Tuesday, September 28, 2010

photography

Mula-mula aku beli kamera, aku takde basic langsung pasal photography. Aku ingatkan kita kena hafal berapa shutter speed yang kita akan guna. Aku buat benda ni untuk dua tiga hari sampai la aku tau apa dia metering. DSLR da cukup canggih untuk mengira semuanya itu, patut la mahal kamera ni, buat apa nak menghafal semua tu. Sejak tu aku cuba pakai metering.


Kawan aku Dean Johari perkenalkan pulak dengan mode P, aku pun asyik pakai mode P plak selepas tu. Ambik gambar semuanya pakai P, lama jugak aku pakai mode ni sampai aku godek-godek manual kamera, aku cuba manual mode pulak. Best jugak manual mode ni, semuanya bergantung pada aku untuk mendapatkan result yang aku nak. Masa ni da terasa macam terer da sebab da reti pakai manual je. Semua shot aku pkai manual, bukannya aku terer tapi aku da tau apa gunanya metering.

Untuk beberapa bulan, aku asyik ambik gambar, burst pun aku suka sebab 40D bole ambik 6.3 frame per second. Banyak tu.... Pasal effect apperture dan ISO aku x berapa tau. Ada sekali aku ambik gambar group photo pkai f1.8, aku rasa pelik pasal apa x semua in focus. pening pakcik dibuatnya. Check punya check dan dapat nasihat dari member, dia suruh pkai la f8 ke atas kalu nak gambar semuanya sharp. Laa.... tu je tricknya. Kecik nombor, besar lubang apperture dan tempat yang difokus saja akan sharp kalau kita pkai apperture besar.

Hujung bulan Oktober 2008, aku pergi ke Pulau Mabul dengan kawan-kawan untuk buat aku punya Open Water Diving Course. Masa buat course ni, banyak jugak gambar aku ambik dari landscape, potraiture dan street photo. Gambar masa tu aku rasa memang the best la sampai kawan opis aku komen kenapa gambar banyak yang kaler biru? Aku cakap mungkin sebab masa tu da gelap dengan confidentnya.

Kawan aku yang da otai ni explain white balance aku da lari. White balance..... apa ke jadahnya white balance ni. Lepas tu aku google dan baca info pasal white balance. Susah jgak nak ambik gambar ni rupanya.

Pengalaman aku pasal nak ambik gambar ni yang aku bole nasihat la kalau sesiapa nak belajar ambik gambar:

1.Baca la manual kamera tu betul. (RTBFM)

2. Baca dan paham la betul-betul tentang shutter speed, apperture dan ISO. Tiga-tiga ni saling berkaitan

3. Baca dan study pasal 'Rule of Third"

4. Gunakan focusing point. Jangan asyik pakai auto sebab nanti dapat la gambar auto. Benda kat depan lagi sharp dari subject

Nanti aku akan bagi nota pasal semua benda-benda ni supaya dapat ambik gambar dengan lebih baik lagi




No comments:

Post a Comment

Popular Posts