ni gambar pertama aku snap bila cuba-cuba kemera Canon 40D kat kedai Tarita, BB Plaza. aku pakai hantam je, tak tau langsung apa itu ISO, apperture, shutter speed, metering dan benda-benda yang aku rasa akan pening kalau member bagi tau.
ni gambar opismate aku Umiey dan Azli. si Umiey ni da ada boyfren dan Azli pulak da ada anak 4 orang.
pada mulanya aku bercadang nak beli Canon 400D macam kamera kawan aku sorang tu, Hairman dengan lens Sigma 18-200mm. pada masa tu ini la lens yang paling best sekali sebab bole dapat wide dan tele. beginner macam aku, lens ni da kira paling best da.
mana la aku tau psal L lens, fast lens, prime lens, USM, IS, constant apperture yang sekarang ni da macam celah gigi je.
sedang cadang-cadang nak beli, ada sorang hamba Allah swt ni offer nak beli basikal Pegoreti CCKMP aku dengan group set campagnolo record dengan harga 7K. pikir punya pikir, jual je la. aku pun memang da lama tak kayuh. sebelum tu bulan Jun aku kayuh 3 hari dari Kl-Temerluh-Kemaman-Kuala Terengganu. hitam legam aku
dapat duit, besoknya lunch hour terus ajak umiey dan azli teman aku beli kamera. tiga tiga manusia ni tak tau langsung pasal kamera tapi aku beli jugak 40D sebab bole ambik sampai 6.3 frame per second. best tu..... aku memang nak banyak ambik gambar sports. sesuai sangat la dengan jiwa aku ni.
sebelum decide nak beli Canon ni, aku minat sangat dengan Nikon tapi lepas dengar nasihat dari 2 opismate aku yang pkai Nikon D300, aku terus beli Canon. dia orang cakap jangan pakai Nikon sebab after sales service teruk. Canon punya service memang best, Nikon tak bole lawan. Nikon da rugi satu customer.
pengalaman aku selama pakai kamera Canon ni, servis memang best. da banyak kali aku melawat Canon Service Centre kat Paremba, Subang, tak pernah dia orang charge aku walaupun warranty period da expired.
lepas puas aku belasah 40D tu sampai shutter count 62,000 dalam masa 1 tahun, aku jual dan beli Canon 7D yang terhangat dipasaran pada bulan October 2009.
lepas ni aku nak ambik pulak 5d Mark II
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Minggu lepas selepas abis job shoot nikah kat Bandar Tasek Permaisuri(aku shoot video buat pertama kali dengan guidance Ah Meng) terus balik...
-
Eagle on the tree's branch Akob Patin House Tapai Pulut Akob Patin House. Kedai makan ni terkenal di Kuantan untuk sesiapa yang su...
-
Semalam aku berkesempatan untuk berbuka puasa dengan member-member ITM Melaka di Legend Hotel Kuala Lumpur. Selepas sebulan reunion di Tiar...
-
The day I found out that I'm going to be a father, that was one of the happiest day in my life. I am a very lucky father to be given wit...
No comments:
Post a Comment