Sunday, March 20, 2011

Monsoon Madness

Dulu masa aku ditugaskan di Kuantan, aku pernah tinggal di Kampung Bukit Pelindung yang berhampiran dengan Pantai Beserah. Pantai ni la aku jog waktu petang dan pada masa tu tak ramai orang datang bersantai dan beriadah disini. 
Semenjak highway dari KL ke Kuantan siap, makin ramai orang yang melepak kat sini. Perjalanaan kalau mengikut laju yang ditetapkan cuma mengambil masa dalam 2 1/2 jam je. Chalet-chalet murah sangat banyak disepanjang Jalan Beserah ke arah Balok.Orang-orang Kuantan pun da mula tau tempat ni walaupun pantai ni dari dulu memang kat sini. Selalunya memang adat manusia tak sedar apa yang ada keliling mereka.
Pandai ni kalau nak compare dengan pantai disebelah pantai barat seperti PD atau Penang, adalah jauh lebih cantik, pantainya pun cetek dan landai, pasir pun halus dan belum dicemari lagi.
Masalahnya dengan pantai sebelah timur ni kalau musim hujan atau monsoon, angin dan ombak sangat kuat. Kalau tak pandai berenang, lupakan je la niat nak berenang tu. Ramai da orang yang mati lemas di pantai timur ni, bukan salah laut tapi salah orang tak menghormati laut. 

Dari gambar ni pun kita bole lihat sampah-sampah masih lagi belum ada, harap-harap keadaan macam ni bole dikekalkan. Tak bole berenang, bermain pasir dan melepak kat tepi pandai pun best.
Budak-budak muda ni tengah memerhatikan ombak 
Nama board yang dia orang pegang ni aku tak pernah dengar atau tengok kat dalam TV(mungkin sebab da lebih 1 tahun takde TV kat rumah aku)
Aku nak panggil 'Beach Board' je la 
Surf Board pun ada yang main walaupun lebih banyak meniarap atas board dari berdiri. Aku tak nampak sorang pun yang cuba berdiri.
Ni Karate Kid tengah mencuba Flamingo Stand

Macamana nak main Beach Board ni? Mula kena berlari laju-laju dengan board kejar ombak kat pantai
 Campak dan lepaskan board semasa berlari supaya ia akan meluncur kat atas air
 Cuba berdiri atas board
 Da berjaya berdiri, anda kena menstabilkan diri dan meluncur dengan happy dan bangga diperhatikan kawan-kawan dan penonton
 Kalau tak berjaya meluncur?
Pekakkan telinga apabila diketawakan kawan-kawan yang takde perasaan kasihan :D


 macam tengah surfing kat laut plak bila gambar ni da kena crop
Cuba jatuh dengan bergaya
Better quality photos at my Flickr  www.flickr.com/photos/madee916

No comments:

Post a Comment

Popular Posts