Friday, September 20, 2013

Hatyai Floating Market

Ini kali kedua aku melawat floating market kat Hatyai, kali pertama pada 3 tahun lepas rasanya. Kali ni terkejut jugak aku sebab punya la ramai manusia kat sini, da bertambah famous tempat ni tapi aku tengok da bertambah kurang sampan yang untuk berniaga, yang bertambah banyak kedai kat atas darat yang menjual barangan entah apa.

Aku datang sini naik Tuk-Tuk dari hotel aku, kami berempat bayar 400 baht untuk pergi dan balik, kira berbaloi aku rasa rm10 seorang.

Koh Lipe

Aku selalu juga mendengar dan melihat photo tentang Koh Lipe yang terletak di selatan Thailand dari kawan-kawan yang pernah pergi kesana, so far feedback yang aku dapat sangat la menarik tentang pulau Maldives Thailand ini.

Last week pada 12 September, aku dan 3 orang sahabat menaiki bas malam ke Hatyai. Ada beberapa pilihan kalau mau ke Lipe ni, bole naik bas ke Hatyai, dan menaiki mini van ke jeti di Pakbara dan boat ke Lipe, ada satu lagi pilihan bole ambik flight ke Hatyai atau ke Krabi, last sekali bole naik bot dari Langkawi ke Lipe pada high season (high season pada bulan november sehingga may)

Aku seperti biasa yang tak mempunyai pulus ni memilih jalan yang paling murah walaupun kurang selesa iaitu menaiki bas ke Hatyai. Kita orang menaiki bas pukul 10.30 malam dan sampai ke Hatyai pada pukul 7.30 pagi(waktu Thai) keesokkan.

Bila di Hatyai nanti, kalau nak mudah ke Koh Lipe, bole beli tiket/package di pejabat Konsortium Bas Ekspres yang berdekatan dengan Lee Garden Hotel

Wednesday, August 1, 2012

Merayau ke Indochina-Mae Hong Son Day 2

Selalunya bila aku merayau jauh-jauh, aku mesti nak cari gambar sunrise atau sunset tapi kali ni satu pun aku belum ambik. Bukannya aku tak nak ambik, aku masih lagi belum jumpa subject yang aku rasa berbaloi untuk bangun pagi, nak ambik gambar sunset pulak, aku time tu da sibuk nak berbuka. Jadi buat masa sekarang, lupakan je la, shoot apa yang ada dan mampu.

Hari ni plan aku nak shoot longneck(Kayan) tribe, jaraknya lebih kurang 6km je dari pekan Mae Hong Son, jenuh jugak aku asyik patah balik sebab signboard dekat sini memang hancur, peta yang dia bagi pun tak accurate. Pusing punya pusing, tanya punya tanya akhirnya jumpa jugak ke jalan yang benar.

Selepas main road, jalan da jalan macam jalan kampung je, keliling pokok dan tak banyak kereta, da lebih kurang lagi 4km, lagi takde kereta sebab jalan da jadi lebih mengecil hingga tinggal satu lane je. Seronok layan lap dengan moto, aku ternampak taik besar macam taik gajah, kedepan lagi pun ada lagi, aku pikir takkan ada gajah liar kat sini kot. Sampai satu kawasan ada signboard tulis dalam bahasa english 'jangan gunakan horn sebab ada kawasan berdekatan', wow.... lagi la imaginasi aku jadi hura-hara. Best ni kalau ada gajah liar melintas, aku pun ride makin slow sebab nak tengok gajah.

Popular Posts