Monday, October 24, 2011

Monkey Bar

Malam pertama aku di Long Beach, aku dijamu dengan makan malam sempena dengan ulang tahun hari lahir aku. Mana aku sangka yang Dee dan isteri Wanda, Mat Jeng, Angelene dan Nana, Nic dan ibu bapanya, Lili, Sham, AJ dan Wayne sanggup meluang masa untuk celebrate dengan aku yang baru saja dia orang kenal pada siang hari. 

Masa kita orang melepak berborak lepas dinner, dalam lebih kurang pukul 10.30, aku dengar macam bunyi live je sebelah dengan Matahari Divers. Memang live band pun....

Rupa-rupanya tiap-tiap malam ada live band depan Panorama Chalet Resort hingga pukul 2 pagi. Simple band dengan Anaz sebagai penyanyi utama dan lead guitarist, dengan suaranya serak-serak macam Ramli Sarip. Aku ada request Anaz janji satu lagu Ramli Sarip masa aku melepak dengan dia tapi dia kata dia tak tau lirik. Pelik jgak aku, yang benar dia tak tau lirik atau dia sengaja nak menganjingkan aku. 

Walau macamana pun, Monkey Bar la yang paling happening kat Long Beach pada malam hari. Ada la few open concept bar dengan music sepanjang pantai tapi mana bole lawan effect live band bro, terbaek...


Monkey Bar ni simple je tanpa dinding je yang diperbuat dari kayu, dua tingkat tapi takde pun yang melepak kat atas waktu malam. Kalau siang memang best lepak kat atas ni sebab redup, berangin dan the best view to the beach


Ni la minuman utama dan dimana Monkey Bar dapat nama dia. Orang pulau panggil Orang Utan ni Monkey Juice dan famous kat sini.

Seperti kebanyakkan bar, arak disediakan pada sesiapa yang sanggup dan mau minum. Bagi yang tak mau, soft drinks ada dijual dan yang tak sanggup jugak masih bole enjoy live band tanpa perlu beli sebarang minuman. Ni open space bar tanpa perlu membayar cover charge.

Masa aku tengah minum petang dengan Trey, dia ada tanya aku kenapa aku tak minum arak sebab banyak bangsa Melayu kat sini yang minum arak macam air sejuk je. 

Trey ingin tahu adakah disebabkan agama atau memang aku tak mau minum arak. Masa dia tanya pun macam serba salah takut offend aku. Aku jelaskan kat dia memang la pada permulaannya memang disebabkan oleh agama Islam yang dianuti dari atok nenek aku yang melarang umatnya dari meminum arak. Sekarang ni selain dari sebab agama, aku tak nampak kenapa aku nak minum. Aku tak nampak kebaikan atau kelebihan dengan meminum benda ni. 

Aku cakap tanpa minum arak pun aku bole enjoy live aku, tengok live band tanpa minum happy jugak, lepak borak-borak dengan member-member pun happy jugak. Ni aku tengok sesiapa yang minum sakan waktu malam, bila pagi hari hangover macam nak mampus.

Aku tak pelik kalau Trey dari Amerika tanya aku soalan ni sebab da ramai sangat bangsa kita yang beragama Islam meneguk minatang ni kalah bangsa dia orang.

Ni artist undangan bidang terjun dari Australia


mamat UK dengan kawan dia yang bermain drum 2 malam berturut sumbang tenaga menyanyi kat sini

da high bole joget lambak sorang-sorang


aku, Nic dan Lili


Pada pendapat peribadi aku, kalau ada yang da berkeluarga bercadang nak bercuti ke Perhentian, pergi la ke Perhentian Besar sebab kalau tidak nanti jenuh nak kena explain dengan anak-anak kenapa makcik tu tak pakai bra, kenapa pokcik tu minum bir, kenapa couple tu bercium depan kalayak ramai, kenapa awek tu pakai baju dalam macam tak pakai langsung.

Hahaha aku bukannya tak mengalakkan kan datang, datang la sebab Perhentian memang salah satu pulau yang cantik. Aku da banyak pergi ke pulau-pulau dan Perhentian adalah salah satu pulau yang tercantik. Ko orang tak akan menyesal kalau ko orang datang. Semua pelawat yang aku tanya, semuanya kata memang cantik dan dia orang pasti akan datang lagi kalau kesempatan.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts