Tuesday, November 15, 2011

Kajang-Bertam-Penang-Tg Malim-KL

Aku terasa bosan selepas dekat satu bulan balik dari diving trip aku di Pulau Perhentian. Hari-hari asyik pikir mana lagi aku nak merayau. Banyak jugak tempat aku pikir, aku rasa nak pergi India dari dulu lagi, terpikir pasal trip utara Thailand, masuk Laos terus ke Hanoi, turun ke Saigon dan bertapa kejap di Seam Reap. Ada juga nak cuba pergi ke Makassar, Myanmar, nak balik semula ke Manado sebab aku da rindu kat Pulau Bunaken dan masih belum dive lagi Kat Pulau Lembeh yang famous dengan muck dive.

Next year aku da book flight tiket ke Bali selama 10 hari. Aku cuma bayar RM186 pergi balik walaupun harga asalnya cuma RM100 tapi bila gedebak gedebok masuk macam-macam additional cost, bertambah lagi RM86. Takpe la masih lagi murah.

Pada 11.11.11 yang lepas aku sibuk betul dengan 2 majlis akad nikah di Damansara Utama dan satu lagi di Hulu Langat. Lepas shoot majlis di Damansara, aku shoot kejap ke workshop di Subang sebab nak ricky workshop untuk repair kereta Datsun buruk aku. Tak lama lagi bole la bermula operasi membaikpulih kereta aku ni.

Sebenarnya Yusz kawan aku ajak cover majlis persanding di Kayu Ara tapi aku da bosan nak pergi merayau jugak. 2-3 hari sebelum tu aku da confirm dengan Zamani yang aku nak ikut dia tengok event LeTua XXX Challenge dekat Bertam, Seberang Jaya.


Event ni sesuai untuk road bike, mountain bike dan fixie sebab ada kena kayuh di atas jalan bertar dan off-road. Jarak kayuhan dia lebih kurang 80km. Aku ni yang da bertahun-tahun tak berkayuh hanya sesuai menjadi driver terhormat untuk Zamani, Ajak dan Doc yang menjadi geng tetap bila ada ride di luar Klang Valley.

Sebelum bergerak ke Bertam, kami singgah makan di Restaurant De Chiang Mai di Sungai Buloh. Ni kali kedua aku makan di sini, kali pertama bersama dengan kawan aku dan famili dia.

Lepas perut kenyang dan sendat aku drive straight ke Bertam yang mengambil masa lebih kurang dari 3jam setengah. Jalan clear cuma kenderaan banyak sikit bila da dekat dengan Seberang Jaya.

Di Bertam kita orang tidur di MEC Bertam. Satu bilik ada 4 katil bujang, ada aircon dan kipas(malam sejuk tak perlu pasang aircon), bilik air diluar dan air panas ada disediakan. Satu orang cuma perlu membayar RM15 sahaja, towel bawak sendiri. Murah dan bole dipertimbangkan kalau aku nak merayau di kawasan ni.

Pagi-pagi selepas semua da bersedia, kita orang berpusing-pusing cari kedai untuk sarapan pagi tapi takde satu kedai pun yang buka. Kedai mamak pun tak buka 24jam, aku rasa macam pekan koboi la pulak. Pusing punya pusing nampak KFC, kami pun approach walaupun tak rasa pun yang KFC kat sini bukak 24jam tapi pelik bin ajaib, KFC kat sini bukak 24jam. hahahaha first time aku breakfast dekat KFC


Zamani tengah melayan cashier cun

Zamani tengah streaching 

Aku perhatikan tak berapa ramai yang masuk event kali ni sebab yang Mountainbike rasa event ni untuk roadbike, yang roadbike rasa event ni untuk mountain bike sebab ada off-road dan satu lagi sebab dia takut basikal dia orang rosak bila masuk off-road. Kurang daripada 500 peserta kali ni. OK la sebab lain kali kena buat promotion lebih kawkaw lagi.


sawah bendang adalah route utama

Ada para glider yang sedang terbang diatas kawasan sawah bendang

jalan sebelah kelapa sawit pun ada walau atas jalan tar

Aku tak dapat shoot sangat kali ni sebab aku tak bole drive ikut sebab ada masuk off-road ikut jalan benteng sawah, yang bole masuk kalau menggunakan motor sahaja. Pusing dan tanya punya tanya, Faizal je yang takde pembonceng tapi dengan syarat aku kena pegang 2 rims basikal untuk Joe Nayan. Joe pakai tiubless hari ni dan dia takut tayar dia akan bocor.

Satu tangan pegang rims, susah betul aku nak ambik gambar. Last-last aku enjoy the event je la. Banyak jugak tempat yang aku teringin nak shoot tapi bila kita menumpang orang, kena pandai-pandai la bawak diri. Kalau banyak songeh nanti, mau Faizal tinggalkan aku kat tengah bendang sawah




Ni la aku dengan Faizal.(gambar aku copy dari Shirat)

Lepas je event balik ke bilik mandi dan bersiap-siap terus shoot ke Penang nak pekena Nasi Kandar. Aku tak tau mana dia orang nak pergi jadi kita orang pakai GPS nak memudahkan perjalanan.

