Thursday, October 20, 2011
Perhentian Day2 Part1
Hari ni jam 6.15am alarm hp aku da berbunyi....
Bersemangat aku bingkas bangun walaupun selalunya bila kat rumah aku sangat liat untuk bangun awal pagi. Yang peliknya bila aku bercuti, aku pasti akan bangun awal pagi sebab:
1. Aku da keluar duit untuk bercuti, tak kan aku nak membuta dalam bilik, baik aku merayau
2. Aku suka sangat ambik gambar sunrise. Nakkan capture image sunrise ni, kena bersedia awal-awal sebelum keluarnya golden hour lagi supaya tak menangis tak ready bila langit da memancar cahaya pagi yang sangat indah.
3. Mata ni memang da tak bole lagi nak tidur awal pagi
Hari ni 12 Oktober 2011 sangat bermakna bagi aku sebab pada hari ini la 44 tahun yang lepas aku dilahirkan di Hospital Besar Melaka. Kalau tahun lepas aku bole terbalikkan umur aku jadi 34 tahun tapi tahun ni nak pusing macamana pun tetap 44, tahun depan lagi la aku tak mau terbalikkan lagi umur aku.
Hari ni aku buat first dive aku kat Sugar Wreck. Dive site ada kapal gula dari Indonesia yang membawa gula ke Thailand tapi enjinnya rosak di perairan Terengganu. Sebuah kapal yang lebih kecil telah dibawa dari Indonesia untuk menunda kapal yang rosak balik ke Indonesia tapi telah tengggelam apabila dimasuki air ombak yang besar pada musim tengkujuh,
Tiada gula ataupun manusia yang menjadi mangsa semasa kapal ni tenggelam. Sekarang dimana kapal ni tenggelam telah menjadi dive site kegemaran divers yang datang menyelam ke Perhentian. Kat sini bole nampak Spanish Mackerel, Bamboo shark, Yellow Box Tail, Lion Fish, Yellow Fin Baracudda dan banyak la lagi yang aku tak ingat sebab aku tak isi logbook aku.
Hari ni jugak dive pertama aku setelah lebih setahun 6 bulan aku tak dive. Last sekali aku dive masa aku ambik Advance license aku kat Tioman iaitu bulan April last year.
Yang buat best lagi, hari ni jugak aku bawak kamera underwater yang Bruno bagi aku pinjam, kamera Canon G9 dengan underwater casing dan 1 strobe.
Aku betul-betul nervous masa buat dive ni. Sugar Wreck ni untuk adventure dive dimana hanya untuk Advance ke atas je yang bole dive. Buoyancy kena mantap, yang aku ni pulak da la lama tak dive, bawak kamera pulak, gambar yang aku ambik hancus.
Bila tengok gambar hancus, aku terus jadi nervous. Gambar jadi biru sebab white balance lari, nak betulkan setting buat aku bertambah nervous lagi sebab kamera ni aku baru je dapat pinjam, mana button nak tekan pun aku tak tau. At the end aku salah sorang yang paling cepat habis udara.
Gambar atas ni aku converkan jadi black and white sebab gambar asalnya banyak yang biru dan nampak flat. Ni dive buddy aku Yoo Yee yang jugak bawak kamera underwater old skool brand Fuji. Dia ni masa dive da macam ikan, selamba je.
Aku ada beberapa lagi gambar underwater yang akan aku postkan kejap lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Dulu masa aku base dekat Kuantan, selalu jugak aku kayuh basikal ke Sungai Lembing ni untuk sarapan pagi. Jarak dari rumah ke sini dalam leb...
-
Aku fed-up betul dengan sang semut kat rumah aku ni. Ni bukannya semut hitam atau semut api, ni semut kecik tapi gigit sakit yang menyakitk...
-
Hari Sabtu 2 minggu lepas, Shahrul, Hazran dan aku plan nak pergi scuba dive kat kolam di Shah Alam. Lepas heavy breakfast kat PJ, kita oran...
-
had the opportunity to attend Amri Ginang 'Understanding light and photo editing course' at Studio Zulfika last weekend. Highly rec...
No comments:
Post a Comment