Friday, January 28, 2011

Lisya & Airiel

Some new photos of Lisya and Airiel. Really miss them










Thursday, January 27, 2011

Tidak Sebijak Kancil

Masa aku dalam perjalanan ke Penang dengan Awe@Shahrom Abdulah, Anuar Manan, Awie, Janggut@Saiful dan Mus@Mustaqim untuk Malakoff Interstate Fellowship Ride 2010, kami terjumpa kereta Kancil ni dipandu melawan arus.
Terkejuk jugak kita orang sebab tak pernah lagi aku terjumpa orang macam ni. Kalau moto tu biasa la aku tengok tapi ni kereta. Lama jgak dia pandu lawan arus dengan kelajuan lebih dari 70km/jam.

Mamat ni betul-betul buat kisah pandu ikut emergency lane. Aku takut kalau ada moto atau kereta tiba-tiba guna lane tu, sure accident punya(kalau accident aku dapat gambar)

Setiap kenderaan yang berselisih pasti akan membunyi hon sebab betul-betul tak puashati dengan mamat ni.

Tapah 32km
Bidor 44km
Kuala Lumpur 164km

Ni nombor kereta dia. WGU4050.

Monday, January 24, 2011

Shahrul & Noorul









From Bentong To Fraser Hill

Selalunya kalau aku nak pergi ke Frase Hill, aku akan gunakan jalan dari Batu Cave-Kuala Kubu Baru-Fraser Hill. Ini bukan satu-satunya jalan ke Fraser Hill, ada lagi jalan dari Raub dan juga dari Bentong.
Aku pernah mencuba jalan dari Bentong. Sebelum tu, aku nak cerita pasal satu restauran kat Bentong yang terkenal dengan ais krim buatan sendiri.
Ini dia restaurant yang aku maksudkan. Mula-mula sekali aku singgah ke restauran ni pada tahun 2009 semasa aku ikut kayuhan basikal Malakoff Charity Ride dari KL-Temerloh-Kemaman-Kuala Terengganu.
Kita orang singgah restauran ni pekena ABC ais krim. Pada masa tu aku rasa inilah ais krim yang paling sedap sekali didunia. Sekarang ni bila aku pikirkan balik, aku rasa sedap mungkin sebab aku da penat sangat, cuaca pun da la tersangat panas pada masa tu, kena pulak nak kena kayuh ke Mempaga-Sertek-Bukit Damar-Lanchang-Mentakab-Temerluh. Jauh lagi tu....
Brother sorang ni walaupun kepala dan tangan dia berbalut, masih tak mahu melepaskan peluang makan kat sini dengan keluarga dia. Aku rasa restauran ni adalah salah satu tempat wajib singgah kalau diBentong.
Ni dia Cendol bersama ais krim homemade special restaurant ni. Personally aku rasa taklah best sangat sebab aku tak letih dan naik kereta masa datang balik restauran ni. Cuaca panas kat luar pun tak effect aku.
Mungkin aku kata tak best sangat tapi budak-budak sekolah ni makan nampak punya la sedap sampai aku pun terbeli satu masa nak balik(aku beli perasa kopi)
Kalau sesiapa yang mengunakan jalan dari Raub, pasti akan bertembung di simpang ini.

Ada lagi 29km untuk sampai ke Fraser Hill dari simpang tiga di atas. Jalan punya la berbengkang bengkok dan jumlah kereta yang menggunakan jalan ni pun adalah sangat sedikit. Aku rasa aku berselisih dengan kereta lain kurang dari 10 buah.
Notis supaya berhati-hati dengan tanah runtuh bole dilihat dijalan ni. Jalan ni pun memang terkenal dengan banyak kes tanah runtuh.
Aku singgah sekejap di sungai ni masa nak naik. Puas jugak aku cuba cari nama sungai ni tapi semua papan tanda yang ada sudah rosak. Cuba cek dengan Google map pun tak wujud jalan ke Fraser Hill ikut jalan ni. Masih cantik dan bersih sungai ni sebab tak ramai orang guna jalan ni. Bagus la...

Gambar ni aku saja-saja pakai slow shutter. Waktu tu hujan renyai-renyai dan langit mendung, jadi tak payahlah aku nak pakai ND filter untuk dapat slow shutter- cukup dengan pakai apperture f22, ISO 100, focal length 17mm dan tripod
Ni dia 'The Gap' dimana ianya jalan sehala untuk naik keatas. Kalau kenderaan dari bawah naik, kereta dari atas kena menunggu setiap 1 jam. Jangan risau menunggu sebab surau dan tandas ada disediakan.
Frase Hill di waktu malam. Bole rasa macam berada di oversea bila berada di atas ni
Dataran menara jam yang terkena di sini. Ini kira roundabout kat Fraser ni. Kalau tak ambik gambar kat jam ni, kira tak sah. Ini gambar wajib

Sesiapa yang nak datang ke sini kena ingat jadual ni sebab kalau silap, kena tunggu dekat 1 jam baru bole naik. Untuk naik keatas dari GAP, jalan akan dibuka ikut angka ganjil macam pukul 7, 9, 11 dan seterusnya. Kalau nak turun, kena ikut waktu genap.

