Sunday, October 17, 2010

Photomarathon 2010














Seronok aku bila SAR dan Yus bagitau yang grand prize tahun ni adalah Canon 1D Mark4 dan trip ke Turkey, macam la aku bole menang. Last skali aku check dengan ShutterAsia, lebih dari 1,700 orang sudah daftar online. Banyak tu...
Aku, SAR, Yus dan Nadzrul bercadang car pool satu kereta guna kereta Nazrul ke Penang. Pukul 12 malam pada hari Jumaat, 15/10/2010 kita orang pun shoot ke Penang.
Mula-mula Yus drive sampai ke R&R Tapah, lepas tu aku drive sampai Jambatan Pulau Pinang. Kita orang berhenti kat atas jembatan sampai menikmati view dan ada yang siap rokok.
Tengah lepak-lepak, terkejut jugak sebab ada bunyi siren kereta polis, maklum la mana bole park kereta kat atas jambatan. Rupa-rupanya 6 biji kereta EVO Polis dan satu wira polis tengah berdesup test power. Ni rasanya balance kereta EVO yang masih belum accident agaknya.
Lupa plak nak bagitau yang SAR dan Yus menggunakan GPS handphone dia orang. SAR punya yang paling canggih sebab bila berhenti baru handphone tu bole detect kat mana kita orang.
Pusing punya pusing, pukul 4.30 kami sampai ke Marina tempat event tu, kosong lagi takde orang.
Kami pun cari tempat untuk lepak dan minum sambil menunggu masa untuk mendaftar. Ikut dari itenary program, pukul 7am bahagian pendaftaran akan dibuka.
Lepas minum dan makan, kami sampai pukul 6.30am ke tempat event tapi tempat letak kereta da penuh, ramai yang da datang. Counter pendaftran pun da dibuka, nasib baik datang awal sebab masih ada tempat nak selit parking dan tak payah beratur untuk mendaftar.
Ramai yang datang hari tu. Memang penuh tempat dengan peserta-peserta yang pakai baju merah, best....
Pukul 9am masa flag-off, hujan lebat. Habis plan kita orang nak berdiri paling depan sekali sebab flag-off buat dalam kemah je. Da fla-off peserta lepak je dalam kemah sebab hujan lebat, kamera kita orang bukannya waterproof.
Event ni berlangsung dari pukul 9am sampai 5.30pm- masa terakhir untuk upload gambar. Theme 1-Eyes on EOS, theme 2-Humanity dan theme 3- Canon Delicious.
Apa yang aku dapat dari Photomarathon ni:-
1. Penat
2. Demam
3. Ramai yang pakai 5D Mark II
4. Aku tak fit.
5. Kaki aku sakit dan melecet.
6. Setting kamera mesti la terus buat kat kamera sebab gambar-gambar yang dihantar tak bole diedit. Jadi awal-awal lgi kena make sure yang contrast, saturation, tone, sharpness semua yang sesedap rasa.
7. Aku ingat gambar-ganbar yang diambik mesti la apa yang kita nampak tapi rupa-rupanya kita bole set dan atur gambar yang kita ambik spt pemenang grand price. Mamat Penang tu siap bole pergi pasang beli ikan dan gunakan untuk setup gambar dia. Lain kali baik bawak prop, ambik je kat studio, da tentu composition, lighting, theme semuanya ngam sebab dalam control environment.
Kalau takde jgak idea nak ambik gambar, lepak kat opis bila dapat theme, google kat internet, shoot kat studio. Pelakon pun bole bayar kalu hadiah 1D Mark4.
8. Da masuk 4 photomarathon, event management masih lagi berterabur. Janji kul 8pm kuar result, dekat pukul 9pm baru nak announce yang pemenang belum decide lagi. Bagitau la awal-awal supaya orang bole pergi makan ke, mandi atau gosok gigi dulu macam aku ni.
Kalau ada lagi photomarathon, adakah aku akan masuk lagi, jawapan sudah la pasti sebab aku da tau macam nak menang kali ni. Tak payah nak tunggu moment, create je moment tu.

4 comments:

  1. hohoho.. aku suka pic #9 bro. ader gak baca pasal photomarathon kat paper tuari. nak join tu takde la.. pasal ilmu didada baru paras kuku kaki. huhuhu

    ReplyDelete
  2. ejai: senang je nak dapat gambar macam tu, gunakan tele lens.
    kalau pakai canon, masuk free je. bole dapat experience baru dan kenal photographer lain

    ReplyDelete

Popular Posts