Showing posts with label Travelogue. Show all posts
Showing posts with label Travelogue. Show all posts

Friday, September 20, 2013

Hatyai Floating Market

Ini kali kedua aku melawat floating market kat Hatyai, kali pertama pada 3 tahun lepas rasanya. Kali ni terkejut jugak aku sebab punya la ramai manusia kat sini, da bertambah famous tempat ni tapi aku tengok da bertambah kurang sampan yang untuk berniaga, yang bertambah banyak kedai kat atas darat yang menjual barangan entah apa.

Aku datang sini naik Tuk-Tuk dari hotel aku, kami berempat bayar 400 baht untuk pergi dan balik, kira berbaloi aku rasa rm10 seorang.

Koh Lipe

Aku selalu juga mendengar dan melihat photo tentang Koh Lipe yang terletak di selatan Thailand dari kawan-kawan yang pernah pergi kesana, so far feedback yang aku dapat sangat la menarik tentang pulau Maldives Thailand ini.

Last week pada 12 September, aku dan 3 orang sahabat menaiki bas malam ke Hatyai. Ada beberapa pilihan kalau mau ke Lipe ni, bole naik bas ke Hatyai, dan menaiki mini van ke jeti di Pakbara dan boat ke Lipe, ada satu lagi pilihan bole ambik flight ke Hatyai atau ke Krabi, last sekali bole naik bot dari Langkawi ke Lipe pada high season (high season pada bulan november sehingga may)

Aku seperti biasa yang tak mempunyai pulus ni memilih jalan yang paling murah walaupun kurang selesa iaitu menaiki bas ke Hatyai. Kita orang menaiki bas pukul 10.30 malam dan sampai ke Hatyai pada pukul 7.30 pagi(waktu Thai) keesokkan.

Bila di Hatyai nanti, kalau nak mudah ke Koh Lipe, bole beli tiket/package di pejabat Konsortium Bas Ekspres yang berdekatan dengan Lee Garden Hotel

Wednesday, August 1, 2012

Merayau ke Indochina-Mae Hong Son Day 2

Selalunya bila aku merayau jauh-jauh, aku mesti nak cari gambar sunrise atau sunset tapi kali ni satu pun aku belum ambik. Bukannya aku tak nak ambik, aku masih lagi belum jumpa subject yang aku rasa berbaloi untuk bangun pagi, nak ambik gambar sunset pulak, aku time tu da sibuk nak berbuka. Jadi buat masa sekarang, lupakan je la, shoot apa yang ada dan mampu.

Hari ni plan aku nak shoot longneck(Kayan) tribe, jaraknya lebih kurang 6km je dari pekan Mae Hong Son, jenuh jugak aku asyik patah balik sebab signboard dekat sini memang hancur, peta yang dia bagi pun tak accurate. Pusing punya pusing, tanya punya tanya akhirnya jumpa jugak ke jalan yang benar.

Selepas main road, jalan da jalan macam jalan kampung je, keliling pokok dan tak banyak kereta, da lebih kurang lagi 4km, lagi takde kereta sebab jalan da jadi lebih mengecil hingga tinggal satu lane je. Seronok layan lap dengan moto, aku ternampak taik besar macam taik gajah, kedepan lagi pun ada lagi, aku pikir takkan ada gajah liar kat sini kot. Sampai satu kawasan ada signboard tulis dalam bahasa english 'jangan gunakan horn sebab ada kawasan berdekatan', wow.... lagi la imaginasi aku jadi hura-hara. Best ni kalau ada gajah liar melintas, aku pun ride makin slow sebab nak tengok gajah.

Tuesday, July 31, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-MAE HONG SON DAY1


Hari ni aku nak cabut ke Mae Hong Son sebab kawan aku Abu Zahrin kata kena singgah kat sini, kawan-kawan bikers aku pun kata benda yang sama, mesti best ni sebab ramai yang rekomen. Aku ada terpikir nak sewa moto kapcai je dan ride ke sana, mungkin ambik masa dua hari sebab kena tido kat Pai dulu. 

