Sunday, June 12, 2011

Temerloh Ooo Temerloh

Temerloh ni adalah salah satu lokasi yang selalu aku lepak samada dalam perjalanan ke Kl atau balik ke Kuantan dan  setiap kali aku bermalam di Temerluh, aku akan pasti breakfast di tepi Sungai Pahang.
Sebabnya simple sahaja, suasana keliling gerai yang dikelilingi pokok Jati yang besar membuat kawasan ni redup, sejuk dan selesa pada sesiapa pun yang makan disini.
Selain dari apa yang aku dah sebutkan, makanan disini semuanya 'berasa' dan sesuai dengan selera aku dan harganya pun sangat berpatutan.
Sayang sekali tempat aku biasa breakfast ni da dimajukan dan diganti dengan medan selera. Aku cuba 2X minum petang disini dan aku tak suka langsung. Kalau nak minum kat medan selera, kat Kl ni pun banyak, bersepah-sepah.
Masa mula-mula aku tengok medan selera ni, aku terkejut sebab dari tempat yang redup da abis kena terangkan. Da hilang redupnya
Tengah-tengah medan makan ni ada binatang ni yang puas aku pikir apa ke binatangnya. Lepas aku pusing-pusing perhati baru aku perasan, rupa-rupanya ikan....
Hari Jumaat lepas aku singgah lagi ke Temerluh semasa mengikuti program "Kayuhan Cegah Jenayah Rentas Sempadan" anjuran Tapah Cops Cycling Club. kami singgah ke Temerluh untuk makan tengahari sebab nak merasa masakan terkenal Patin Masak Tempoyak.
Seperti dirancang, kami singgah ke kedai Gerai Makanan Pak Usop dibenteng yang berdekatan dengan stesyen bas.
Aku diberitahu yang kedai ada Ikan Patin Masak Tempoyak yang best tapi dia orang start serve bermula pukul 12 tengahari. Kami sampai sebelum pukul 12, jadi sesiapa yang teringin sangan makan Ikan Patin kena makan lauk lain dulu.

Bila saja siap dimasak, berduyun orang beratur menunggu nak merasa makan Ikan Patin Masak Tempoyak yang dikatakan power ni. Aku tak la kemaruk sangat nak makan ikan ni sebab da 4 tahun aku duduk kat pantai timur ni. Ikan power yang labih RM100 sepotong pun aku da rasa.
Bab yang buat aku betul terkejut beruk dengan Temerluh sekarang ni bukan pasal makanan sedap atau power sesangat. Aku bengang pasal semuanya MAHAL sangat....
Nasi ambik suku pun dia kira RM2.00, ikan kembung dan bendi RM5.00. Paling minimum dia charge setiap orang yang makan semuanya dalam RM10.00, ni belum lagi yang makan Ikan Patin.
Setiap oarng yang aku tanya, semuanya mengeluh harga MAHAL.... Konvoi kayuhan ni ramai yang datang dengan keluarga, 3 orang mkan tanpa Ikan Patin kena charge sampai dekat RM40.00.
Aku tak kisah kalau kedai makan ni berair-con dan bersih tapi kedai ni tepi jalan, lantainya basah, pakai industrial fan yang buat rambut pacat jadi senget tapi masih nak charge mahal.
Makcik cashier (owner agaknya), aku cakap terima kasih lepas bayar, dia buat muka sombong je. Patutnya dia yang kena cakap terima kasih sebab da sembelih kita orang tapi aku pulak yang bersopan ni yang cakap.
Yang ni lagi satu pusat penyebelihan. Masa nak park kereta untuk makan, aku nampak gerai buah-buahan tepi jalan ni nampak sangat tertarik menarik.
Lepas makan dan terasa 'panas', aku terus shoot nak beli buah mangga kegemaran aku. Banyak-banyak buah tu, mangga tetap dihatiku.
Aku terus approach adik manis yang jual buah dan terus tanya harga mangga. Dia offer aku rasa(sample) mangga manis yang dipotong sambil memberitahu RM10 1kg. Nak tersedak aku aku dengar.....
Aku tanya lagi sekila berapa ringgit, dia masih jawab harga yang sama. Aku buat-buat pekak tanya lagi sebab aku takut aku salah dengar, dia jawab lagi sekilo RM10.00
Aku rasa nak muntah je kat situ sebab mangga kuning yang sama aku baru je beli minggu lepas kat pasar malam Cheras Jaya 3kg RM10.00
Apa nak jadi la dengan pekan Temerloh ni.........

5 comments:

  1. adeh.. takot plak aku baca harga2 yg kat entry ko nih bro. aku suker patin.. tp kalo mahal sangat.. adeh.. tak dapek jack.. hahahha

    ReplyDelete
  2. aku pun tak sangka Temerloh makin lama makin teruk. selama 4 tahun aku tiap2 bulan singgah tempat ni, sekarang kena keluarkan dari list singgah aku

    ReplyDelete
  3. nih lepas ader kes patin buah yg kener sampai 13k tu kot.. hahahhaha

    ReplyDelete
  4. mindset peniaga kat sana nak sembelih tourist rasanya

    ReplyDelete
  5. hehehe kena tgk kedai juga. better sebelum amik lauk (esp ikan patin atau udang galah sungai tu) korang tanya dulu harga nyer. actually better beli ikan mentah and masak sendiri. lagi senang dan jimat :)

    ReplyDelete

Popular Posts