Tuesday, March 29, 2011

Triplet-Baby Shower

When I was offered a job to shoot baby shower by my friend Anida Azmi, I expected to shoot a single baby, the most will be double but triplet is a triple bonus for me. 2 cute baby girls and a handsome boy

The decoration was done by RoseZaidy


Group photo with cool makcik-makcik

The Babies
Proud Mom
Proud Parent

Quality photos at my www.flickr.com/photos/madee916

Monday, March 28, 2011

Macro Shot at Lepuh

Here are some of the macro images taken at Lepuh Waterfall. Normally you must use a tripod to have a good detail of the subject but I have lost my tripod plate, so these were taken handheld.
My first macro attempt with Tamron SP90 f2.8














quality photos at:- www.flickr.com/photos/madee916

Lepuh Waterfall

Lepuh Waterfall ni terletak lebih kurang 2km dari Sungei Congkak, Hulu Langat. Kalau kau orang nampak signboard belah kiri 'Selamat Datang ke Kg. Kuala Panson', betul la tu simpang masuk ke Lepuh Waterfall. Kena masuk dalam 800m bole la nampak resort-resort dan tempat parking kereta. Parking kat sini da kena bayar dalam RM3.
Da banyak kali jugak aku datang ke sini dengan abang aku dan jugak member-member aku. Dulu lebih 15 tahun lepas, kawasan ni masih lagi tak ramai yang tau, hanya segelintir saja yang akan tracking naik ke atas bagi sesiapa yang teringin exercise panjat bukit dan kembali ke alam semulajadi hehehe.
Bagi sesiapa yang teringin sangat nak datang ke sini, aku nak bagi sikit tips apa yang perlu:
- fitness mesti ok sebab kalau tak fit, nanti menyusahkan member. Kalau member-member semua geng santai, ok saje. Track tak la mencabar sangat macam panjat gunung. Bagi sesiapa yang fitness dia moderate, bole sampai ke atas dalam masa 1 setengah jam.
- bagi yang kurang fit, mulakan perjalanan dengan kelajuan yang moderate. Kalau laju sangat nanti cepat penat.
- bawak la air minuman dan makanan seperti sandwich
- pakai kasut yang bersesuaian. Ada jugak aku nampak orang buang kasut yang tapak dia da tertanggal. Kalau kasut tak sesuai, tapak kasut pasti akan tertanggal, aku gerenti
- pakai baju yang bole serap peluh dan tak panas. Humidity kat dalam hutan ni agak tinggi.
- sapu pest repellent sebab ada pacat terutama kalau musim hujan. Pacat akan naik ke kaki kalau kita berhenti bergerak. Dia suka sangat dengan darah orang bandar.
- jangan lupa bawak pakaian untuk mandi di waterfall. Lupakan je la kalau nak bawak sabun atau shampoo, korang tak perlu sebab nanti berpeluh balik dan juga akan mengacau ikan dalam sungai.
- bawak mp3 kalau takut boring masa berjalan
- Mulut jangan celupar sebab kau orang akan masuk dalam hutan. Respect dengan penghuni hutan.
- kalau ada pacat yang da terhisap darah tu, tak payah la bunuh, cukup dengan hanya cabut dan buang je. Dia pun nak hidup jugak.
- kalau ada sesiapa yang nak camping atau bermalam di waterfall, tolong jangan camping di tepi waterfall sebab takut nanti 'kepala air' akan turun. Bila hujan di hulu sungai, air akan turun dengan tiba-tiba dengan kayu dan batu, kalau kau orang camping kat tepi waterfall, dengan kau orang sekali dia akan bawak.
- enjoy the scenery and kau orang tak kan menyesal datang ke sini.

Mula-mula je perjalanan kau orang akan dapat lihat betapa cantik dan bersihnya sungai disini. Aku harap kau orang jangan jadi penyebab sungai disini bertambah kotor dengan sampah yang kau orang bawak.
Perjalanan tak la susah sangat, akan nampak pokok buluh, laluan kecil yang senang untuk berjalan, cuma sesekali akan ada laluan yang curam. Biasa la, nama pun memanjat ke waterfall.