Selepas memikirkan secara waras, baik aku naik bas je sebab sekarang bila petang asyik hujan. Tak larat la aku kalau kena hujan, silap haribulan bole demam. Dengan keadaan aku sekarang yang langsung tak fit, kebarangkalian untuk demam sangat tinggi

Pagi-pagi lagi aku da ambik Tuk-Tuk ke hentian bas dan aku kena bayar 80baht (aku rasa mahal tapi aku malas nak tunggu cari yang lain, bayar je la). Kat perhentian bas pulak, aku bayar 250baht untuk naik mini bas(van) pukul 9.30am untuk ke Mae Hong Son. Mini bas ni siap ada nombor tempat duduk dan lebih selesa dari mini bas yang aku naik dari Hatyai ke Kok Lanta.

Monday, July 30, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-CHIANGMAI DAY 2


Pagi ni aku bangun terlewat sebab sibuk melayan nak siapkan blog hari pertama aku di Chiangmai. Aku ni tak berapa disiplin dalam kes update mengupdate blog aku ni. Tahun ni je da bermacam-macam aktiviti yang aku da buat yang bole aku upload tapi da dasar kaki lepak.... jawabnya x update la. Nanti bila da senang dan rajin sikit, aku updated blog aku.

Hari ni aku tak bersahur sebab aku terlupa nak on alarm hp aku tapi takpe la pose tetap pose. Kalau aku masih kecik lagi, bole la gunakan alasan tak bersahur atau lupa niat sahur untuk skip berpuasa, ni da tua bangka, kena la puasa.(berpuasa sambil merayau ni, harap-harap bole kuruskan badan)

Aku decide kali ni aku nak sewa basikal je dari sewa motosikal untuk merayau seluruh pekan Chiangmai ni, cuaca kat sini pun sejuk, tak la teruk sangat bai aku yang berpuasa ni. 50,000baht sewa basikal kat guesthouse ni, dapat basikal palang dengan bakul kat depan.

First sekali dalam itinerary aku, aku nak tengok apa yang dia yang dia orang asyik sebut Wat Pha Singh yang ada relic dan imej Buddha.

Sunday, July 29, 2012

Merayau ke Indochina-Chiangmai Day One



Kebiasaannya pada bulan puasa ni aku banyak buang masa sebab kurang job yang masuk. Last year aku merayau ke Pantai Timor dan lama jugak aku melepak kat rumah member aku Wahab di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Banyak jugak koleksi photos aku dapat.

Tahun ni aku pikir pasti situasi yang sama jugak dan aku takmo buang masa. Berpuasa kat Malaysia bagi pendapat aku la yang tak berkerja buruh buat bangunan, tak mencabar langsung. Melepak sedar-sedar da masuk waktu berbuka, langsung tak challenging.

Jadi aku pikir punya pikir kat mana aku nak merayau selama 3 minggu dalam bulan puasa tahun ni, dan ada beberapa destinasi luar negara yang aku berminat seperti selatan India, Sri Lanka, Indochina, Makassar,  Myanmar dan Sarawak(aku tak pernah sampai sini). Akhir sekali aku buat keputusan baik aku terjah Indochina je la.

Thursday, July 26, 2012

Bali May 2012


 Sebelum ni, aku da dua kali pergi ke Bali tapi tak pernah bawak kamera. Bila last year Airasia ada buat promotion tambang murah, aku rembat la tiket pergi balik tak sampai rm200. Masa aku book tiket tu, aku belasah je date sebab kalau tak jadi pun aku masih mampu letgo duit tu.

Bagi aku kalau dapat tiket murah, beli je sebab bila da set date, insyaAllah kita make sure dan usahakan supaya kita merayau pada masa tu. Tu yang berlaku pada aku, aku dapat merayau ke Bali dari May 16-30, 2012. 

Blog kali ni aku malas nak bagi detail setiap hari pengalaman aku kat Bali tapi aku akan share apa yang aku rasa bole membantu bagi kekawan yang ingin merayau ke sana dengan harga yang berpatutan dan yang penting akan enjoy trip dan menyusahkan.


Kebanyakkan tourist dari Malaysia suka berkampung di Kuta sebab disini la pusat hiburan bagi mereka yang masih muda dan masih terasa muda dan tak sedar diri. Aku pulak lebih suka melepak di Ubud kerana sebab utama aku datang ke sini adalah untuk menghargai keindahan alam semulajadi Bali yang sudah memang terkenal.

Ubud ni terletak ditengah pulau Bali dan terletak di tanah tinggi, cuaca sentiasa nyaman di siang hari dan dingin di waktu malam. Ini berbeda dengan Kuta yang sentiasa panas, traffic jam yang teruk, berabuk, sesak dengan tourist, segala2nya mahal dan yang ada cuma pantai yang sesak dan kedai2 menjual barang2 dengan harga mahal.

