Friday, April 29, 2011

'Pasar Borong' Balakong

Pagi tadi selepas aku shopping kat satu 'pasar borong' kat Balakong yang sayur-sayurnya nampak fresh dan murah. Fresh sebab bole nampak pekerja-pekerja mengeluarkan sayur-sayur dari bakul-bakul buluh dan sorting untuk dijual dan keadaan sayur masih lagi hijau segar. Selalunya bila aku beli satu ikatan kangkung untuk Iguana aku, aku bayar dalam RM1.00-1.50 tapi hari ni satu ikatan besar cuma RM1.00 je. Sekarang aku da tau mana aku nak datang kalau nak beli sayur murah dan fresh.
Ayam dan ikan aku perhatikan nampak mahal sikit dari Tesco atau pun Carefour. Buah-buahan kira harga dan kualiti ok jugak.
Keluar je aku nampak stall mamak jual cendol dan rojak. Seperti biasa aku mesti nak try, mana la tahu lagi best dari cendol Pappa Rich. Disebabkan semua meja da penuh, aku tanya sorang lelaki nampak macam mamak untuk join meja dia. Dia ni bekas anggota Polis yang da pencen dan bekerja sebagai jaga dikawasan sini.
Masa berborak dengan dia, awal-awal lagi dia da inform yang dia tidak mengikuti mana-mana parti politik dan dia memberi pendapat sebagai seorang warga Malaysia. Ni aku nak citerkan sikit beberapa isu yang dia bangkitkan yang aku rasa menarik
1. Dia heran kenapa pihak polis sangat sibuk dan  beriya-riya dengan kes video lucah Dato T sedangkan banyak kes ragut, pecah rumah dan banyak lagi kes-kes yang berlaku tiap-tiap hari tanpa ada penyelesaian. Kes-kes ni terperap saja tanpa ada keputusan. Dia siap sebut sampai waris mati pun kes tak setel-setel lagi.
2. Dia ni seorang beragama Hindu tapi dia pelik kenapa ada orang sanggup nak angkat al Quran dan bersumpah di dalam masjid. Bagi dia al Quran dan masjid adalah tempat yang suci dan bukan bole dibuat main-main seperti yang berlaku sekarang.
3. Dia mempunyai 5 orang anak yang semuanya da berkahwin dan dia bersyukur semuanya da setel. Cuma dia membayangkan masa depan nanti generasi muda tidak lagi serious dengan agama. Dia tak mahu rumah ibadat nanti akan kosong.
4. Dia bersyukur dengan kesihatan yang baik, masih mempunyai tangan, kaki dan mata untuk berkerja. Dia tak mahu bergantung pada orang lain.
Aku bersetuju sangat dengan semua pendapat dia ni. Dunia kita sekarang ni da terlampu mengejar benda-benda yang merapu. Apa yang patut dibuat, kasi buat-buat lupa atau da tak penting. Benda yang tak penting da jadi agenda utama. Merapu betul la... Banyak betul kes-kes yang tak setel-setel, sibuk hari-hari dengan kes video bodoh ni.
Ni aku nak bagi satu pendapat bagi orang-orang banggang yang percaya dengan video ni. Ko orang tengok video yang dirakamkan pada 21.02.2011.
Macamana dalam sekejap masa rambut Anwar bole jadi panjang macam sekarang? Pernah ke ko orang nampak dia potong rambut style  ni. Ada otak tolong pikirkan betul-betul.
Aku ni macam brother yang aku jumpa tu tak berpihak pada mana-mana parti tapi kalau nak buat kerje-kerje bodoh ni, buat la professional sikit. Bukannya takde duit dan tenaga 'professional' yang biasa dan bergaji dalam membuat kerje ni.
Aku berharap Allah s.w.t jatuhkan bala pada sesiapa yang bersalah dalam kes ni. Walaupun ini bukan tugas aku yang nak menyuruh Allah s.w.t tapi aku ingin melihat bala dijatuhkan pada manusia-manusia ni yang tidak takut dan mempermainkan agama Islam.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts