Aku da lama tak ronda-ronda pusing pekan Kajang jalan kaki. Hari ni aku park kereta aku depan bangunan Maybank, setelkan hal aku dengan Maybank, tinggalkan kereta dan terus aku jalan-jalan.
Destinasi pertama aku Metro Kajang. Da lebih dari 3 tahun rasanya aku tak masuk Metro Kajang. Banyak kedai yang da bertukar nama. Nampak sempit pulak aku rasa sebab ruang-ruang kosong dulu da dijadikan kawasan kedai. Utilised segala ruang yang ada.
Lepas puas pusing-pusing, masa nak balik ke kereta- aku nampak kedai gunting yang biasa aku gunting rambut masa aku dari sekolah rendah lagi. Sekarang ni kawan sekolah aku yang da jadi boss/pekerja.
Aku pun masuk la sebab rambut aku ni pun da lebih satu bulan tak bergunting, da serabai da rasanya. Kawan aku ni masih lagi bujang trang tangtang walaupun umur da lebih 40 tahun. Aku pun tanya dia bila dia nak kahwin sebab dia kata dia da ada makwe.
Dia dengan sedih bagitau yang emak dan ayah dia baru je meninggal dunia tahun ni. Tahun depan baru bole kahwin. Tak apa la, janji ko bole kahwin.
Aku masih lagi teringat yang dulu ayah dia selalu yang gunting rambut aku dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah. Cepat betul masa berlalu.
Keluar je dari kedai kawan aku ni, aku nampak kedai cendol.... Aku bole terlupa pasal kedai ni walaupun dulu aku selalu singgah kedai ni.
Hari aku aku order Cendol Kajang dan Rojak. Memang best cendol dia...
Tuesday, November 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Ini adalah event mountain bike aku yang pertama kali sejak berjinak-jinak dengan dunia photography. Aku tak layan sangat sebab da lebih dari...
-
Semalan 21 November 2010, aku jadi 2nd photog untuk Hazran Zara untuk majlis pertunangan Farah Najihah dan juga majlis cukur jambul Anas Muj...
-
Tepat jam 7.00am, alarm clock aku berbunyi nyaring dan seperti biasa selepas offkan, aku terbaring termenung pikir nak jog ke tidak. Semalam...
-
This is my first Indian wedding which was at Pandamaran Kelang. Thanks Guna for giving me this opportunity
No comments:
Post a Comment