Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Alhamdulillah... selepas sebulan berpuasa, semalam umat Islam diMalaysia dapat meraikan Hari Raya Aidil Fitri untuk selama sebulan juga.
Bulan puasa kali ni rasanya 1kg pun berat aku tak turun. Pelik jugak sebab selalunya senang-senang minimum 3kg bole hilang.Hati senang kot sebab tu tak turun-turun berat aku. Tak kisah la, janji aku happy dengan life aku.
Aku nak jugak mintak maaf pada sesiapa juga yang aku secara tak sengaja buat salah atau terasa kecik hati dengan percakapan @ perbuatan aku. Kadang-kadang aku pun lalai dengan kebaikan kawan-kawan yang selalu support aku sampai terlupa nak jaga hati mereka. Kalau aku ada salah dan silap, mintak ampun dari hujung kaki sampai hujung rambut. Pada sesiapa yang bersalah dengan aku, jangan risau, aku da ampunkan semua dosa2 kamu. Tak nak ada hutang-hutang, susah la nanti di akhirat nanti.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts