Aku baru balik dari Kuantan semalam dan seperti biasa, aku naik bas. Ramai yang mempunyai kenderaan sendiri lebih suka berjalan-jalan atau bercuti menaiki kenderaan mereka tapi aku suka naik public transport. Ada banyak jugak kelebihan naik public transport ni pada sesiapa yang tak pernah merasainya.
1. Tak payah nak penat mata dan badan drive dan concentrate memandu. Aku ni naik bas je terus lelap macam kena buai rasanya, sampai je ke destinasi badan pun rasa segar especially kalau masa balik, lagi aku perlukan masa untuk lelap dan berehat.
2. Aku ada banyak peluang untuk melihat gelagat orang. Masa kita berjalan, menunggu, merayau dan dalam bas pun macam-macam perangai manusia bole kita lihat.
3. Bila da kena jalan kaki, peluang untuk buat streetphoto pun makin tinggi
4. Bila da dikelilingi dengan manusia, mulut kita pun kena la ramah. Tak rugi langsung kalau mulut ramah ni, bole dapat kenalan baru dan juga pengetahuan life experience orang lain.
5. Kita lebih peka dan menghargai alam sekeliling kita. Bila da perjalanan slow, semuanya jadi slow dan kita dapat melihat sekeliling dengan lebih jelas. Kalau bawak kereta 200km/j atas jalan, apalah yang bole kita lihat? Semuanya nampak kabur.
6. Duit pun banyak save pakai public transport ni
Kali ni aku plan nak banyak cover kat area nelayan Tanjung Api sebab banyak subject menarik kat situ. Selain gambar biasa-biasa seperti landscape sunset/sunrise, boats, jeti, nelayan dan lain-lain yang biasa photographers lain buat, aku cuba memcari lain dari yang lain. Aku cuba mendalami dan memahami kehidupan nelayan di Tanjung Api dan isu-isu yang berlaku disini.
Salah satu yang baru aku tau rupa-rupanya ada buaya di Sungai Galing ni. Bukannya satu tapi ada yang nampak sampai 3 ekor timbul. Ini selalunya berlaku pada waktu air pasang besar sebab pada masa ni, air laut akan masuk kedalam Sg Galing dan membersihkan sedikit air sungai ni yang dah sangat kotor. (Banyak kekotoran datang dari bandar, workshop dan perumahan).
Budak-budak nakal yang baling batu pada buaya ni jugak penyebab buaya ni da malas nak bergaul dan bermesra dengan manusia.
Mengikut cerita nelayan di sini, ada 2 jenis buaya yang duduk di sungai ni iaitu buaya hitam dan kuning. Buaya hitam ni kecik je tapi buaya kuning lebarnya lebih kurang 3 kaki. Kalau lebar 3 kaki ni, da kira besar jugak. Menurut Zi nelayan yang aku borak, da lebih 1 bulan dia tak nampak buaya yang selalu melepak bawak jambatan dekat dengan muara Sungai Galing ni. Yang paling menarik, dia claim yang buaya ni belaan Dollah yang selalu park boat dia dekat jambatan ni. Kalau ada sesiapa yang nak buat 'jahat' pada boat dia, dia akan tahu.
Aku cuba cari Dollah ni pada esok paginya tapi dia da keluar ke laut. Dollah ni tangan kirinya cacat menurut nelayan lain yang aku jumpa. Next la Dollah, aku cari anda bila aku datang Kuantan lagi. Semalam dari pagi sampai tengahari aku cuba cari ini buaya tapi tak nampak langsung kelibat dia orang. Mungkin semalam air sungai cetek dan sangat kotor. Buaya akan keluar berjemur bila hari panas tapi semalam berjerebu, langsung tak nampak matahari.
Lagi satu pada sesiapa yang berminat nak cuba-cuba cari, ada jugak orang nampak buaya ni kat sungai sebelah Vistana Hotel berdekatan dengan medan makan. Da ramai da yang nampak buaya ni kat situ.
Masa aku memerhatikan sungai ni, aku terpandang seekor ketam hitam yang aku rasa besar lebarnya lebih dari satu kaki berlari menyereng masuk kedalam hutan bakau. Cepat betul dia lari sampai aku tak sempat nak ambik gambar dan spesisinya pun aku tak kenal. Ketam mutant kot...
Aku juga ada ternampak 3 ekor Memerang kat bawah jeti. First time aku nampak Memerang liar dalam hidup aku dan cuma sempat ambik gambar dari belakang dengan wide lens aku. Bila aku tukar tele lens aku, dia orang da cabut lagi. Lama jugak aku tunggu dia orang timbul tapi hampa je.
Nanti kalau aku da senang sikit, aku upload gambar-gambar yang aku sempat ambil
Tuesday, May 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu masa aku base dekat Kuantan, selalu jugak aku kayuh basikal ke Sungai Lembing ni untuk sarapan pagi. Jarak dari rumah ke sini dalam leb...
-
Aku fed-up betul dengan sang semut kat rumah aku ni. Ni bukannya semut hitam atau semut api, ni semut kecik tapi gigit sakit yang menyakitk...
-
Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shahrul, Hazran dan aku plan nak pergi scuba dive kat kolam di Shah Alam. Lepas heavy breakfast kat PJ, kita oran...
-
had the opportunity to attend Amri Ginang 'Understanding light and photo editing course' at Studio Zulfika last weekend. Highly rec...
No comments:
Post a Comment