Kat Perhentian ni memang tenang, sesiapa yang ada masalah atau stress, datang je la melepak ke pulau tak kira Perhentian atau pulau-pulau lain. Ramai aku tengok yang datang ke sini melepak tepi pantai, mandi-manda, melepak sambil baca buku(paling best baca buku tepi pantai sambil baring pakai hammock) atau berjalan-jalan ditepi pantai. Heaven beb....
Petangnya lepas lunch dengan Yoo Yee dan Trey kat kedai makan Pit Stops, kita orang pergi snorkeling kat Coral Bay. Coral Bay ni terletak disebelah barat Perhentian Kecil. Kita bole berjalan kaki untuk ke sini dalam lebih kurang 15-20 minit sahaja.
Kat pulau ni sebenarnya kita bole snorkeling tanpa perlu sewa bot(satu hari snorkeling trip hanya perlu bayar rm40 je) dengan mask, snorkel dan fin kita da bole jalan kaki untuk snorkeling di Coral Bay@Teluk Aur, Batu Nesan dan juga di D'Lagoon. Snorkeling diantara Long Beach dan kampung nelayan pun best.
Bagi sesiapa yang nak snorkeling di Long Beach berdekatan dengan Shari-La Island Resort kena berhati-hati banyak sebab ada 'lanun'. Lanun-lanun ni akan mengambil barang-barang berharga kita kalau tidak dijaga semasa kita membuat aktiviti snorkeling. Kalau bole tak payah la nak bawak barang-barang mahal masa nak snorkeling tu.
Disebabkan aku dive dengan Matahari Divers, aku bole pinjam alat-alat snorkeling dengan harga FOC. Ni la salah satu kelebihan jadi diver.
Masa snorkeling kat sini, aku cuba kamera Canon G9 dengan UW casing tanpa strobe(flash). Bole la dapat hasilnya walaupun tak berapa memberansangkan bagi pendapat aku.
Ni namanya Brain Coral
Selalunya orang takut bila nampak jerung tapi hari ni jerung ni pulak takut dengan aku sebab aku kejar dia nak ambik gambar. Semua gambar yang aku dapat semuanya shot dari belakang.
Aku, Trey Wall dan Yoo Yee Tham
Mula-mula aku ingat nak photoshopkan gambar atas ni biar nampak macam Yoo Yee tak pakai apa-apa, biar terbeliak biji mata ko orang ingat kita orang ni mandi bogel tapi malas pulak aku nak edit. Biar la nampak innocent sikit.
Masa lepas snorkeling, ray of light kat langit nampak menarik betul. Aku pulak pegang kemera G9 dengan UW casing, malas aku nak bukak casing sebab takut kena air laut. Aku shoot je la dengan water drop kat depan lens.
Kita orang minum petang dan dinner kat Coral Bay hari ni. Minum petang aku Trey belanja dan dinner kena pinjam rm20 dari Yoo Yee sebab aku datang berlenggang tak bawak duit.
Kedai makan kat Coral Bay ni lebih murah dan sedap dari Long Beach kalau ko orang nak tau. Mungkin dia orang nak tarik pelanggan dari Long Beach dan supaya ramai lagi tourist lepak di sini
No comments:
Post a Comment