Tepat jam 7.00am, alarm clock aku berbunyi nyaring dan seperti biasa selepas offkan, aku terbaring termenung pikir nak jog ke tidak.
Semalam petang aku da buat 6km, buat satu lopp yang kebanyakkannya lebih jalan dari jog. Aku cuba jog tapi dada aku rasa macam nak pecah sebab da lama aku tak jog jauh. Dulu aku biasa jugak buat 10k pada hari minggu atau masuk race 10k.
Sejak aku start exercise awal bulan ni, da 2kg berat aku hilang. Best jgak aku rasa sebab badan da rasa ringan sikit walaupun tak nampak perbezaan lagi pun.
Hari ni aku buat keputusan tak mau jog sebab penat petang semalam pun belum lagi recover. Aku rasa baik aku pekena Nescafe panas since aku tak mau sambung tido.Bila aku jengah keluar dari tingkap bilik aku, aku nampak bulan penuh walaupun hari da siang. Jarang aku nampak benda macam ni sebab aku memang selalu bangun lambat.






















