Wednesday, August 1, 2012

Merayau ke Indochina-Mae Hong Son Day 2

Selalunya bila aku merayau jauh-jauh, aku mesti nak cari gambar sunrise atau sunset tapi kali ni satu pun aku belum ambik. Bukannya aku tak nak ambik, aku masih lagi belum jumpa subject yang aku rasa berbaloi untuk bangun pagi, nak ambik gambar sunset pulak, aku time tu da sibuk nak berbuka. Jadi buat masa sekarang, lupakan je la, shoot apa yang ada dan mampu.

Hari ni plan aku nak shoot longneck(Kayan) tribe, jaraknya lebih kurang 6km je dari pekan Mae Hong Son, jenuh jugak aku asyik patah balik sebab signboard dekat sini memang hancur, peta yang dia bagi pun tak accurate. Pusing punya pusing, tanya punya tanya akhirnya jumpa jugak ke jalan yang benar.

Selepas main road, jalan da jalan macam jalan kampung je, keliling pokok dan tak banyak kereta, da lebih kurang lagi 4km, lagi takde kereta sebab jalan da jadi lebih mengecil hingga tinggal satu lane je. Seronok layan lap dengan moto, aku ternampak taik besar macam taik gajah, kedepan lagi pun ada lagi, aku pikir takkan ada gajah liar kat sini kot. Sampai satu kawasan ada signboard tulis dalam bahasa english 'jangan gunakan horn sebab ada kawasan berdekatan', wow.... lagi la imaginasi aku jadi hura-hara. Best ni kalau ada gajah liar melintas, aku pun ride makin slow sebab nak tengok gajah.

Tuesday, July 31, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-MAE HONG SON DAY1


Hari ni aku nak cabut ke Mae Hong Son sebab kawan aku Abu Zahrin kata kena singgah kat sini, kawan-kawan bikers aku pun kata benda yang sama, mesti best ni sebab ramai yang rekomen. Aku ada terpikir nak sewa moto kapcai je dan ride ke sana, mungkin ambik masa dua hari sebab kena tido kat Pai dulu. 

Selepas memikirkan secara waras, baik aku naik bas je sebab sekarang bila petang asyik hujan. Tak larat la aku kalau kena hujan, silap haribulan bole demam. Dengan keadaan aku sekarang yang langsung tak fit, kebarangkalian untuk demam sangat tinggi

Pagi-pagi lagi aku da ambik Tuk-Tuk ke hentian bas dan aku kena bayar 80baht (aku rasa mahal tapi aku malas nak tunggu cari yang lain, bayar je la). Kat perhentian bas pulak, aku bayar 250baht untuk naik mini bas(van) pukul 9.30am untuk ke Mae Hong Son. Mini bas ni siap ada nombor tempat duduk dan lebih selesa dari mini bas yang aku naik dari Hatyai ke Kok Lanta.

Monday, July 30, 2012

MERAYAU KE INDOCHINA-CHIANGMAI DAY 2


Pagi ni aku bangun terlewat sebab sibuk melayan nak siapkan blog hari pertama aku di Chiangmai. Aku ni tak berapa disiplin dalam kes update mengupdate blog aku ni. Tahun ni je da bermacam-macam aktiviti yang aku da buat yang bole aku upload tapi da dasar kaki lepak.... jawabnya x update la. Nanti bila da senang dan rajin sikit, aku updated blog aku.

Hari ni aku tak bersahur sebab aku terlupa nak on alarm hp aku tapi takpe la pose tetap pose. Kalau aku masih kecik lagi, bole la gunakan alasan tak bersahur atau lupa niat sahur untuk skip berpuasa, ni da tua bangka, kena la puasa.(berpuasa sambil merayau ni, harap-harap bole kuruskan badan)

Aku decide kali ni aku nak sewa basikal je dari sewa motosikal untuk merayau seluruh pekan Chiangmai ni, cuaca kat sini pun sejuk, tak la teruk sangat bai aku yang berpuasa ni. 50,000baht sewa basikal kat guesthouse ni, dapat basikal palang dengan bakul kat depan.

First sekali dalam itinerary aku, aku nak tengok apa yang dia yang dia orang asyik sebut Wat Pha Singh yang ada relic dan imej Buddha.

Sunday, July 29, 2012

Merayau ke Indochina-Chiangmai Day One



Kebiasaannya pada bulan puasa ni aku banyak buang masa sebab kurang job yang masuk. Last year aku merayau ke Pantai Timor dan lama jugak aku melepak kat rumah member aku Wahab di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Banyak jugak koleksi photos aku dapat.

Tahun ni aku pikir pasti situasi yang sama jugak dan aku takmo buang masa. Berpuasa kat Malaysia bagi pendapat aku la yang tak berkerja buruh buat bangunan, tak mencabar langsung. Melepak sedar-sedar da masuk waktu berbuka, langsung tak challenging.

Jadi aku pikir punya pikir kat mana aku nak merayau selama 3 minggu dalam bulan puasa tahun ni, dan ada beberapa destinasi luar negara yang aku berminat seperti selatan India, Sri Lanka, Indochina, Makassar,  Myanmar dan Sarawak(aku tak pernah sampai sini). Akhir sekali aku buat keputusan baik aku terjah Indochina je la.

Thursday, July 26, 2012

Bali May 2012


 Sebelum ni, aku da dua kali pergi ke Bali tapi tak pernah bawak kamera. Bila last year Airasia ada buat promotion tambang murah, aku rembat la tiket pergi balik tak sampai rm200. Masa aku book tiket tu, aku belasah je date sebab kalau tak jadi pun aku masih mampu letgo duit tu.

Bagi aku kalau dapat tiket murah, beli je sebab bila da set date, insyaAllah kita make sure dan usahakan supaya kita merayau pada masa tu. Tu yang berlaku pada aku, aku dapat merayau ke Bali dari May 16-30, 2012. 

Blog kali ni aku malas nak bagi detail setiap hari pengalaman aku kat Bali tapi aku akan share apa yang aku rasa bole membantu bagi kekawan yang ingin merayau ke sana dengan harga yang berpatutan dan yang penting akan enjoy trip dan menyusahkan.


Kebanyakkan tourist dari Malaysia suka berkampung di Kuta sebab disini la pusat hiburan bagi mereka yang masih muda dan masih terasa muda dan tak sedar diri. Aku pulak lebih suka melepak di Ubud kerana sebab utama aku datang ke sini adalah untuk menghargai keindahan alam semulajadi Bali yang sudah memang terkenal.

Ubud ni terletak ditengah pulau Bali dan terletak di tanah tinggi, cuaca sentiasa nyaman di siang hari dan dingin di waktu malam. Ini berbeda dengan Kuta yang sentiasa panas, traffic jam yang teruk, berabuk, sesak dengan tourist, segala2nya mahal dan yang ada cuma pantai yang sesak dan kedai2 menjual barang2 dengan harga mahal.

Redang May 2012

aku, Eddie, Daniel dan isteri buat 3 hari 2 malam dive trip ke Redang. Ni kalai kedua aku ke tiga aku melawat ke Pulau Redang dan kali pertama aku dive disini.

Apa yang bole aku mention disini, dive di Redang memang best walaupun masa aku datang, visibility tidak bagus sangat. 

pandangan kampung di Redang menggunakan lens fisheye

dulunya pantai Hotel Berjaya

Friday, April 13, 2012

Tioman April 2012

Did a short trip to Tioman Island last weekend and it has been a long time since I did my Advance Open Water Diver Course last April 2010.


shot using Sigma 8mm fisheye with Canon 5D

Paya Beach

Popular Posts