Monday, November 15, 2010

Sungai Lembing

Dulu masa aku base dekat Kuantan, selalu jugak aku kayuh basikal ke Sungai Lembing ni untuk sarapan pagi. Jarak dari rumah ke sini dalam lebih kurang 45km. Jalan sepanjang perjalanan memang best sebab redup, banyak rolling hills, corners pun best-best dan paling best sebab tak banyak kereta.
Aku perhatikan bandar Sg Lembing ni macam pekan koboi, tak banyak pembangunan. Bagi aku ni memang bagus. Lagi lama suasana bole maintain macam ni, lagi bagus pada pendapat aku.




Medan Selera ni terletak ditengah-tengah pekan Sg. Lembing

Bukit Panorama memang terkenal bagi group2 yang suka mendaki. Aku dengar view dari atas bukit memang marvelous, Broga Hill tu langsung tak termasuk dalam senarai

Apek tua ni berehat didepan kedai. Suasana pekan memang sunyi dan selesa sampai pakcik ni bole lena tido

Satu-satunya station minyak di pekan Sg. Lembing dan satu-satunya station minyak yang berada diatas divider jalan. Tempat lain tak bole jumpa station minyak macam ni

Kalau teringin makan roti canai tapi kedai yang hang duduk takde roti canai- no problem.... Towkey kedai bole tolong belikan dari kedai seberang jalan.

Masa aku kat sini, hujan renyai-renyai. Aku seronok tengok ramai yang naik motosikal pakai payung. Terer betul dia orang




Ni salah satu jalan ke Sg. Lembing. Paras air sungai da naik sampai nak dekat paras jambatan.

Air sungai da nak sampai paras jambatan tapi penduduk kat sini selamba je menyeberang. Dulu jambatan ni pernah roboh masa banjir besar


Ni lagi satu jambatan ke Sg. Lembing. Yang ni lebih pekan Sg. Lembing


Ni plak jambatan gantung kat sebelah jambatan di atas

No comments:

Post a Comment

Popular Posts