Kau orang akan nampak ada kebun-kebun durian dan buah-buahan nanti. Tak payah la ambik kalau ada buah yang masak sebab semuanya ada orang yang punya(bertuan). 
Jangan terkejut pulak nanti bila bertembung dengan motor sebab tuan punya kebun ni dengan selambanya bole naik motor sampai ke kebun mereka. Skill macam ni tak ramai yang ada.
Pondok ni last sekali motor bole sampai sebab selepas ni laluan akan bertambah sukar. Banyak jugak batang pokok yang besar tumbang sepanjang perjalanan. Kat sini kebun getah pun ada, mentang-mentang la harga getah sekarang da mahal, dulu tak nampak pun pokok getah ni.
Kalau nasib baik, bole terserempak dengan rombongan budak-budak sekolah. Yang ini adalah budak-budak sekolah dari Kelang datang untuk latihan untuk jadi pemimpin muda. Mamat baju hitam yang duduk pakai topi tu mamat poyo. Mula-mula aweks yang berdiri suruh semua tepuk tangan sambil nyanyi lagu terima kasih dalam semua bahasa, tiba-tiba mamat poyo ni bole menjerit marah-marah warning semua budak-budak ni jangan kasi dia marah, suruh tunjukkan disiplin sikit.
Mana punya era zaman la poyo ni hidup. Sekarang ni kalau nak jadi pemimpin yang bagus bukannya pemimpin yang orang takut tapi pemimpin yang dihormati. Kalau aku la jadi budak-budak ni, da lama aku tanam si poyo ni dalam hutan.
Dengar je dia jerit-jerit, aku blah terus memanjat sebab menyampah tengok dan dengar suara dia.
p/s lupa nak mention masa aku sampai, aku senyum kat dia tapi dia buat muka keras je. Bonggok...

Macam-macam benda bole lihat kat dalam hutan ni kalu kau orang observant.





Nampak je batang paip ni, bersedia la untuk memulakan pendakian yang curam
Ni dulu adalah rumah orang asli yang menjaga empangan. Sekarang rumah ni dibiarkan kosong sebab empangan dah pecah. Aku tak sure samada paip air ni masih berfungsi lagi atau tidak
Ini dia pacat dan lebah yang banyak berada kat sini
Satu pacat sempat hisap darah kaki aku sampai kembong. Banyak pacat yang singgah di kaki tapi aku sempat buang walaupun ada yang sempat gigit. Sekarang ni kaki aku gatal dan membengkak.

Ni dia pacat yang da kekenyangan aku letak atas batu untuk dipotraiturekan
Yang ni pulak aku cabut dari kaki aku. Aku letakkan atas stokin aku yang berdarah sebab angkara pacat yang gemuk tu. Pacat ni berusaha nak sedut darah dari stokin aku, mungkin sebab keharumam stokin yang tak pernah dia bau sebelum ini
Ni adalah sebahagian gambar sungai diatas. Air memang bersih dan jernih, sejuk memang terasa sampai ke tulang. Suasa memang nyaman dan tenang cuma kalau nasib baik, ada bunyi bising dari spesisi monyet yang aku tak nampak
Bab sampah ni yang aku marah sebab kalau sesiapa pun berupaya bawak sampah naik atas, bawak la turun sebab pekerja Majlis Perbendaraan Hulu Langat tak berkerja kat atas ni. Bodoh punya orang, buang sampah kat sini. Aku ada jugak ternampak botol mineral water yang dibuang sepanjang perjalanan ke atas ni, tolong la jangan buang sampah.
Gambar dibawah adalan air terjun yang terbesar dan di atas sekali. 