Kita orang makan kat Restaurant Hameediyah selepas sembahyang Zohor kat Qaryah Masjek Jamek Banggali. Restaurant ni terletak di Medan Lembuh Campbell, tak besar pun restaurant ni tapi ramai orang sebab famous dari dulu lagi.

pandangan dar tangga ketingkat atas

sambil menunggu kari kepala ikan, aku shoot dulu



Kami order daging kambing bakar, daging rendang, kari ayam dan kari kepala ikan. Makanan best cuma kalau aku nak komen sikit dia pakai ikan kepala ikan Tenggiri dan ikan Bawal, kurang best sikit. Aku kalau kari ikan ni aku suka ikan Merah atau ikan Senangin macam kat Jalan Chan Sow Lin yang aku rasa terbaek dan murah.


Masa tengah berjalan ke car park aku perasan ramai betul awek-awek Indon melepak kat depan 7 Eleven Jalan Penang. Mungkin tempat melepak dia orang setiap hari minggu, jadi sesiapa yang teringin cari awek Indon bole da datang survey kat sini.

Semasa tengah driving ke Penang aku teringin nak naik feri masa keluar pulau tapi bila kepala aku asyik terpikir naik cari stesyen minyak kereta, aku terus terlupa dan drive terus ke jambatan. Miss peluang aku nak naik feri.


Semasa perjalanan kadang-kadang hujan turun dengan lebat sampai visibilty hanya beberapa meter sahaja. Aku hanya bole memperlahankan kereta dan menjarakkan lagi dengan kereta hadapan, takut kalau-kalau kereta depan buat emergency break atau kemalangan. Aku pelik betul kalau semasa hujan pun ada yang tunjuk terer ikut rapat-rapat.

Aku teringat kata-kata Niki Lauda yang bunyi lebih kurang "even the car made from heaven, i will not trust the car 100% on the road". Jadi kalau bekas pemandu F1 pun yang da memang banyak kali menang pun sentiasa berwaspada memandu waktu hujan, ni kan pulak ko orang yang asyik main game dalam dalam rumah.

Kemalangan memang tak berbau tapi kalau memang mencari buruk akibatnya. Kita orang nampak dua kemalangan semasa dalam perjalanan pulang. Satu lori terbalik ke dalam longkang dan satu lagi accident kereta dengan kereta.

lori yang da terlentang dalam longkang

Ajak menikmati view kereta yang tersadai

Bila da drive dalam hujan yang sejuk-sejuk ni, kita orang terus plan minum petang di Tanjung Malim pekena pau yang famous kat situ.

Masa drive masuk simpang Tanjung Malim, mata kita orang melilau mencari kalau ada yang menjual durian sebab masa Kayuhan dengan Jarno Truli kita orang dapat makan durian kampong power kat sini. Takde sorang pun yang jual dalam hujan-hujan ni, cuma nampak kedai makan dimana Ajak tertinggal baju hujan dia yang terus lesap dikebas oarng.

Kat Restaurant Pau Tanjung Malim kita orang pekena Kopi-O, roti bakar dan Pau Kacang Merah. Pau dia tak la sesedap mana tapi suasana yang restaurant dan jauh dari kebisingan KL yamg membuat best.

roti bakar dan kopi O kaw

Pau Kacang Merah

Sampai KL kita orang makan-makan lagi kat The Cozy Corner, Great Eastern Mall. Ni kami pekena Telur Dadar, Tauge Goreng dan Kari Ikan lagi. Time ni Ajak da kenyang dan tak mau makan lagi takut perut yang da boroi bertambah boroi.


Seperti yang Zamani selalu cakap, outing berkayuh keluar dari Klang Valley bukannya agenda utamanya nak berkayuh. Kalau nak berkayuh, area rumah dia di Salak Tinggi pun dia bole kayuh hari-hari. Ni bila nak kayuh jauh-jauh kena belanja banyak duit(semua perbelanjaan ditanggung oleh Zamani semuanya minyak, tol, tempat tinggal dan makanan) tapi kepuasan untuk merayau, makan-makan, quality time dengan kawan-kawan dan menghargai kehidupan yang lebih berkualiti.

Ada kawan-kawan yang lebih berjaya dari segi kerjaya dan memperolehi dan mengumpul banyak wang tetapi mereka tidak mempunyai masa dan mampu menikmati kehidupan ini. Aku rasa yang penting adalah kesseimbangan@balance diantara masa untuk bekerja kuat dan enjoy kuat. Kalau asyik bekerja kuat tapi mati tanpa sempat menikmati apa yang dikumpul pun tak guna jugak. Da tua-tua nanti apa yang nak dienjoykan lagi, nak  berjalan pun da tak larat.


Jangan salah anggap aku mengatakan mencari duit tak penting tapi kalau asyik nak mencari duit memang tak pernah cukup. Kita kena bersyukur dan hidup dengan apa yang kita ada dan mampu, nikmati kehidupan selagi mampu. Cara hidup kita masa muda akan menentukan cara hidup kita semasa tua kalau diizinkan Allah s.w.t. Kalau sekarang kita tak menjaga diri kita, kemungkinan besar masa tua nanti akan banyak penyakit.

Pikir-pikir la kawan-kawan aku. Jom kita merayau macam aku hahahaha

No comments:

Post a Comment

Popular Posts