Friday, March 25, 2011

Charas Cave

Gua Charas ni terletak 12km dari Kuantan ke Sungei Lembing. Kalau kau orang ke Sg Lembing, kau orang akan jumpa satu simpang tiga(Y), belah kanan ada stesen polis, itu la simpang ke Gua Charas. 
Dari simpang, kena masuk lagi 3km melalui estet kelapa sawit untuk sampai ke gua. Mula-mula jalan bertar cantik tapi bila da separuh jalan, jalan ada berlubang sikit, tak bole la nak drive 110km/j.
Kawasan parking ada banyak, jadi jangan la risau kalau penuh. Tempat parking pun redup tapi ada banyak anjing jinak yang tak suka menyalak.
                            
Dari kawasan parking, bole nampak bukit batu yang menegak tinggi. Dari papan kenyataan tepi tangga ada manyatakan gua ni berusia 400 juta tahun. Impress jgak aku sebab pasti gua ni dijaga dengan baik. Awal-awal lagi da diberi peringatan supaya menjaga kebersihan dan segala-galanya pasal gua ni.
Aku baru terperasan, gua ni dipanggil sebagai Gua Panching tapi kenapa kat signboard kat luar dan kalau google akan disebut Gua Charas?


Lepas naik je tangga kat depan, bole nampak kawasan tokong Cina. Kena lalu tokong ni untuk naik tangga lagi untuk ke gua. Sebelum tu jangan lupa bayar RM2 seorang sebagai maintenance fee tempat ni dan jua tempat ni tutup pukul 5.30pm. Lepas pukul 5.30pm, penjaga akan tutup pintu utama.
Tangga untuk naik ke atas ni curam jgak, untuk aku yang penakut tinggi ni, seram jgak.

Ni view mendongak ke atas depan pintu gua. Cantik kan?
Ni dia lubang masuk ke gua, dari luar bole nampak yang gua ni well lighted. Aku nak ingatkan supaya masa turun tangga ni berjaga-jaga sikit sebab tangga turun ni lembab sikit. Jadi pegang la hand rail yang disediakan
Ni pandangan ke luar dari dalam. Semua gambar dalam gua ni aku combine 3 exposure gambar tanpa mengunakan teknik HDR
Luas dan tinggi ceiling gua ni. Masa kat luar tadi, aku ada mention yang gua ni mengambil masa selama 400juta tahun untuk develope tapi bila aku masuk, aku terkejut dan sakit hati. Ko orang bole nampak ceiling dalam gambar ni berwarna kelabu. Aku tengok betul-betul, dia orang da simen kaw-kaw, buruk!!!! Suruh pelawat respect dan jaga tapi dia oarng da menghancurkan tempat ni dari segi ketulenan dan semulajadi gua ni.

Dalam gua ni terdapat berhala-berhala untuk 3 agama iaitu Hindu, Buddha atau dia sebut agama Thai dan Cina(mungkin Taoism). Ni berhala Jala Lingam.
Bagi sesiapa yang tak tahan dengan bau colok,cukup la masuk sampai sini je sebab bau dia ada kuat sikit, melekat kat baju
Aku mintak permission dulu sebelum aku shoot gambar ni masa dia orang sembahyang
Yang ini aku rasa berhala untuk bangsa Cina
Yang ini plak Sleeping Buddha. Aku pelik sikit sebab sami Hindu yang menjaga berhala ni. Ini adalah penhujung gua ni yang aku rasa jarak dari lubang masuk kesini dalam 200m.
ini adalah tangga naik keatas tapi da kena tutup sebab da tak selamat


Ni dia penjaga Tokong yang aku da terlupa nama dia. Aku tanya dia kenapa sami Hindu yang jaga patung Buddha dan kata dia sebab da xde orang nak jaga dan sami Hindu tu memang da tiap-tiap hari menjaga berhala Jala Lingam, dia ambik la tugas jaga patung Buddha tu skali

Dekat dengan simpang masuk belah kanan, terdapat Masjid Hashimmiah. Dibelakang masjid bole nampak bukit batu dimana Gua Charas tu terletak.

more quality photos at www.flickr.com/photos/madee916

2 comments:

  1. Cool.... I've been to Kuantan for so many times... but this is the first time ever I heard the name and the location of this cave. Nice photos and very informative info you give here. Thanks for that.

    ReplyDelete
  2. it took me nearly 10 years to take a peek at the cave

    ReplyDelete

Popular Posts