Friday, October 14, 2011

Perhentian Day1

Aku ni da lama betul da tak dive, bila aku pikir-pikir balik last skali aku dive pada bulan April 2010 kat Salang, Tioman. Lama tu sebab kalau ikut peraturan PADI aku da kena buat familiar course. 

Masa kat Salang, aku buat aku punya Advance Open Water Course selama 2 hari. Yang aku ingat aku kena buat deep water test, navigation, fish identification dan night dive.  Semuanya mudah kecuali navigation dimana aku sesat tak jumpa balik tempat starting point. 

Bila da sesat, aku resurface dan tengok dimana starting point aku. Ditempat starting point tu ada buoy, jadi aku resurface dan tengok kat mana buoy tu. Bila da nampak, aku turun dan dengan lajunya sampai kat instructor aku. hehehe susah betul dapat student mature ni.

Dan yang paling teruk aku rasa, sampai sekarang aku tak submit lagi form aku ke PADI HQ kat Australia. Ni aku pegang Open Water card je dalam wallet aku.

Pada hari Isnin lepas aku punya bas dari Kajang ke Kuala Besut pada pukul 8.30pm guna bas Perdana Ekspress dengan harga tambang RM45. Bas ni akan berhenti dekat betul dengan jeti ke Perhentian bagi sesiapa yang risau takut sesat. Korang tak bole sesatnya melainkan kalau sombong nak bertanya. Bas akan sampai ke Kuala Besut pada pukul 5.30am kalau tak ada banyak lori di sepanjang perjalanan.

Aku sebenarnya da cancel plan nak pergi sebab pada hari tu aku pergi lunch dengan Hafez, Fariq dan Afif lunch kat Leisure Mall. Hafez ajak makan kat kedai makan yang bole pilih-pilih roti, ingatkan kedai bakery tapi rupa-rupanya Subway Sandwich hehehe memang banyak roti sandwich yang bole kita pilih.

Lepas lunch pergi main game kat Video Arcade plak.... buruk betul nampak 4 orang 'dewasa' main Daytona, da la asyik langgar tebing.

Lepak punya lepak aku tengok jam da lewat petang, there's go aku punya plan nak pergi Perhentian. Dia orang rasa bersalah tapi aku kata jangan risau aku bole pergi besoknya sebab tiket bas baru rm45 tapi lepak dengan member baik lebih berharga dari tu.

Masa dalam perjalanan balik naik kereta, masa lepas Cheras aku tengok jam macam sempat je aku kejar bas. Aku sampai rumah pukul 7.30pm dan ada masa setengah jam untuk berkemas.

Apa lagi aku capai apa saja yang aku sempat. Plan mula-mulanya aku nak beli Snickers, Oats Drink dan bateri flash abis hancus.... aku bawak apa yang aku ada dan sempat capai je. Dalam terkocoh-kocog tu pun, aku sempat mandi koboi. Tak la aku risau nanti penumpang sebelah aku asyik tutup hidung je.

Selepas ambik adik aku, aku sempat sampai ke station bas sebelum 8.30pm, sempat la aku bernafas balik.

Bas dari Kajang plannya akan sampai Hentian Putra dalam pukul 9.30pm dan Hentian Gombak dalam pukul 10.00. Dari situ bas akan bergerak Ke Bentong, Raub, Merapoh, Pasir Puteh, Jerteh dan Kuala Besut.

Ni tempat bas berhenti di Merapoh bagi sesiapa yang nak membuang yang besar dan yang kecil dan juga yang nak sembahyang dan makan/minum. Aku sempat jugak makan beehon goreng dan Nescafe panas.

Tambang bot untuk ke Pulau Perhentian berharga rm40 kalau one way tapi bagi yang beli tiket return bole dapat harga diskaun sebanyak rm70. 

Pada hari biasa ada 3 trip dari pulau ke tanah besar iaitu pukul 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Aku pulak ambik bot pukul 7pagi ke Long Beach. 

Perjalanan ke Long Beach teruk sikit sebab ombak besar, pada malamnya hujan lebat dan pagi ni masih lagi renyai-renyai. Aku pun risau jugak takut musim tengkujuh da start sebab aku dengar member aku bagi tahu yang member dia yang da jadi season diver kansel trip dia sebab ombak bergelora. 

Yang aku pulak sebelum aku datang, aku bertanya 2 orang kat Pulau Besar dan Pulau Kecil dan dia orang kata pulau masih dibuka. Jawapan ni da cukup bagi aku untuk datang.

Rupa-rupanya sepanjang hari siang cuaca kat pulau ni panas dan berangin, memang heaven on earth


Aku check-in kat Matahari Dive Resort dengan harga rm50 semalam, attach bathroom, queen size bed dan airy room. Letrik cuma ada dari pukul 6.30 petang sampai pukul 9 pagi. Free WFI bagi semua divers!!!

1 comment:

  1. kalo dari kajang ke besut naik bas apa? nak gi trip perhentian dgn kawan2..tp masing2 dari arah berbeza

    ReplyDelete

Popular Posts