Redang May 2012

aku, Eddie, Daniel dan isteri buat 3 hari 2 malam dive trip ke Redang. Ni kalai kedua aku ke tiga aku melawat ke Pulau Redang dan kali pertama aku dive disini.

Apa yang bole aku mention disini, dive di Redang memang best walaupun masa aku datang, visibility tidak bagus sangat. 

pandangan kampung di Redang menggunakan lens fisheye

dulunya pantai Hotel Berjaya

Thursday, December 29, 2011

Best of 2011

Some of my favourite photos for year 2011

1st time trying my macro lens with available light at Lepuh Waterfall

TSG team leading the group during Penang Race


Tuesday, November 15, 2011

Kajang-Bertam-Penang-Tg Malim-KL

Aku terasa bosan selepas dekat satu bulan balik dari diving trip aku di Pulau Perhentian. Hari-hari asyik pikir mana lagi aku nak merayau. Banyak jugak tempat aku pikir, aku rasa nak pergi India dari dulu lagi, terpikir pasal trip utara Thailand, masuk Laos terus ke Hanoi, turun ke Saigon dan bertapa kejap di Seam Reap. Ada juga nak cuba pergi ke Makassar, Myanmar, nak balik semula ke Manado sebab aku da rindu kat Pulau Bunaken dan masih belum dive lagi Kat Pulau Lembeh yang famous dengan muck dive.

Next year aku da book flight tiket ke Bali selama 10 hari. Aku cuma bayar RM186 pergi balik walaupun harga asalnya cuma RM100 tapi bila gedebak gedebok masuk macam-macam additional cost, bertambah lagi RM86. Takpe la masih lagi murah.

Pada 11.11.11 yang lepas aku sibuk betul dengan 2 majlis akad nikah di Damansara Utama dan satu lagi di Hulu Langat. Lepas shoot majlis di Damansara, aku shoot kejap ke workshop di Subang sebab nak ricky workshop untuk repair kereta Datsun buruk aku. Tak lama lagi bole la bermula operasi membaikpulih kereta aku ni.

Sebenarnya Yusz kawan aku ajak cover majlis persanding di Kayu Ara tapi aku da bosan nak pergi merayau jugak. 2-3 hari sebelum tu aku da confirm dengan Zamani yang aku nak ikut dia tengok event LeTua XXX Challenge dekat Bertam, Seberang Jaya.

Friday, October 28, 2011

Perhentian Kecil


I had a friend that told me of his plan to travel/visit all the islands in Malaysia and i find it very interesting. After the conversation it's only once or twice pop-up in my mind about his idea.

In 2008 when my daughter Lisya follows her mama to Australia, I start to feel lonely and restless. I need to something with my free time especially during weekend. I use to cycle and hangout with Lisya before but now it was only cycle in my list. 

Photography has been one of my dream things to do since when i was still study. Arts has been in my blood, actually i am quite good in drawing if i must say, my brother is a full-time artist and even my father also good in arts. I used to collected articles about photography to read and study about it but money has been the big issue back then. 

When finally i can afford to buy a camera, the interest has faded out, i started to dive into cars, big bikes and bicycles. All these hobbies required me to spend tons of monies into it. What can i say, i enjoying it but the memories is intangible, it's all in my mind.

Then i bought my first DSLR camera a month after Lisya left, it was Canon 40D with Sigma 18-200mm without OS lens. Two months after that i enrolled in Open Water Diver course at Mabul Island. In three months i become DSLR camera owner and certified open water diver.

From that moment i start to travel and scuba diving, see the beautiful places that i can afford. I have been to many islands and plan to travel all the islands in Malaysia like my friend dreams. Thanks my friend.

So far for me, Perhentian Island is one of the best island that i have visited. The water is crystal clear, sands are white and soft, there are many choices of accommodation that you can choose from as cheap as RM15 per night to RM350. 

There are many activities that you can do while you are at the island such as scuba diving, snorkeling(rm40 for one day package), photography, swimming, lying down on the beach while get your skin tanned, walking and climbing to the hill where the windmills is and get a better view of the island from the top.

