Thursday, March 3, 2011

Helang

Pada tahun 2002 sampai 2005, aku telah ditugaskan untuk menjaga kawasan Pantai Timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang. Yang paling bestnya aku home base kat Kuantan. Masa kat Kuantan ni la aku sibuk dengan aktiviti outdoor aku seperti mountainbike, roadbike, jungle trekking dan tak lupa jua menangkap ikan kat tali air.
Walaupun aku ni suka dengan nature dan sentiasa mencari dan menambah koleksi pokok-pokok hutan aku, aku langsung tak perasan yang kat Sungai Kuantan adalah tempat habitat burung Helang.
Bila aku da kena balik ke KL dan berjinak-jinak dengan dunia photography, baru la aku nampak rupanya ada banyak jugak burung-burung Helang ni. Ada sorang brother nelayan kat Tanjung Lumpur yang baru aku kenal siap tunjuk kat aku dimana  burung Helang ni biasa membuat sarang. 
Aku seperti biasa cuba mengambil burung Helang terbang(BIF) dan juga semasa berada disarang tapi dengan lens aku yang cuma 70-200mm, gambar yang aku nak tak dapat dihasilkan sebab Helang ni terlalu jauh. Selepas dicop, quality dan sharpness hancus....
Kalau la aku ada extra cash untuk beli lens 500mm


No comments:

Post a Comment

Popular Posts