Some new photos of Lisya and Airiel. Really miss them






Ini dia restaurant yang aku maksudkan. Mula-mula sekali aku singgah ke restauran ni pada tahun 2009 semasa aku ikut kayuhan basikal Malakoff Charity Ride dari KL-Temerloh-Kemaman-Kuala Terengganu.
Brother sorang ni walaupun kepala dan tangan dia berbalut, masih tak mahu melepaskan peluang makan kat sini dengan keluarga dia. Aku rasa restauran ni adalah salah satu tempat wajib singgah kalau diBentong.
Ni dia Cendol bersama ais krim homemade special restaurant ni. Personally aku rasa taklah best sangat sebab aku tak letih dan naik kereta masa datang balik restauran ni. Cuaca panas kat luar pun tak effect aku.
Mungkin aku kata tak best sangat tapi budak-budak sekolah ni makan nampak punya la sedap sampai aku pun terbeli satu masa nak balik(aku beli perasa kopi)
Kalau sesiapa yang mengunakan jalan dari Raub, pasti akan bertembung di simpang ini.
Aku singgah sekejap di sungai ni masa nak naik. Puas jugak aku cuba cari nama sungai ni tapi semua papan tanda yang ada sudah rosak. Cuba cek dengan Google map pun tak wujud jalan ke Fraser Hill ikut jalan ni. Masih cantik dan bersih sungai ni sebab tak ramai orang guna jalan ni. Bagus la...
Gambar ni aku saja-saja pakai slow shutter. Waktu tu hujan renyai-renyai dan langit mendung, jadi tak payahlah aku nak pakai ND filter untuk dapat slow shutter- cukup dengan pakai apperture f22, ISO 100, focal length 17mm dan tripod
Ni dia 'The Gap' dimana ianya jalan sehala untuk naik keatas. Kalau kenderaan dari bawah naik, kereta dari atas kena menunggu setiap 1 jam. Jangan risau menunggu sebab surau dan tandas ada disediakan.
Frase Hill di waktu malam. Bole rasa macam berada di oversea bila berada di atas ni
Dataran menara jam yang terkena di sini. Ini kira roundabout kat Fraser ni. Kalau tak ambik gambar kat jam ni, kira tak sah. Ini gambar wajib
Sesiapa yang nak datang ke sini kena ingat jadual ni sebab kalau silap, kena tunggu dekat 1 jam baru bole naik. Untuk naik keatas dari GAP, jalan akan dibuka ikut angka ganjil macam pukul 7, 9, 11 dan seterusnya. Kalau nak turun, kena ikut waktu genap.
Ni adalah simpang ke pusat konserasi gajah ni. Kalau ke kiri, bole pergi ke Felda Bukit Damar(dulu station minyak BP ni dibawah kawasan jajahan aku), Felda Sertek. Bentong- Raub pun bole.


Ada juga sekolah yang membuat lawatan ke pusat ini. Yang ni sekolah rendah swasta dari Kuala Lumpur
Kemudahan tandas yang luas ada disediakan bagi yang ingin melabur atau pada yang menukar pakaian yang lebih sesuai. Setiap hari, sebanyak 70 pas/tag tangan yang berwarna merah akan diberikan percuma kepada sesiapa yang ingin menaiki gajah dan bole mandi dengan gajah disungai.
Ini adalah tempat/kawasan dimana pengunjung dapat melihat dan bermesra dengan gajah.


Acara memberi makan kepada gajah pun ada disediakan. Semua makanan ini disediakan percuma oleh jabatan perhilitan.
Salah satu acara utama dimana pelawat bole melihat gajah-gajah mandi dengan penjaganya. Dua ekor ini adalah anak gajah.











Pakcik ni da berusia lebih dari 70 tahun tapi melihat dari susuk tubuh, cara pakaian dan rambut yang lebat- aku macam tak percaya. Respect betul