Lots of activities happening at night where you can have candle light dinner on the beach (full moon above the sea), hanging out with friends at the open bars or enjoying live band at Monkey Bar. If you are not the bar type, you can walking on the beach and enjoying the sea breeze.

Well.... not everything great about Perhentian, like other islands, there are some flaws. The first thing that really hit me is the foods price. It is really expensive, the same price if you eat at good restaurant in KL or McDonald Value Meal Large package. Minimum price for fried ride or noodle is rm8 and need to pay more if your change from normal to seafood. Hot drinks will be rm2.50 per glass. (Please try the fruit shake drinks, it's really a must have drinks)

At night the BBQ set (they serve fish like King Fish, Barracuda, Blue Marlin) for RM20. If you want cheaper and cozy environment, those that stay at Long Beach can walk over to Coral Bay where they sell it at cheaper price rm15/18. 

Another thing that you must be aware of is that there are lots of mosquito on the island. Please bring insect repellent or mosquito coil, you will really needs it. 

Some facts that i would like to add about the island:

- the boat to the island will cost you rm40 per trip or rm70 return.

- boat departure to the island will be at 7am, 11am and 3pm and from island to the main land at 8am,      12pm and 4pm.

- don't be surprised to pay rm2 to the water taxi that will take you to the beach. The water is to shallow for the boat to get near to the beach.

- the island is close during Monsoon season from mid October until March.

- Please behave yourself when you at the island. Nobody like uncivilized people that act like monkey.

One thing that i am sure that you will cherish the unforgettable experience if you decide to visit the island

Monday, October 24, 2011

Monkey Bar

Malam pertama aku di Long Beach, aku dijamu dengan makan malam sempena dengan ulang tahun hari lahir aku. Mana aku sangka yang Dee dan isteri Wanda, Mat Jeng, Angelene dan Nana, Nic dan ibu bapanya, Lili, Sham, AJ dan Wayne sanggup meluang masa untuk celebrate dengan aku yang baru saja dia orang kenal pada siang hari. 

Masa kita orang melepak berborak lepas dinner, dalam lebih kurang pukul 10.30, aku dengar macam bunyi live je sebelah dengan Matahari Divers. Memang live band pun....

Rupa-rupanya tiap-tiap malam ada live band depan Panorama Chalet Resort hingga pukul 2 pagi. Simple band dengan Anaz sebagai penyanyi utama dan lead guitarist, dengan suaranya serak-serak macam Ramli Sarip. Aku ada request Anaz janji satu lagu Ramli Sarip masa aku melepak dengan dia tapi dia kata dia tak tau lirik. Pelik jgak aku, yang benar dia tak tau lirik atau dia sengaja nak menganjingkan aku. 

Walau macamana pun, Monkey Bar la yang paling happening kat Long Beach pada malam hari. Ada la few open concept bar dengan music sepanjang pantai tapi mana bole lawan effect live band bro, terbaek...


Monkey Bar ni simple je tanpa dinding je yang diperbuat dari kayu, dua tingkat tapi takde pun yang melepak kat atas waktu malam. Kalau siang memang best lepak kat atas ni sebab redup, berangin dan the best view to the beach


Ni la minuman utama dan dimana Monkey Bar dapat nama dia. Orang pulau panggil Orang Utan ni Monkey Juice dan famous kat sini.

Seperti kebanyakkan bar, arak disediakan pada sesiapa yang sanggup dan mau minum. Bagi yang tak mau, soft drinks ada dijual dan yang tak sanggup jugak masih bole enjoy live band tanpa perlu beli sebarang minuman. Ni open space bar tanpa perlu membayar cover charge.

Masa aku tengah minum petang dengan Trey, dia ada tanya aku kenapa aku tak minum arak sebab banyak bangsa Melayu kat sini yang minum arak macam air sejuk je. 

Trey ingin tahu adakah disebabkan agama atau memang aku tak mau minum arak. Masa dia tanya pun macam serba salah takut offend aku. Aku jelaskan kat dia memang la pada permulaannya memang disebabkan oleh agama Islam yang dianuti dari atok nenek aku yang melarang umatnya dari meminum arak. Sekarang ni selain dari sebab agama, aku tak nampak kenapa aku nak minum. Aku tak nampak kebaikan atau kelebihan dengan meminum benda ni. 

