Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya


Jam da menunjukkan 2.32 pagi 30 Ogos 2011, menandakan sudah pun pagi Hari Raya Aidil Fitri untuk tahun 2011 tapi aku tak terasa seronoknya nak beraya.

Da 3 tahun aku tak merayakan Hari Raya ni dengan meriah sebab Ellisya berada di Australia. Selalunya aku akan bangun pagi-pagi untuk memastikan Ellisya akan bersedia dan berbaju baru untuk menyambut hari yang meriah dan ceria ini.

Walau bagaimana pun, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diri aku, semoga kalau terkasar bahasa dan perbuatan aku dimaafkan dan juga halalkan makan minum aku.

Saturday, August 27, 2011

Kuantan-1st Day


Seperti biasa bila aku di Kuantan, aku sentiasa mencari lokasi dan sunrise yang terbaik yang bole aku capture.

Kuantan bukannya suatu bandar yang ada subject menarik yang bole ditambah untuk menjadikan photo sunrise yang terbaik. Aku berulang-ulang kali singgah ke Tanjung Lumpur dengan harapan dapat melihat langit merah dengan bot-bot nelayan sebagai subject aku.

Seperti biasa, aku gagal lagi. Pagi ni langit mendung dan awan tebal. Golden moment yang aku harapkan hancur berkecai walaupun pagi-pagi buta lagi aku da tercegat kat tepi jeti ni menunggu cahaya mentari merah yang selalu aku idam-idamkan.

Petua aku kepada sesiapa yang da merancang dan bersedia untuk photo outing tapi moment yang ditunggu tak dapat, cuba mencari subject lain yang bole diambil.

Tak semestinya bila sunrise idaman tak dapat, semuanya da hancur berkecai. Kita bole mencuba slow shutter dengan dengan bukaan aperture dan ISO yang paling kecik. Ini bole ditambah lagi dengan menggunakan ND4/8 untuk melambatkan lagi shutter.

Bole juga mengambil gambar detail sebab pasti ada subject-subject detail menarik yang bole diambil. Nelayan yang berada dijeti @ di atas bot juga bole ditembak.

Pada sesiapa yang ada lens 70-200mm, jangan simpan dirumah buat pekasam. Bawak bila buat outing sunrise sebab bole digunakan. 3 photo dibawah sebagai contoh yang bole kita gunakan zoom lens.

Seorang nelayan di dalam sampan sedang membetulkan bubu dikalangan bot-bot besar

Seorang nelayan sedang berehat dihujung bot yang sedang belayar

alone

Siang hari ni aku tak banyak buat aktiviti sebab cuaca panas sangat bulan puasa ni di Kuantan. Aku singgah ke kedai basikal kawan aku Rahim letua di Indera Mahkota. Lama sudah aku tak jumpa dia sampai dia termimpi-mimpikan aku.

Masa lepak kat kedai Rahim, sorang kawan dia datang singgah. Aku yang peramah ni pun sama-sama borak dengan dia. Bila aku cakap yang aku ni full-time photographer, dia terus nampak seronok.

Rupa-rupanya dia ni da beli Nikon D700 tapi langsung tak tahu pasal kamera. Orang berduit macam ni la, terus sambar yang terbaik.

Last-last aku kena buat kelas basic photography one-to-one dengan dia. Aku ajar dia on-hand pasal aperture, shutter speed, iso dan effect zooms terhadap image. Harap-harap dia dapat la sedikit sebanyak ilmu yang aku sedekahkan.

Hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku berbuka dengan Sup Belut.


Petang hari puas aku pusing-pusing cari kedai makan favourite aku untuk berbuka tapi semuanya tutup. Pelik betul la Kuantan ni, bulan puasa kedai makan dia tutup, orang lain sibuk bukak cari duit raya.

Last-last aku hingap di Restaurant Planet Seafood kat Balok. Kat sini la aku pekena Sup Belut yang tak sedap. Belut dia da rasa macam da nak basi je. Aku makan sekeping dua, yang lainnya aku sedekahkan kat kucing.

