Ni masa nak tambah mascara dan testing topi cowgirl
 Kak Su menolong memakaikan tudung cangih
Gambar ni aku shoot ditempat teduh tanpa flash. Hari ni aku bawak kamera dengan lens 50mm aku je

Tuesday, May 10, 2011

Kuantan Lagi

Aku baru balik dari Kuantan semalam dan seperti biasa, aku naik bas. Ramai yang mempunyai kenderaan sendiri lebih suka berjalan-jalan atau bercuti menaiki kenderaan mereka tapi aku suka naik public transport. Ada banyak jugak kelebihan naik public transport ni pada sesiapa yang tak pernah merasainya.
1. Tak payah nak penat mata dan badan drive dan concentrate memandu. Aku ni naik bas je terus lelap macam kena buai rasanya, sampai je ke destinasi badan pun rasa segar especially kalau masa balik, lagi aku perlukan masa untuk lelap dan berehat.
2. Aku ada banyak peluang untuk melihat gelagat orang. Masa kita berjalan, menunggu, merayau dan dalam bas pun macam-macam perangai manusia bole kita lihat.
3. Bila da kena jalan kaki, peluang untuk buat streetphoto pun makin tinggi
4. Bila da dikelilingi dengan manusia, mulut kita pun kena la ramah. Tak rugi langsung kalau mulut ramah ni, bole dapat kenalan baru dan juga pengetahuan life experience orang lain.
5. Kita lebih peka dan menghargai alam sekeliling kita. Bila da perjalanan slow, semuanya jadi slow dan kita dapat melihat sekeliling dengan lebih jelas. Kalau bawak kereta 200km/j atas jalan, apalah yang bole kita lihat? Semuanya nampak kabur.
6. Duit pun banyak save pakai public transport ni
Kali ni aku plan nak banyak cover kat area nelayan Tanjung Api sebab banyak subject menarik kat situ. Selain gambar biasa-biasa seperti landscape sunset/sunrise, boats, jeti, nelayan dan lain-lain yang biasa photographers lain buat, aku cuba memcari lain dari yang lain. Aku cuba mendalami dan memahami kehidupan nelayan di Tanjung Api dan isu-isu yang berlaku disini.
Salah satu yang baru aku tau rupa-rupanya ada buaya di Sungai Galing ni. Bukannya satu tapi ada yang nampak sampai 3 ekor timbul. Ini selalunya berlaku pada waktu air pasang besar sebab pada masa ni, air laut akan masuk kedalam Sg Galing dan membersihkan sedikit air sungai ni yang dah sangat kotor. (Banyak kekotoran datang dari bandar, workshop dan perumahan).
Budak-budak nakal yang baling batu pada buaya ni jugak penyebab buaya ni da malas nak bergaul dan bermesra dengan manusia.
Mengikut cerita nelayan di sini, ada 2 jenis buaya yang duduk di sungai ni iaitu buaya hitam dan kuning. Buaya hitam ni kecik je tapi buaya kuning lebarnya lebih kurang 3 kaki. Kalau lebar 3 kaki ni, da kira besar jugak. Menurut Zi nelayan yang aku borak, da lebih 1 bulan dia tak nampak buaya yang selalu melepak bawak jambatan dekat dengan muara Sungai Galing ni. Yang paling menarik, dia claim yang buaya ni belaan Dollah yang selalu park boat dia dekat jambatan ni. Kalau ada sesiapa yang nak buat 'jahat'    pada boat dia, dia akan tahu.
Aku cuba cari Dollah ni pada esok paginya tapi dia da keluar ke laut. Dollah ni tangan kirinya cacat menurut nelayan lain yang aku jumpa. Next la Dollah, aku cari anda bila aku datang Kuantan lagi. Semalam dari pagi sampai tengahari aku cuba cari ini buaya tapi tak nampak langsung kelibat dia orang. Mungkin semalam air sungai cetek dan sangat kotor. Buaya akan keluar berjemur bila hari panas tapi semalam berjerebu, langsung tak nampak matahari.
Lagi satu pada sesiapa yang berminat nak cuba-cuba cari, ada jugak orang nampak buaya ni kat sungai sebelah Vistana Hotel berdekatan dengan medan makan. Da ramai da yang nampak buaya ni kat situ.
Masa aku memerhatikan sungai ni, aku terpandang seekor ketam hitam yang aku rasa besar lebarnya lebih dari satu kaki berlari menyereng masuk kedalam hutan bakau. Cepat betul dia lari sampai aku tak sempat nak ambik gambar dan spesisinya pun aku tak kenal. Ketam mutant  kot...
Aku juga ada ternampak 3 ekor Memerang kat bawah jeti. First time aku nampak Memerang liar dalam hidup aku dan cuma sempat ambik gambar dari belakang dengan wide lens aku. Bila aku tukar tele lens aku, dia orang da cabut lagi. Lama jugak aku tunggu dia orang timbul tapi hampa je.
Nanti kalau aku da senang sikit, aku upload gambar-gambar yang aku sempat ambil