Aku cakap tanpa minum arak pun aku bole enjoy live aku, tengok live band tanpa minum happy jugak, lepak borak-borak dengan member-member pun happy jugak. Ni aku tengok sesiapa yang minum sakan waktu malam, bila pagi hari hangover macam nak mampus.

Aku tak pelik kalau Trey dari Amerika tanya aku soalan ni sebab da ramai sangat bangsa kita yang beragama Islam meneguk minatang ni kalah bangsa dia orang.

Ni artist undangan bidang terjun dari Australia


mamat UK dengan kawan dia yang bermain drum 2 malam berturut sumbang tenaga menyanyi kat sini

da high bole joget lambak sorang-sorang


aku, Nic dan Lili


Pada pendapat peribadi aku, kalau ada yang da berkeluarga bercadang nak bercuti ke Perhentian, pergi la ke Perhentian Besar sebab kalau tidak nanti jenuh nak kena explain dengan anak-anak kenapa makcik tu tak pakai bra, kenapa pokcik tu minum bir, kenapa couple tu bercium depan kalayak ramai, kenapa awek tu pakai baju dalam macam tak pakai langsung.

Hahaha aku bukannya tak mengalakkan kan datang, datang la sebab Perhentian memang salah satu pulau yang cantik. Aku da banyak pergi ke pulau-pulau dan Perhentian adalah salah satu pulau yang tercantik. Ko orang tak akan menyesal kalau ko orang datang. Semua pelawat yang aku tanya, semuanya kata memang cantik dan dia orang pasti akan datang lagi kalau kesempatan.


Sunday, October 23, 2011

Perhentian Day3

Hari ni aku bangun lambat sikit, da dua hari aku bangun pukul 6.15am nak ambik gambar sunrise tapi asyik nampak langit membosankan. Jangan pulak ko orang ingat sunrise tak cantik tapi color dan awan dia takde yang bole membuat aku rasa "WOW.....'

Hari ni pukul 9.20am aku pergi dive ke T3. 

T3 bermaksud Terumbu Tiga sebab kalau dari udara akan nampak 3 batu besar bertindih antara satu sama lain. Kalau dari sisi, bole nampak lebih dari 3 batu besar sebenarnya. Ada jugak orang panggil Tiger Rock kalau yang susah sangat nak cakap melayu. T3 ni terletak disebelah timur Perhentian Besar. 

Kat T3 ni ada banyak batu besar yang bertindih dimana kita bole dive thru pada celahan dimana batu tu bertindih.  Kita bole lihat ikan Kerapu, nudibranch, Barracudas dan Trevallies dan nasib baik bole nampak black tip shark.

Ni kali kedua aku mencuba underwater photography dan seperti semalam, gambar aku banyak yang keluar color biru sebab aku tersalah white balance, pakai shutter laju sangat sampai 1/500, iso rendah dan flash tak pakai full power, konon-kononnya nak save bateri. Aku cuma bawak 3 set AAA bateri untuk trip ni sebab tak sempat nak beli.


Yoo Yee melihat keindahan coral


ikan Kerapu

Sham dan AJ nak balik dengan hampanya tak dapat melihat Whale Shark

Wayne sedang melayan new diver comey dari Sweden

Nana dengan mama

Tengahari ni aku melepak sorang-sorang makan lunch dekat tepi pantai sambil melihat keindahan alam. Setiap kali aku merayu, aku kan mebawa buku/ebook dan mp3 supaya aku tak bosan sorang-sorang diri

Malamnya aku dipanggil oleh Dee supaya melihat bulan yang sangat cantik. Aku terpegun dan cuba sebaik aku untuk merakamnya walaupun menggunakan tripod aku yang tengah bermasalah. Ni meragam pulak kat pulau ni.

Tiap-tiap malam sebelum aku tido, aku akan melepak di Monkey Bar layan live band. 

Sugar Wreck 1st Dive

Pertama kali aku mencuba underwater photography menggunakan kemera Canon G9 dengan single strobe(flash) yang aku pinjam dari Bruno.

Bruno sepatutnya ikut aku ke Perhentian tapi disebabkan masalah 'teknikal', dia dengan sedihnya terpaksa mengundur diri dan meminjamkan aku kemera dia dengan aku berjanji akan menjaga kamera dia sebaik-baik yang aku 'mampu'.

Aku sebenarnya risau jugak bila pakai barang orang sebab takut rosak pulak nanti. Kalau nasib tak baik, benda ni nak rosak pulak time aku guna, kan teruk aku nak kena ganti.

