Thursday, March 3, 2011

Helang

Pada tahun 2002 sampai 2005, aku telah ditugaskan untuk menjaga kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Yang paling bestnya aku home base kat Kuantan. Masa kat Kuantan ni la aku sibuk dengan aktiviti outdoor aku seperti mountainbike, roadbike, jungle trekking dan tak lupa jua menangkap ikan kat tali air.
Walaupun aku ni suka dengan nature dan sentiasa mencari dan menambah koleksi pokok-pokok hutan aku, aku langsung tak perasan yang kat Sungai Kuantan adalah tempat habitat burung Helang.
Bila aku da kena balik ke KL dan berjinak-jinak dengan dunia photography, baru la aku nampak rupanya ada banyak jugak burung-burung Helang ni. Ada sorang brother nelayan kat Tanjung Lumpur yang baru aku kenal siap tunjuk kat aku dimana  burung Helang ni biasa membuat sarang. 
Aku seperti biasa cuba mengambil burung Helang terbang(BIF) dan juga semasa berada disarang tapi dengan lens aku yang cuma 70-200mm, gambar yang aku nak tak dapat dihasilkan sebab Helang ni terlalu jauh. Selepas dicop, quality dan sharpness hancus....
Kalau la aku ada extra cash untuk beli lens 500mm


Tuesday, March 1, 2011

Terima Kasih Cinta

Thanks to Boudeng and Ieja for giving me the opportunity to shoot one of the best musical theatre at Istana Budaya


































Kajang High School Old Boys

Minggu sabtu lepas, Atok oraganise geng-geng Kajang High School untuk berkumpul di Restauran Perantau, Sg Ramal. Aku risau tak dapat datang sebab tengah menunggu confirmation photoshoot kat Karangkraft.
Bila confirm je aku tak dapat, aku dengan senang hati dapat datang berjumpa dengan geng-geng aku yang da berpuluh tahun tak jumpa. Ada yang da 27 tahun aku tak jumpa.
Masing-masing banyak yang da berubah dari segi rupa, badan dan jua kerjaya. Ramai yang da berjaya dalam kehidupan mereka.
Malam tu yang tak sedapnya aku dapat berita 2 kawan dan satu cikgu sudah meninggal dunia. Bila da dewasa ni, ada la berita macam ni yang akan timbul.
Satu benda yang kita orang perasan, bila masing-masing order air, pasti air kurang gula@manis akan disebut. Ini menunjukkan masing-masing mengambil berat tentang kesihatan atau pun terpaksa disebabkan kesihatan.
Apa-apa pun yang pasti malam tu kami gembira berjumpa kembali dan gelak ketawa bercerita tentang pengalaman masa sekolah.( Ada jugak yang ketawa berdekah-dekah dengar cerita tapi sebenarnya tak ingat langsung mana satu kawan yang kena lawakkan. Aku pun salah sorang yang terlupa kawan mana satu)

 Ravi dengan gigi arnab dia

 Velayadevan dan macam pakcik-pakcik

 Ah Tong masih maintain dan akan balik ke Australia, ranjit bertambah macho tanpa dutnya

 Masing-masing berkumpul membuat kumpulan kecil sebab ramai yang hadir

 Sempat jugak sesi bergambar

 Ravi mintak diri sebab nak hadir sesi minum todi plak

 Jaal baru sampai, yang lain ketawa besar dengar lawak

 Penat duduk, berborak sambil berdiri pulak. Kena berdiri jauh-jauh sebab takut belaga perut

yang pasti, semuanya happy. 

Gambar group untuk semua yang hadir kecuali Shahrul yang balik awal. Aku terpaksa balik rumah untuk ambik kamera merakamkan perjumpaan agong ni

Popular Posts