Seperti biasa bila aku di Kuantan, aku sentiasa mencari lokasi dan sunrise yang terbaik yang bole aku capture.
Kuantan bukannya suatu bandar yang ada subject menarik yang bole ditambah untuk menjadikan photo sunrise yang terbaik. Aku berulang-ulang kali singgah ke Tanjung Lumpur dengan harapan dapat melihat langit merah dengan bot-bot nelayan sebagai subject aku.
Seperti biasa, aku gagal lagi. Pagi ni langit mendung dan awan tebal. Golden moment yang aku harapkan hancur berkecai walaupun pagi-pagi buta lagi aku da tercegat kat tepi jeti ni menunggu cahaya mentari merah yang selalu aku idam-idamkan.
Petua aku kepada sesiapa yang da merancang dan bersedia untuk photo outing tapi moment yang ditunggu tak dapat, cuba mencari subject lain yang bole diambil.
Tak semestinya bila sunrise idaman tak dapat, semuanya da hancur berkecai. Kita bole mencuba slow shutter dengan dengan bukaan aperture dan ISO yang paling kecik. Ini bole ditambah lagi dengan menggunakan ND4/8 untuk melambatkan lagi shutter.
Bole juga mengambil gambar detail sebab pasti ada subject-subject detail menarik yang bole diambil. Nelayan yang berada dijeti @ di atas bot juga bole ditembak.
Pada sesiapa yang ada lens 70-200mm, jangan simpan dirumah buat pekasam. Bawak bila buat outing sunrise sebab bole digunakan. 3 photo dibawah sebagai contoh yang bole kita gunakan zoom lens.
Seorang nelayan di dalam sampan sedang membetulkan bubu dikalangan bot-bot besar
Seorang nelayan sedang berehat dihujung bot yang sedang belayar
alone
Siang hari ni aku tak banyak buat aktiviti sebab cuaca panas sangat bulan puasa ni di Kuantan. Aku singgah ke kedai basikal kawan aku Rahim letua di Indera Mahkota. Lama sudah aku tak jumpa dia sampai dia termimpi-mimpikan aku.
Masa lepak kat kedai Rahim, sorang kawan dia datang singgah. Aku yang peramah ni pun sama-sama borak dengan dia. Bila aku cakap yang aku ni full-time photographer, dia terus nampak seronok.
Rupa-rupanya dia ni da beli Nikon D700 tapi langsung tak tahu pasal kamera. Orang berduit macam ni la, terus sambar yang terbaik.
Last-last aku kena buat kelas basic photography one-to-one dengan dia. Aku ajar dia on-hand pasal aperture, shutter speed, iso dan effect zooms terhadap image. Harap-harap dia dapat la sedikit sebanyak ilmu yang aku sedekahkan.
Hari ni pertama kali dalam hidup aku, aku berbuka dengan Sup Belut.
Petang hari puas aku pusing-pusing cari kedai makan favourite aku untuk berbuka tapi semuanya tutup. Pelik betul la Kuantan ni, bulan puasa kedai makan dia tutup, orang lain sibuk bukak cari duit raya.
Last-last aku hingap di Restaurant Planet Seafood kat Balok. Kat sini la aku pekena Sup Belut yang tak sedap. Belut dia da rasa macam da nak basi je. Aku makan sekeping dua, yang lainnya aku sedekahkan kat kucing.
Lepas berbuka, aku checkin di Fantasia Beach Resort di Balok. Dulu nama dia Tamu Kami tapi sekarang ni da tukar pulak. Satu malam dia charge aku RM80. Yang paling bestnya, aku la satu-satunya tetamu dia pada hari tu
Personally aku suka tempat ni sebab bangunannya dibuat dari kayu walaupun da tak berapa dimaintain tapi konsep resort dan macam rumah kampung yang buat aku suka. Harga pun tak la mahal
No comments:
Post a Comment