Sunday, February 13, 2011

Kawah Putih

Kawah Putih yang terletak di atas Gunung Ratuha, iaitu 30 batu di selatan Bandung. Kebanyakkan pelancung dari Malaysia lebih mengenali Tangkuban Perahu dari Kawah Putih ni.
Kalau nak sampai kesini, bole drive sendiri ke arah Ciwidey. Sepanjang perjalanan bole melihat sawah padi bukit dan jua ladang strawberi.
Aku melawat tempat ni pada Jan 2010 dan Pak Joko dan keluarga angkat aku di Bandung.

Dari parking kereta, kena jalan kaki lebih kurang 100m ke kawah ni. Bole nampak air dia yang berwarna lebih kurang hijau muda bercampur warna puteh.

Ini pulak permandangan dari atas bukit. Cantek tempat ni.
Pelancong bole turun ke kawah sampai ke kaki air. Aku rasa airnya panas dan berbau belerang sebab kawah ni masih lagi hidup.

Bole dilihat batu-batu keliling kawah berwarna puteh macam kena bleach.

Ini keluarga aku semasa di Bandung. Separuhnya aku bawak dari Malaysia

Ada banyak Strawberi yang dijual di gerai-gerai pintu masuk ke Kawah Putih. Buah-buah ni memang nampak menarik sekali dan manis bila dimakan. Ada yang dijual fresh dan ada juga yang sudah dijerukkan.
Kalau ada sesiapa yang teringin nak beli Strawberi fresh untuk dibawak balik Malaysia, aku nasihatkan lupakan saja niat tu. Strawberi ni da direndam dengan air gula, masa kita makan memang terasa manis tak macam yang dijual di Cameron Highland. Bila bungkus bawak balik nanti, sampai je kat rumah, bole lihat banyak kulat-kulat da tumbuh di buah Strawberi tu sebab da terperap dengan air gula.
Rugi je bawak balik

No comments:

Post a Comment

Popular Posts