Lepas berbuka, aku checkin di Fantasia Beach Resort di Balok. Dulu nama dia Tamu Kami tapi sekarang ni da tukar pulak. Satu malam dia charge aku RM80. Yang paling bestnya, aku la satu-satunya tetamu dia pada hari tu






Personally aku suka tempat ni sebab bangunannya dibuat dari kayu walaupun da tak berapa dimaintain tapi konsep resort dan macam rumah kampung yang buat aku suka. Harga pun tak la mahal


Thursday, August 25, 2011

Merayau Lagi

Bulan puasa ni adalah bulan yang relax bagi aku sebab tak banyak photoshoot jobs yang aku terima. Daripada aku melepak sakan di rumah, baik aku plan buat short trip merayau aku ke Pantai Timur.

Sebelum aku decide nak ke Pantai Timur, ada jugak terpikir tempat-tempat yang lain dulu sebenarnya. Aku teringin sangat nak kependalaman atau kedalam hutan di Sarawak. Aku teringin sangat nak merayau dekat rumah panjang yang masih lagi tidak dipengaruhi dengan pengaruh moden. Kalau ada yang masih bercawat, lagi aku suka.

Aku teruja apabila melihat blog Mitchell Kanashkevich dimana beliau upload gambar-gambar penduduk asli di Pulau Malekula, Vanuatu, nampak eksotik.

Aku berbincang dengan abang aku pasal blog Mitchell ni dan aku kena sound dengan dia sebab dia cakap banyak lagi tempat yang aku bole explore di Malaysia ni seperti di Sarawak dan Sabah. Betul jugak, memang lembab sikit aku ni.

Awal bulan puasa, aku ada bincang dengan member-member Sarawak pasal aku nak masuk hutan Sarawak pada bulan puasa ni tapi semuanya suruh datang lepas puasa la sebab dia orang tak sanggup nak temankan aku sebab masing-masing tak mau terbuka puasa pula nanti. Bukannya mudah nak masuk dalam hutan ni.

Pikir-pikir punye pikir, betul jugak apa yang dia orang ni cakap. Aku pun terus tukar plan nak merayau ke selatan Thailand plak. Banyak tempat-tempat yang menarik bole aku explore.

Dari apa yang kawan-kawan aku yang da regular ke Thailand ni cerita, banyak jugak tempat-tempat baru yang aku tak tahu. Tukang cerita pun bercerita dengan semangat pabila bab Thailand ni.

Last sekali bila aku pikir betul-betul, baik aku merayau ke Pantai Timur je la sebab bulan puasa ni kalau ke Thailand, banyak pulak dugaannya nanti. Silap-silap hancus puasa aku.

Sebelum merayau, aku hantar servis kereta aku sebab ada minyak hitam leaking dari enjin. Bila mekanik check, dia kata enjin kena turun sebab gasket enjin belah bawah da leaking. Nak turun enjin je kena charge lebih dari 1k, pastu kena tukar timing belt sebab da kena minyak, mampus aku macam ni.

Aku suruh mekanik tu servis dan tukar aircond belt je la, nanti aku ada duit nanti, baik terus tukar enjin B8 baru, padan muka aku.

1st destination aku Kuantan


Nanti aku update kisah Kuantan

Amir & Aida

Aku lupa nak upload gambar pernikahan antara Amir & Aida sebelum bulan Ramadhan bermula. 

Aida sayu menunggu saat yang penting dalam hidup baru dengan Amir


 Ayah Amir bangga melihat anak bujangnya yang akan bergelar suami Aida

Aksi-aksi spontan Amir

Berdoa selepas sah menjadi suami

Sujud syukur semuanya menjalan dengan lancar

Senyuman manis Aida

Saturday, August 20, 2011

Sunrise at Kuantan River


It's always been my dream to capture the perfect sunrise at Kuantan River and even though i have been to Kuantan for few times with this intention, i have failed miserably.
This is the latest image that i managed to capture from a hotel's balcony. This balcony will be added to my favorite spot in the future.
I have only slightly adjusted the curve and vibrance, this was the sunrise that i been dreaming off to capture.

Tuesday, August 2, 2011

Dell & Eddy

Assisting my friend did a post-wedding photo shoot for a newly wed couple Dell & Eddy at Pullman







Popular Posts