Aku ni rasa pelik la... apasal ada manusia yang suka pandang rendah dan menghina manusia lain. Adakah disebabkan mereka-mereka ini diberi kelebihan dari orang lain oleh Allh s.w.t menyebabkan mereka berlaku sedemikian.
Dia orang ni tak sedar ke yang semuanya itu kurnia dari Allah s.w.t? Hari ni mungkin ko berada diatas, besok atau lusa belum tentu lagi. Kalau Allah s.w.t nak rampas semua kesenangan yang diberikan, sekelip mata je semuanya boleh lenyap.
Mak bapak aku selalu ajar aku jangan jadi kurang-ajar, respect orang tua, respect semua orang dan binatang jugak aku kena respect sebab binatang jua ciptaan Allah s.w.t.
Kenapa masih ada jugak manusia yang kurang ajar, mungkin sebab mak bapak dia tak ajar kot. Macam member aku cakap, kecik-kecik tak nak mati, da besar menyusahkan orang. Kalau dari kecik mati, aman sikit dunia ni.
Aku ni hidup dengan dunia aku: aku tak mintak sedekah, aku tak menyusahkan orang, aku berkawan dengan semua orang yang nak berkawan dengan aku (tak nak berkawan dengan aku, aku tak kisah), aku respect semua orang, aku buat benda-benda yang membuatkan aku happy, aku suka tolong kawan dan orang lain, aku suka senyum supaya orang senang dengan aku (senyum tu sedekah-dapat bonus lagi) dan cuba sedaya upaya aku supaya semua orang happy macam aku walaupun kadang-kadang ramai yang salah paham. Aku cuba jaga hati semua orang tapi kenapa ramai yang tak mau paham-paham yang aku ni mencuba menjaga hati semua orang yang baik dengan aku.
Aku menjadi full-time photographer ni, hina sangat kerje aku ni. Ada ke aku mintak sedekah dengan orang? Rasanya belum pernah lagi. Pinjam duit tu pernah la.... Ada manusia yang tidak pernah meminjam? Orang kaya pun pinjam dari bank!!! Ko ingat senang-senang dia orang jadi kaya.
Kalau aku nak charge murah ke, FOC ke, mahal ke-itu semuanya bergantung pada keadaan. Semua perbuatan aku, aku da pikir puas-puas. Aku cuba sedaya upaya aku supaya semua orang happy. Korang ingat equipment camera aku ni gugur sebijik-sebijik dar langit ke? Bila aku tekan shuter, ko ingat aku pakai auto mode ke? Angle/composition yang aku ambik ko ingat aku pakai hentam je ke? Semuanya tu ada harga, usaha dan creativity dari banyak membaca, bertanya, mengambil kursus, mencuba, memerah otak aku ni supaya setiap gambar yang diambil adalah yang terbaik pada masa itu.
Aku yang memilih nak jadi photographer ni, bukannya ada manusia atau hantu yang suruh. Setakat nak dapat duit beribu-ribu tiap bulan dengan makan gaji, aku da tak heran. Aku ada qualification dan working experiance, banyak company aku bole kerja kalau aku nak tapi aku nak jadi photographer, masukkan sikit dalam kepala otak korang.
Aku da malas layan politik opis yang kebanyakkan bodoh bagi aku. Muka-muka hipokrit yang buat aku rasa nak muntah dan bagi penampar bila aku tengok. Ini ke kerja yang aku nak buat sampai aku mati. Sori la.... bukan aku.
Biar aku takde banyak duit asalkan hidup aku happy dan tak cium botot orang-orang bangang yang duduk diatas tu. Hidup ni sangat singkat, pembalasan diakhirat sudah dijanjikan-jangan risau. Kalau tak sedar jugak dengan apa yang korang buat, sampai mati nanti, jawab je la ko nanti. Itu adalah pasti.
Aku tengok tinggi dan rendahnya darjat manusia didunia ini semuanya banyak bergantung pada berapa banyaknya duit orang tu. Banyak duit, tinggi la darjatnya, takde duit macam aku ni, rendah darjatnya.
Last sekali kalau ko rasa aku ni hina sangat, jangan la nak berkawan dengan aku. Aku happy dengan dunia aku, aku tak perlu manusia yang suka menghina aku. Pantang aku satu je, jangan hina aku sebab aku tak pernah menghina orang lain. Aku da nak masuk umur 43 tahun minggu depan, besok lusa entah hidup lagi ke tidak, jadi aku tak nak masalah remeh temeh dalam hidup ni. Life too short, life to the fullest.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu masa aku base dekat Kuantan, selalu jugak aku kayuh basikal ke Sungai Lembing ni untuk sarapan pagi. Jarak dari rumah ke sini dalam leb...
-
Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shahrul, Hazran dan aku plan nak pergi scuba dive kat kolam di Shah Alam. Lepas heavy breakfast kat PJ, kita oran...
-
Aku fed-up betul dengan sang semut kat rumah aku ni. Ni bukannya semut hitam atau semut api, ni semut kecik tapi gigit sakit yang menyakitk...
-
had the opportunity to attend Amri Ginang 'Understanding light and photo editing course' at Studio Zulfika last weekend. Highly rec...
No comments:
Post a Comment