Pada mulanya aku nak bawak dive casing underwater tanpa kamera untuk buat test dive, saja nak check takut kalau ada leaking tapi instructor Matahari Divers Dee suruh aku bawak jugak. Dia siap tolong pasangkan equipment kamera tu sebab mamat ni experience underwater videography.

Di pendekkan cerita, aku pun dive la di Sugar Wreck ni dengan diapit dive buddy aku Yoo Yee yang ingat aku ni very 'experiance' diver hahaha

Ko orang tengok la gambar underwater aku ni yang tak semengah mana

 Yoo Yee

Diver

 Jason Chessher

Frida Forslund, Dive Master 

Divers

 Diver

Divers

Saturday, October 22, 2011

Perhentian Day2 Part2

Kat Perhentian ni memang tenang, sesiapa yang ada masalah atau stress, datang je la melepak ke pulau tak kira Perhentian atau pulau-pulau lain. Ramai aku tengok yang datang ke sini melepak tepi pantai, mandi-manda, melepak sambil baca buku(paling best baca buku tepi pantai sambil baring pakai hammock) atau berjalan-jalan ditepi pantai. Heaven beb....

Petangnya lepas lunch dengan Yoo Yee dan Trey kat kedai makan Pit Stops, kita orang pergi snorkeling kat Coral Bay. Coral Bay ni terletak disebelah barat Perhentian Kecil. Kita bole berjalan kaki untuk ke sini dalam lebih kurang 15-20 minit sahaja.

Kat pulau ni sebenarnya kita bole snorkeling tanpa perlu sewa bot(satu hari snorkeling trip hanya perlu bayar rm40 je) dengan mask, snorkel dan fin kita da bole jalan kaki untuk snorkeling di Coral Bay@Teluk Aur, Batu Nesan dan juga di D'Lagoon. Snorkeling diantara Long Beach dan kampung nelayan pun best.

Bagi sesiapa yang nak snorkeling di Long Beach berdekatan dengan Shari-La Island Resort kena berhati-hati banyak sebab ada 'lanun'. Lanun-lanun ni akan mengambil barang-barang berharga kita kalau tidak dijaga semasa kita membuat aktiviti snorkeling. Kalau bole tak payah la nak bawak barang-barang mahal masa nak snorkeling tu.

Disebabkan aku dive dengan Matahari Divers, aku bole pinjam alat-alat snorkeling dengan harga FOC. Ni la salah satu kelebihan jadi diver.

Masa snorkeling kat sini, aku cuba kamera Canon G9 dengan UW casing tanpa strobe(flash). Bole la dapat hasilnya walaupun tak berapa memberansangkan bagi pendapat aku.

Ni namanya Brain Coral

Masa da nak penghujung masa aku snorkeling, aku terkejut nampak Black Tip Shark berenang dekat dengan aku.

Selalunya orang takut bila nampak jerung tapi hari ni jerung ni pulak takut dengan aku sebab aku kejar dia nak ambik gambar. Semua gambar yang aku dapat semuanya shot dari belakang.

Aku, Trey Wall dan Yoo Yee Tham

Mula-mula aku ingat nak photoshopkan gambar atas ni biar nampak macam Yoo Yee tak pakai apa-apa, biar terbeliak biji mata ko orang ingat kita orang ni mandi bogel tapi malas pulak aku nak edit. Biar la nampak innocent sikit.

Masa lepas snorkeling, ray of light kat langit nampak menarik betul. Aku pulak pegang kemera G9 dengan UW casing, malas aku nak bukak casing sebab takut kena air laut. Aku shoot je la dengan water drop kat depan lens.

Kita orang minum petang dan dinner kat Coral Bay hari ni. Minum petang aku Trey belanja dan dinner kena pinjam rm20 dari Yoo Yee sebab aku datang berlenggang tak bawak duit.

Kedai makan kat Coral Bay ni lebih murah dan sedap dari Long Beach kalau ko orang nak tau. Mungkin dia orang nak tarik pelanggan dari Long Beach dan supaya ramai lagi tourist lepak di sini

Thursday, October 20, 2011

Perhentian Day2 Part1


Hari ni jam 6.15am alarm hp aku da berbunyi....