Friday, March 25, 2011

Charas Cave

Gua Charas ni terletak 12km dari Kuantan ke Sungei Lembing. Kalau kau orang ke Sg Lembing, kau orang akan jumpa satu simpang tiga(Y), belah kanan ada stesen polis, itu la simpang ke Gua Charas. 
Dari simpang, kena masuk lagi 3km melalui estet kelapa sawit untuk sampai ke gua. Mula-mula jalan bertar cantik tapi bila da separuh jalan, jalan ada berlubang sikit, tak bole la nak drive 110km/j.
Kawasan parking ada banyak, jadi jangan la risau kalau penuh. Tempat parking pun redup tapi ada banyak anjing jinak yang tak suka menyalak.
                            
Dari kawasan parking, bole nampak bukit batu yang menegak tinggi. Dari papan kenyataan tepi tangga ada manyatakan gua ni berusia 400 juta tahun. Impress jgak aku sebab pasti gua ni dijaga dengan baik. Awal-awal lagi da diberi peringatan supaya menjaga kebersihan dan segala-galanya pasal gua ni.
Aku baru terperasan, gua ni dipanggil sebagai Gua Panching tapi kenapa kat signboard kat luar dan kalau google akan disebut Gua Charas?


Lepas naik je tangga kat depan, bole nampak kawasan tokong Cina. Kena lalu tokong ni untuk naik tangga lagi untuk ke gua. Sebelum tu jangan lupa bayar RM2 seorang sebagai maintenance fee tempat ni dan jua tempat ni tutup pukul 5.30pm. Lepas pukul 5.30pm, penjaga akan tutup pintu utama.
Tangga untuk naik ke atas ni curam jgak, untuk aku yang penakut tinggi ni, seram jgak.

Ni view mendongak ke atas depan pintu gua. Cantik kan?
Ni dia lubang masuk ke gua, dari luar bole nampak yang gua ni well lighted. Aku nak ingatkan supaya masa turun tangga ni berjaga-jaga sikit sebab tangga turun ni lembab sikit. Jadi pegang la hand rail yang disediakan
Ni pandangan ke luar dari dalam. Semua gambar dalam gua ni aku combine 3 exposure gambar tanpa mengunakan teknik HDR
Luas dan tinggi ceiling gua ni. Masa kat luar tadi, aku ada mention yang gua ni mengambil masa selama 400juta tahun untuk develope tapi bila aku masuk, aku terkejut dan sakit hati. Ko orang bole nampak ceiling dalam gambar ni berwarna kelabu. Aku tengok betul-betul, dia orang da simen kaw-kaw, buruk!!!! Suruh pelawat respect dan jaga tapi dia oarng da menghancurkan tempat ni dari segi ketulenan dan semulajadi gua ni.

Dalam gua ni terdapat berhala-berhala untuk 3 agama iaitu Hindu, Buddha atau dia sebut agama Thai dan Cina(mungkin Taoism). Ni berhala Jala Lingam.
Bagi sesiapa yang tak tahan dengan bau colok,cukup la masuk sampai sini je sebab bau dia ada kuat sikit, melekat kat baju
Aku mintak permission dulu sebelum aku shoot gambar ni masa dia orang sembahyang
Yang ini aku rasa berhala untuk bangsa Cina
Yang ini plak Sleeping Buddha. Aku pelik sikit sebab sami Hindu yang menjaga berhala ni. Ini adalah penhujung gua ni yang aku rasa jarak dari lubang masuk kesini dalam 200m.
ini adalah tangga naik keatas tapi da kena tutup sebab da tak selamat


Ni dia penjaga Tokong yang aku da terlupa nama dia. Aku tanya dia kenapa sami Hindu yang jaga patung Buddha dan kata dia sebab da xde orang nak jaga dan sami Hindu tu memang da tiap-tiap hari menjaga berhala Jala Lingam, dia ambik la tugas jaga patung Buddha tu skali

Dekat dengan simpang masuk belah kanan, terdapat Masjid Hashimmiah. Dibelakang masjid bole nampak bukit batu dimana Gua Charas tu terletak.

more quality photos at www.flickr.com/photos/madee916

Popular Posts