Aku dan beberapa geng aku datang ke sini untuk melihat burung-burung Helang @ Raptor yang berhijrah dari utara ke Australia dan New Zealand. Aku dengar beribu-ribu burung ni bole dilihat pada setiap masa.
Masa kita orang sampai pada hari Sabtu tengahari lepas, tak banyak burung yang bole dilihat. Pada waktu pagi, lebih dari 5 ribu burung dapat dicatat. Keseluruhannya pada hari tu, lebih dari 8 ribu dapat dilihat lalu. Guard kat situ kata pada semalamnya (Jumaat) hanya kelihatan seekor burung je yang lalu, ini mungkin sebabnya hari mendung dan hujan. Burung-burung ni suka bila cuaca panas sebab udara akan menjadi lebih ringan dan memudahkan mereka untuk glide di udara.
Sebelum ni aku pernah datang ke Tanjung Tuan ni semasa geng-geng BP aku buat sesi gathering kat Tanjung Tuan ni. Masa orang lain sibuk mandi kat swimming pool, aku sorang-sorang merayau naik ke kawasan rumah api. Aku nak mencari mana dia bekas tapak kaki Hang Tuah yang selalu aku dengar sebelum ni.
Kawasan bekas kaki ni terletak berhampiran dengan pantai. Sebelum sampai ke sini, kena tracking turun ke bawah selama lebih kurang dalam 10-15 minit.
Lubang yang terletak diatas batu ini dikatakan bekas tapak kaki Hang Tuah. Aku malas nak komen sebab ini semuanya claim semata-mata sebab tiada bukti yang sahih.
Brother yang tengah-tengah ni selalu datang berkemah dikawasan ini bila dihujung minggu atau masa cuti sekolah. Aku ada tanya dia pasal benar ke ada buaya di Tanjung Tuan ni. Dia kata memang ada sebab dia pernah lihat dan seperti biasa, buaya ni buaya keramat macam tempat ni.
Last sekali aku dapat tahu pada 2 Ogos 2010, Farez, Suhaimi dan Azay terjumpa bangkai buaya di Ixora Permai, Tanjung Agas. Mungkin ni ke buaya lagenda Tanjung Tuan?
Ni gambar group photo kat atas rumah api Tanjung Tuan, Alor Gajah
gamba dekat perigi tu dulu nya kawasan kubur. last weekend sampai ke sana utk kali ke-2, tgk kubur2 lama tu dah tak de lagi, mungkin dah di alihkan dan batu2 nesan tu sume dah dicabut.yang tinggal pokok2 puding je. eii seramnye berkemah kat bekas kubur lama
ReplyDelete