Bersemangat aku bingkas bangun walaupun selalunya bila kat rumah aku sangat liat untuk bangun awal pagi.  Yang peliknya bila aku bercuti, aku pasti akan bangun awal pagi sebab:

1. Aku da keluar duit untuk bercuti, tak kan aku nak membuta dalam bilik, baik aku merayau
2. Aku suka sangat ambik gambar sunrise. Nakkan capture image sunrise ni, kena bersedia awal-awal     sebelum keluarnya golden hour lagi supaya tak menangis tak ready bila langit da memancar cahaya pagi yang sangat indah.
3. Mata ni memang da tak bole lagi nak tidur awal pagi

Hari ni 12 Oktober 2011 sangat bermakna bagi aku sebab pada hari ini la 44 tahun yang lepas aku dilahirkan di Hospital Besar Melaka. Kalau tahun lepas aku bole terbalikkan umur aku jadi 34 tahun tapi tahun ni nak pusing macamana pun tetap 44, tahun depan lagi la aku tak mau terbalikkan lagi umur aku.

Hari ni aku buat first dive aku kat Sugar Wreck. Dive site ada kapal gula dari Indonesia yang membawa gula ke Thailand tapi enjinnya rosak di perairan Terengganu. Sebuah kapal yang lebih kecil telah dibawa dari Indonesia untuk menunda kapal yang rosak balik ke Indonesia tapi telah tengggelam apabila dimasuki air ombak yang besar pada musim tengkujuh,

Tiada gula ataupun manusia yang menjadi mangsa semasa kapal ni tenggelam. Sekarang dimana kapal ni tenggelam telah menjadi dive site kegemaran divers yang datang menyelam ke Perhentian. Kat sini bole nampak Spanish Mackerel, Bamboo shark, Yellow Box Tail, Lion Fish, Yellow Fin Baracudda dan banyak la lagi yang aku tak ingat sebab aku tak isi logbook aku.


Hari ni jugak dive pertama aku setelah lebih setahun 6 bulan aku tak dive. Last sekali aku dive masa aku ambik Advance license aku kat Tioman iaitu bulan April last year.

Yang buat best lagi, hari ni jugak aku bawak kamera underwater yang Bruno bagi aku pinjam, kamera Canon G9 dengan underwater casing dan 1 strobe.

Aku betul-betul nervous masa buat dive ni. Sugar Wreck ni untuk adventure dive dimana hanya untuk Advance ke atas je yang bole dive. Buoyancy kena mantap, yang aku ni pulak da la lama tak dive, bawak kamera pulak, gambar yang aku ambik hancus.

Bila tengok gambar hancus, aku terus jadi nervous. Gambar jadi biru sebab white balance lari, nak betulkan setting buat aku bertambah nervous lagi sebab kamera ni aku baru je dapat pinjam, mana button nak tekan pun aku tak tau. At the end aku salah sorang yang paling cepat habis udara.

Gambar atas ni aku converkan jadi black and white sebab gambar asalnya banyak yang biru dan nampak flat. Ni dive buddy aku Yoo Yee yang jugak bawak kamera underwater old skool brand Fuji. Dia ni masa dive da macam ikan, selamba je.

Aku ada beberapa lagi gambar underwater yang akan aku postkan kejap lagi

Friday, October 14, 2011

My Birthday Dinner at Matahari Diver

I always believe that I'm one of the luckiest person in the world. Some might ask why I'm one of the chosen one? 

Not much that I can list down except that I'm always lucky to meet new good friends when I'm traveling. Today I met AJ and Sham that have hanging and lepaking waiting friend the whale shark to come back to Perhentian Island.

Meet DM master Wayne from UK, D the instructor and his wife which also a instructor (husband and wife instructor tu....), old friend Nic Till and her parent which has come all the way from UK to Perhentian for holiday and also Matahari Diver's owner Jeng and his wife and daughter Nana.

I was surprised when D told me that they going to treat me dinner and he also going to cook couple of dishes. That was really big effort for someone that just knew me for few hours.

Thanks my friends


Dinner with hot coffee was the best

Nana, the new member in Matahari Diver

Nic Till busy taking some photos

Wayne, Nic and her mother

Sham, Jeng wife, Nana and Jeng enjoying the foods

Nana always in happy mode

Wayne chatting with Nic mother 

Nic's parent

After good and delicious dinner, chilled out at Monkey Bar beside the Matahari Diver

new friends from Australia

Popular Posts