Monday, May 2, 2011

Kajang-Bkt Goh-Cherating-Kemaman-Tanjung Lumpur

Pada Hari Buruh, aku dan member buat plan untuk menghadiri majlis kahwin Umiey dan K-Rel sambil jalan-jalan meronda ke Kemaman pekena Satar dan Otak-Otak. Dulu masa aku kat Kuantan, pantang citer je pasal Satar, kita orang dengan pantasnya akan terus ke Kemaman. Bukannya jauh sangat, dalam lebih kurang 50km je dari Kuantan ke Kemaman.
Aku bertolak dari rumah dalam pukul 9 pagi tapi singgah kat Restaurant Leha KelFood di Melati untuk breakfast. Bila perut da kenyang, baru la senang hati memandu
Selepas kawasan rehat Maran, tiba-tiba aku nampak jem panjang. Leceh betul la sebab malas la kalau lambat sampai Kuantan. Aku plan nak ambik gambar Umiey masa make-up dan gambar posing-posing sikit. Aku kan suka menyibuk.
Rupanya ada lori panjang da terbabas melintang jalan. Panjang jugak lori ni


Kalau dilihat dari divider jalan yang da hancur, aku bole buat conclusion yang lori ni datang dari Kuantan ke Kl dan terbabas masuk ke jalan ke Kuantan. Nasib baik tak ada kenderaan lain yang terlibat. Parah jugak kalau bertembung dengan lori ni
Masa tengah bergerak perlahan masa jem tu, aku terperasan kereta belakang aku ni biarkan anak dia bermain atas dashboard kereta. Banggang betul mak bapak budak ni, kalau tiba-tiba emergency break, da tentu anak ko tercampak ke depan