Sunday, January 23, 2011

Anna & Shah










Thursday, January 20, 2011

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah


PUSAT KONSERVASI GAJAH KEBANGSAAN KUALA GANDAH, PAHANG
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974.
Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan yang berterusan.
Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.
Pusat ini juga giat memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Para pelawat digalakkan untuk menonton dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar yang dilakukan pada 1996 dengan kerjasama krew National Geographic. Selain itu, program khas boleh disediakan untuk rombongan sekolah. Untuk program pelawat, sila merujuk kepada “Jadual Aktiviti Pelawat” di bahagian selanjutnya.
Gajah di Pusat Pemuliharaan
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.
Ni adalah simpang ke pusat konserasi gajah ni. Kalau ke kiri, bole pergi ke Felda Bukit Damar(dulu station minyak BP ni dibawah kawasan jajahan aku), Felda Sertek. Bentong- Raub pun bole.
Selama 4 tahun aku ulang-alik lalu kawasan ni, tak terpernah terpikir nak singgah pusat ni. Aku tau yang Jackie Chan pernah shoot/buat filem dikawasan ni tapi seperti orang lain, aku tak pernah terpikir pun nak singgah atau melawat kawasan ni.
Selepas berhenti kerja, baru la minda aku ni terbuka luas sikit untuk menghargai apa yang ada disekeliling aku. Rupa-rupanya pusat ni sangat menarik bagi sesiapa pun yang ingin melawat/belajar dan memahami gajah dengan lebih mendalam lagi. Aku perhatikan ramai pelancung luar negeri ramai yang melawat pusat ni
Jambatan ke kaunter pendaftaran

Ni dia bangunan pendaftaran. Kalau datang awal, pelawat berpeluang untuk mendapat tag tangan berwarna merah

sample tengkorak gajah

Ada juga sekolah yang membuat lawatan ke pusat ini. Yang ni sekolah rendah swasta dari Kuala Lumpur
Kemudahan tandas yang luas ada disediakan bagi yang ingin melabur atau pada yang menukar pakaian yang lebih sesuai. Setiap hari, sebanyak 70 pas/tag tangan yang berwarna merah akan diberikan percuma kepada sesiapa yang ingin menaiki gajah dan bole mandi dengan gajah disungai.
Ini adalah tempat/kawasan dimana pengunjung dapat melihat dan bermesra dengan gajah.

Luas jugak kawasan ini


Orang ramai berpusu-pusu ingin melihat anak gajah dengan lebih dekat lagi
Acara memberi makan kepada gajah pun ada disediakan. Semua makanan ini disediakan percuma oleh jabatan perhilitan.
Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan ikhlas kepada pusat ini jua amat dialu-alukan.
Salah satu acara utama dimana pelawat bole melihat gajah-gajah mandi dengan penjaganya. Dua ekor ini adalah anak gajah.





Gajah-gajah dewasa


Sebahagian dari papan-papan informasi



Papan kenyataan mengenai apa yang bole dan tidak juga ada diletakkan. 2 piece bikini tak dibenarkan sebab takut nanti gajah 'teruja'


Masa aku tengah melihat gajah-gajah, aku asyik terdengar suara gajah menjerit-jerit macam nak mengawan. Aku pun seperti biasa, menyibukkan diri bertanya dengan pegawai bertugas.
Dia bagitau yang bunyi tu adalah bunyi gajah tengah diurut. Pelik jugak kena urut sampai menjerit kuat sebab selalunya aku bila kena urut, sure tertido.
Aku confident ini mesti urut pakai machine sebab gajah ni kan besar, lagi satu mungkin ada gajah yang dilatih untuk mengurut gajah.
Rupa-rupanya ada sorang pakcik dari Bukit Damar yang mengurut gajah tersebut. Bab ni yang membuat aku bertambah nak tengok macamana dia urut gajah, tak pernah aku dengar orang urut gajah.


Borak punya borak dengan pegawai tersebut(masa nak masuk, aku minum dulu kat warung diluar pusat ni. Aku meramahkan diri aku berborak dengan pegawai yang tengah minum jgak. Ni la pegawai tersebut). Dia akhirnya membawa aku melihat macamana gajah kena urut.
Masa aku sampai, gajah ni baru je selesai diurut. Bole nampak najis dan air kecing berterabur atas lantai.
Gajah ni diurut sebab kakinya terseliuh dan tak berupaya untuk berdiri. Jawabnya pusat memanggil pakcik ni untuk mengurut gajah ni seperti biasa yang dilakukan.
Aku kena warning sebab mengambil gambar adalah dilarang sama sekali. Ni semuanya gambar curi.


Pakcik ni da berusia lebih dari 70 tahun tapi melihat dari susuk tubuh, cara pakaian dan rambut yang lebat- aku macam tak percaya. Respect betul
Pegawai tu ada jgak bagitau aku yang aruah mak dia sebelum meninggal dunia, tidak boleh berjalan selama 2 tahun. Dia bawak jumpa pakcik ni dan diurut selama 2 hari- terus boleh berjalan.
Aku da lupa nama dia tapi bagi sesiapa nak perlukan khidmat beliau, bole cari kat Felda Bukit Damar.
Gambar bawah ni pulak, minyak untuk mengurut gajah sedang dimasak

Popular Posts