Ni dia kawan baik aku K-Rel dan Umiey. Selamat pengantin baru pada kamu berdua. Aku tak lama kat rumah Umiey, lepas makan dan dapat gambar yang aku nak, aku terus cabut ke Cherating. Yazeid OP inform aku dalam pukul 3.30 @ 4pm dia orang nak buat outdoor kat pandai yang ada kuda. Aku kena cepat blah sebab aku nak join dia orang dan nak ambik few shoots kat Kemaman,.
On the way ke Kemaman, aku singgah ke pantai Cherating ikut masuk jalan Legends Hotel. Panas betul hari tu.
Ni gambar yang aku ambik kat Pantai Cherating. Takde subject menarik yang dapat masukkan kecuali batang pokok yang da berteritip ni
Ni adalah salah satu agenda utama aku hari ni, nak pekena Satar dan Otak-Otak ditempat biasa aku makan. Kebelakangan ni aku selalu pergi ke kedai Aziz Satar tapi hari ni aku nak makan kat sini jugak. Disebabkan cuti awan, nak dapat tempat duduk pun susah
Masa aku parking kereta kat depan kedai, aku ada nampak moto Ducati Monster, Spider, GTR dan entah apa lagi model yang aku tak berapa minat. Rupa-rupanya Linda Onn ada sekali dalam kedai dan aku rasa dia la yang pakai Monster kat luar. Comey lagi dia. Aku pun hari tu pakai t-shirt koler Ducati(patut la dia asyik jeling kat aku)
Ni Otak-Otak yang diperbuat dari seketul daging ikan. Kalau Otak-Otak Gelang Patah@ yang biasa kita makan di KL, Otak-Otak ni selalunya da dihancurkan dan diproses tapi yang ni fresh lagi. 
Ni dia Satar tersohor masyur
Aku cuba sotong goreng tepung kat sini. Aku rasa dia pakai tepung goreng pisang, just order Satar and Otak-Otak je la. Nescafe panas kurang manis aku ni lepas abis Otak-Otak dan Satar baru dia sampai
Walaupun Nescafe aku lambat sampai, aku relax je sebab kesian kat makcik tukang buat air ni. Boss kedai la kena pikir macamana nak percepatkan lagi servis bahagian air. Ramai yang da tak sabar beratur nak ambik air kat kaunter ni dan ada yang blah tanpa minum air. Datang libur ke Pantai Timur, kena la relax-relax macam aku
Kalau korang nak tau, ni la dia Warung Otak-Otak Che Wan. Bole call 019-9873557 kalau ada yang nak berkenalan. Bagi sesiapa yang nak datang kesini, mudah saja.
Kalau da dekat dengan dengan Kemaman, ko orang akan masuk double lane dari single lane dan bole nampak Selamat Datang ke Kemaman. Masa ni ko orang bole la maintain lorong kanan sebab tak jauh kat depan, ada traffic light ke kanan. Kat tarffic light, bole nampak station minyak Esso. Ko orang pusing ke kanan dan lalu depan Esso. Dalam 300m ke depan belan kiri, akan nampak Warong Otak-Otak Che Wan ni
Lepas melantak, aku terus bergerak ke Kuala Sungai Kemaman nak mencari gambar. Kali ni aku bergerak ikut sungai sampai jalan mati. Aku nampak sepanjang sungai, ada jeti untuk bot nelayan. Aku pilih jeti ni sebab ada beberapa orang tengah memancing.
Aku kenalkan diri aku dan berborak dengan mereka. Hidup kita ni tak bole sombong dan orang sombong selalu rugi. Bila aku dah beramah mesra dengan mereka, nak ambik ganbar pun senang. Info pasal nelayan pun senang nak dapat.
Brother baju hijau ni memancing ke tengah sungai sebab di target ikan besar.
Brother ni pulak memancing ikan yang lebih kecih. Dia tak payah melembar mata kail dia jauh ke tengah sungai. Dia gunakan keratan sotong sebagaai umpan
Mereka ni bagitau aku yang nelayan da balik ke darat pada waktu pagi, patut la aku nampak banyak bot da ditambat ke jeti.
Pada sesiapa yang berminat untuk menyewa bot untuk memancing ke tengah laut, bot-bot seperti gambar diatas sedia untuk disewa. Harga dalam seribu hingga 2 ribu untuk dua malam.
 Nelayan yang dua orang ni baru balik dari memancing undang galah air tawar. Mereka bagitau yang tangkapan kurang memuaskan dan size udang jugak kecik dari biasa
Bro ni tengah memilih udang yang kecik untuk dijadikan umpan pancing. Nak buat umpan pun kena pilih udang fresh
Dalam jeti ni banyak photo ikan-ikan yang berjaya dinaikkan dengan hanya memancing dari jeti sahaja. Ikan terbesar yang berjaya dinaikkan adalah ikan Siakap seberat 13kg
Ni salah satu jeti bot yang lain. Diseberang sungai adalah jeti Polis Laut
Dalam pukul 5pm, Yazeid sms aku yang dia orang ke belakang Sekolah Menengah Tanjong Lumpur untuk buat outdoor naik kuda dipantai. 
Aku dengan baik hati nak bungkus kan dia orang Satar dan Otak-Otak tapi semuanya abis samada di Aziz Satar dan jugak kat Warong Che Wan. Dasyat betul business dia orang ni. 
Aku sebenarnya da dekat maghrib baru aku dapat jumpa dia orang. Terlepas nak shoot outdoor dan hanya gambar kat atas je yang aku dapat. Kalau shoot sunset kat jeti nelayan di Tanjong Lumpur, pasti best. Next time je la aku datang balik.
Lepas abis sesi outdoor, Yazeid, Dean Johari, aku dan kawan aku nak pekena ikan bajar plak kat Pantai Beserah yang aku rasa lebih sedap dari rsetaurant kat Tanjong Lumpur.
Kita orang makan ikan Aji-Aji dan Kerapu bakar dan melepak sampai pukul 4 pagi.
Ni gambar awal pagi kat R&R Temerluh

Popular Posts